Chapter 36

3.3K 459 85
                                    


"Saya tak buat Tae , percayalah." Taehyung tidak mengendahkan Rachel malah tangan sibuk membuntangkan bajunya.

Malam semalam misi memujuk Taehyung tidak berjaya , memandangkan Taehyung penat dan malas untuk berbicarakan tentang Comel. Jadi , pagi ini Rachel bangun awal dan sempat lagi ingin memujuk Taehyung sebelum lelaki itu ke tempat kerja. Rachel tak boleh tidur pun semalaman kerana memikirkan hal semalam , Comel pula dah ditanam oleh Taehyung di belakang rumah.

"Tae tau sayang tak suka kucing , kalau tak suka lain kali cakap aje tak perlu bunuh. Sayang tau kan Tae sayangkan Comel?" Taehyung menoleh ke arah Rachel. Nada suara Taehyung dingin saja , mungkin masih kecewa.

"Kim Taehyung , percayalah. Saya tak buat semua tu."

"Kalau awak tak buat siapa yang buat? Makcik Lee? atau Nara?" Rachel terdiam seketika. Wajah Taehyung ditatapnya dalam-dalam , air matanya yang ingin keluar ditahannya.

"Saya kecewa dengan awak Rachel , kalau awak tak bohong saya mungkin saya akan maafkan awak. Memandangkan dia hanya kucing , saya taknak kita bergaduh."

"Tapi Tae..." Rachel segera memegang lengan Taehyung yang ingin melangkah pergi meninggalkan bilik mereka. Taehyung langsung tidak menoleh pada Rachel malah dia menarik nafasnya dalam.

"Taehyung.. awak tak percayakan saya ke?" Kali ini air mata Rachel jatuh. Bagaimana dia nak bagitau ? Kelu lidahnya.

"Saya bukan tak percayakan awak , tapi bukti sendiri dah ada semalam. Makcik Lee dah balik , Nara baru bangun tidur dan awak pegang pisau dekat situ. Walaupun saya tak berapa nak percayakan Nara tu , tapi dah terbukti depan mata saya. Awak masih nak nafikan lagi? Saya tak suka orang bohong pada saya , Rachel."

Perlahan tangan Rachel jatuh dari terus memegang lengan Taehyung. Wajah ditundukkan lalu dia menekup wajahnya sambil menangis teresak-esak.

"Maafkan saya , saya minta maaf." Ucap Rachel seperti orang bodoh. Meminta maaf tentang sesuatu yang dia tidak lakukan. Dia cuma taknak Taehyung membenci diri dia , itu je.

"Sayang... janganlah nangis."Ucap Taehyung namun Rachel tetap menangis. Dia mengeluh kesal. Pantas dia menarik tangan Rachel untuk kedakapannya. Belakang kepala Rachel diusapnya.

"Ok ok , Tae tak marah sayang pun. Itu hanya kucing je."

"Tapi saya tak bunuh dia , saya sayangkan comel."

"Ok ok, baiklah. Sayang tak bunuh Comel , Tae percayakan sayang. Sayang bukan orang macam tu , ni mesti salah faham." Pujuk Taehyung lagi.

Kalau dipikirkan balik , betul juga. Rachel takkan buat macam tu. Taehyung cukup kenal dengan isterinya. Beberapa minggu ni pelbagai benda yang pelik berlaku , jadi dia tidak boleh membiarkan dirinya tidak mempercayai Rachel.

"Sayang , janganlah menangis lagi. Tae minta maaf , Tae cuma kecewa Comel mati. Tu je. Sebab tu emosi. Berhentilah menangis sayang , Tae minta maaf ok?"

Rachel menolak sedikit tubuh Taehyung untuk meleraikan pelukan mereka. Lalu air mata Rachel dikesat menggunakan bajunya. Perlahan dia memandang Taehyung.

"Awak pergilah kerja , nanti lambat."

"Tak , Tae nak tunggu sampai sayang ok." Rachel menggeleng perlahan. Dia tidak mahu menganggu kerja Taehyung , Taehyung baru aje masuk bekerja beberapa hari takkan nak dibuang pula nanti ?

"Saya dah ok , jangan risau."

"Betul ?" Rachel mengangguk tanpa memandang wajah Taehyung. Taehyung mengeluh kesal. Perlahan dia mendaratkan satu ciuman di dahi Rachel.

"Jaga diri elok-elok." Ucap Taehyung sebelum kaki terus melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Rachel.

Rachel terus terduduk di atas katil. Dia termenung sebentar pada lantai bilik. Apa patut dia buat ? Dia perlu bertindak sekarang. Dia takkan benarkan Eunbi tinggal lagi dalam rumahnya. Dia kena halau Yoon Eunbi.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now