Chapter 24

3.4K 526 314
                                    


"Sayang , sayang duduk dekat rumah mak dulu ya. Nanti Tae baliklah , Tae janji tak lama. Tempat kerja panggil , taktaulah kenapa. Maaf ok? Makan elok-elok. Kalau Tae lambat , tidur je lah dulu. Nanti Tae ambik."

Rachel menarik nafasnya dalam apabila mengingati kembali pesanan Taehyung sebelum lelaki itu keluar menguruskan kerja yang dia pun tidak pasti apa. Tiba-tiba dia rasa kecewa yang amat. Mungkin ini lah Taehyung rasa saat dia bekerja dan tiada masa untuk bersama , jadi dia kena faham Kim Taehyung juga seperti mana Taehyung memahami kerjanya.

"Rachel ? Kenapa tak makan lagi ? Kata tadi nak makan kari itik , mak dah masakkan dah." Rachel tersenyum kelat tanpa memandang Puan Kim. Perlahan dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya agar Puan Kim tidak risau dengannya yang tiba-tiba bertukar mood.

"Rachel janganlah risau , Taehyung kejap lagi mesti balik. Tae pesan dekat mak supaga pastikan Rachel makan , jadi Rachel kena makan. Nanti baby pun lapar , bukan Rachel sorang je yang lapar tak makan tau. Kesian dekat baby tu." Pujuk Puan Kim. Risau pula hatinya melihat Rachel.

"Ya mak , Rachel makanlah ni. Sedap sangat , terima kasih masakkan untuk Rachel." Ucap Rachel dengan masih menguntumkan senyuman kelat.

Puan Kim tersenyum nipis namun keluhan dilepaskan. Lega melihat Rachel mula makan setelah dia berjaya memujuk hati wanita itu namun dalam pada masa yang sama Puan Kim risau kerana Rachel mula sedih dengan Taehyung yang meninggalkannya atas urusan kerja.

"Rachel , terima kasih sebab hadir dalam hidup Taehyung dan bagi mak cucu dalam perut tu." Rachel tertawa kecil dengan topik yang tiba-tiba dibualkan mak mertuanya. Wajah Puan Kim ditatap.

"Kenapa mak ucap terima kasih ? Rachel bukan isteri yang baik sangat untuk Tae. Tae terlalu baik untuk Rachel , dia sempurna sangat. Rachel malu dengan dia bila Rachel tak dapat nak jadi yang terbaik. Patutnya Rachel yang ucap terima kasih sebab mak bagi peluang dekat Rachel untuk jadi isteri Taehyung."

"Janganlah cakap macam tu , buruk mana pun Rachel , masih ada lagi yang baik. Dan mak harap Rachel dapat perbaiki yang buruk tu, ya? Jaga anak mak tu elok-elok , mak sayangkan Rachel dengan Tae."

Akhirnya air mata Rachel jatuh juga , terharu sangat dengan ayat Puan Kim. Pantas air matanya dikesat. Tiba-tiba dia teringatkan arwah mamanya , kalau mamanya masih hidup pasti ayat yang sama juga diluahkan oleh wanita itu.

"Terima kasih mak." Ucap Rachel sekali lagi dengan nada suara yang bergetar. Dia tertawa kecil.

"Dah , jangan nangis. Dah tak cantik dah menantu mak. Makan ya ? Jangan buat mak risau."

"Baik mak."

•••
"

Alah angkatlah!" Taehyung mengetuk stereng keretanya kesal sambil merengus kasar.

Akhirnya telefonnya dibalingkan ke seat sebelah pemandu. Penat dah jari ingin menelefon Jeon Jungkook, tetap tak terjawab. Mungkin Jungkook tengah sibuk dalam wad kecemasan kerana mustahil lelaki itu tidak akan mengangkat telefonnya melainkan kalau dia sedang berada di dalam wad kecemasan.

Taehyung segera memparkingkan keretanya di apartment rumahnya. Nak tak nak , dia sendiri lah yang perlu menemani Nara. Dia menggigit bawah bibirnya , kesian pula pada Rachel kena tunggu lama nanti. Baru saja dia ingin meluahkan masa bersama isterinya.

Setelah memparkingkan kereta , Taehyung terus melangkahkan kaki ke lift. Tingkat 10 di tekan . Sesampai sahaja di hadapan pintu , pintu rumahnya terus diketuk memandangkan dia lupa untuk membawa kunci rumah.

"Nara ! Ni saya , Taehyung." Laung Taehyung kuat agar Nara tidak takut-takut untuk membuka pintu. Dia menunggu dengan sabar sehinggalah pintu dibuka Nara.

[√] Suami Mithali ° kth Onde histórias criam vida. Descubra agora