Chapter 38

3.2K 483 135
                                    


"Wey aku takutlah nak ketuk."

"Bodoh! Tu pun nak takut ke? Ketuk je lah! Tu pun nak kena ajar." Yoongi terus menjentik dahi Namjoon. Namjoon mencebik sebelum dia mengadu kesakitan. Dahinya digosok-gosok.

Yoong menarik nafas sedalam mungkin, cuba mengumpul segala kekuatan untuk mengetuk pintu pejabat Taehyung. Sudah 2 hari Taehyung tidak keluar dari situ semata-mata untuk siasat kes percubaan membunuh Puan Kim , Puan Kim pula masih tidak sedar.

Chief pula makin risau melihat Taehyung termasuk Yoongi dan Namjoon; orang kanan Taehyung. Walaupun mereka pernah tidak menyukai kehadiran Taehyung , mereka berdua masih mengambil berat tentang Taehyung.

Tok ! Tok !

"Inspektor Kim , ni kami. Yoongi dengan Namjoon."

Tiada sahutan.

Yoongi menggigit bawah bibirnya lalu memandang Namjoon dengan wajah yang cuak. Namjoon menelan liurnya. Perlahan Namjoon pula yang mengetuk pintu.

"Inspektor Kim , boleh kami masuk ?"

Masih lagi tiada sahutan. Yoongi dan Namjoon mengeluh kesal. Takut pula apa-apa terjadi pada Taehyung. Nak robohkan pintu , takut sekejap lagi mengamuk pula lelaki tu kalau memang betul takde apa.

"Mungkin dia nak masa bersendirian." Yoongi mengangguk mengiakan saja Namjoon. Terus kaki mereka diaturkan untuk pergi dari situ , kalau ketuk lagi sekali pun belum tentu Taehyung akan membuka pintu tersebut.

Krek.

Langkah Yoongi dan Namjoon terhenti. Mereka berdua menelan liur payah sebelum menoleh semula ke arah pintu pejabat Taehyung yang sudah terbuka sedikit. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri melihat pintu itu tiba-tiba saja terbuka sedikit.

Namjoon mengisyaratkan kepalanya pada Yoongi seakan memberi maksud agar mereka memeriksa Taehyung. Cepat-cepat Yoongi menggeleng dengan wajah cuak , Namjoon mengerutkan dahinya pelik.

"Kenapa? Jomlah."

"Taknaklah , macam seram je. Kalau--"

"Ahhh takde! Masa mula-mula kita tangkap Si Taehyung tu berduaan dalam kereta tu pun kau cakap seram lah semacam lah , tolong lah Min Yoongi!" Yoongi mencebik.

"Aku bukan apa , kalau dia dah mati dalam tu ke apa macam mana? Lepas tu kita masuk , terus roh dia kacau kita. Lepas tu--"

"Wah kau.. Imagine dia supp! Babi boleh terbang." Potong Namjoon , malas nak mendengar bebelan Yoongi yang entah apa-apa. Sempat mata dugulingkan ke atas tanda menyampah.

Terus kaki Namjoon melangkah untuk masuk ke dalam bilik pejabat Taehyung. Yoongi mengeluh kesal , nak tak nak dia ikut juga di belakang Namjoon.

"Inspektor Kim.." Panggil Namjoon perlahan sambil membuka pintu pejabat Taehyung seluas yang mungkin. Yoongi menjengukkan kepalanya dari belakang Namjoon untuk melihat Taehyung.

Terus Yoongi melepaskan keluhan lega apabila melihatkan Taehyung yang masih fokus menyemak beberapa fail. Cuma wajah Taehyung saja yang pucat dan bawah mata Taehyung mula menunjukkan eyebag. Suasana di dalam pejabat itu juga suram dengan hanya lampu meja Taehyung yang menerangi bilik kecil itu dan beberapa fail dan segala kertas kerja bersepah di atas meja mahupun lantai.

"Inspektor Kim , kami bawakan mee goreng untuk inspektor." Yoongi menunjukkan bekas tupperware berisi mee goreng yang dibawanya pada Taehyung. Perlahan Taehyung memberhentikan kerjanya dan mendongak melihat Yoongi dan Namjoon.

"Letak je atas meja tu." Arah Taehyung sambil menunjukkan sebuah meja kopi yang berada di hadapan sofa yang memang berada di dalam pejabat itu. Taehyung kembali fokus terhadap kerjanya.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now