Chapter 11

4.7K 612 40
                                    


"Uwekkk!!"

Taehyung membuka matanya perlahan apabila mendengar bunyi seseorang muntah bercampur dengan lampu terang yabg datangnya dari bilik air. Taehyung mengesat-ngesatkan matanya lalu matanya beralih pada Rachel yang baru saja keluar dari bilik air.

"Hey , awak ok tak?" Dengan pantas Taehyung bangkit dari katilnya dan mendapatkan Rachel yang hampir saja rebah. Mata Rachel tidak mampu untuk membuka seluas yang mungkin.

"Perut saya sakit , Tae."

"Awak tak makan ke?" Rachel menggeleng kecil , tubuhnya seakan melayang.

Pantas Taehyung mengangkat tubuh Rachel dan diletakkan ke atas katilnya. Lali dia meletakkan tangannya pada dahi dan leher Rachel.

"Badan awak panas sangat." Gumam Taehyung dengan nada kerisauan. Rachel sekadar diam dan menutup mata.

Dia pantas mencapai telefonnya yang berada di atas laci yang memisahkan antara katil Taehyung dan Rachel. Contact Jungkook dicarinya Rachel.

"Hello , Jungkook. Sorry kacau kacau kau malam-malam macam ni , aku tau kau tak tidur lagi. Isteri aku sakit , boleh tak kau datang ? Malam ni klinik dah tak buka. Aku mesejkan alamat."

Tut.

Terus panggilan dimatikan , telefonnya dicampakkan ke atas katil tanpa rasa ragu selepas dia menge-text-kan alamat Villa Rachel pada Jungkook , telefon tu tak penting sekarang.

"Awak tunggu sini , saya--" Belum sempat Taehyung menghabiskan ayatnya , Rachel memegang lengan Taehyung dan membuka matanya sedikit.

"Jangan... jangan tinggalkan saya." Jawab Rachel dengan wajahnya yang pucat. Taehyung mengeluh seketika. Dia tersenyum nipis lalu tangan Rachel yang memegang lengannya digenggam.

"Saya sekejap je. Saya pergi ambik kain basah nak letak kat dahi awak. Awak tunggu sini je. Saya janji takkan lama." Taehyung meletakkan semula tangan Rachel ke tepi.

Terus dia bergegas keluar dari bilik tersebut tidak mahu Rachel tunggu lama-lama. Rachel tersenyum nipis melihat bayangan Taehyung yang sudah hilang ke dapur.

•••

"

Dia demam dengan gastrik je. Takde apa yang serius. Aku dah bagi ubat tu , jangan lupa bagi dia makan ok?" Taehyung mengangguk kecil pada Jungkook , pandangannya teralih sedikit pada Rachel yang sudah terbaring lemah di atas katil.

"Lagi satu ... dia ada selalu minum alkohol ke ? Jangan kerap sangat erk , sebab tu dia boleh sakit perut sampai muntah-muntah macam tu. Kalau boleh sebulan sekali je." Taehyung mengetapkan bibir dengan pesanan Jungkook.

Ini bermakna pasti Rachel seorang yang kerap minum benda-benda yang macam tu. Akhirnya Taehyung mengangguk kecil juga pada Jungkook tanda dia memahami. Jungkook menepuk sedikit dua kali pada lengan Taehyung.

"Risau betul kau kat dia." Jungkook tertawa kecil. Nada suaranya dikecilkan saja tak mau Rachel dengar walaupun mereka dah jauh beberapa meter dari katil Rachel.

"Risaulah , dia isteri aku." Jungkook meng'oh'kan saja dengan senyuman nakal.

"Bukan kau kahwin--"

"Kau nak kena ke?" Jungkook tertawa kecil sekali lagi lalu mengangkat kedua belah tangannya tanda dia mengalah. Gurau sikit pun tak boleh dah sekarang.

"Ok ok . Sensitive sangat. Urm , aku balik dulu lah. Dah tengok Rachel tu elok-elok. Takyah hantar aku ke bawah , pandai-pandai lah aku cari pintu keluar."

"Okay , jaga diri." Taehyung membukakan pintu bilik mereka untuk Jungkook.

Jungkook mengangkat tangannya tanda selamat tinggal pada Taehyung. Taehyung sekadar tersenyum sebagai belasan. Selepas itu , dia kembali pada Rachel. Bubur yang telah dia masakkan di atas laci di ambilnya sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Rachel.

"Rachel , saya buatkan bubur untuk awak. Awak makan sikit boleh ? Saya taknak perut awak kosong sangat." Rachel membuka matanya sedikit memandang Taehyung. Dia mengeluh kesal sebelum dia menutup kembali matanya.

"Saya tak seleralah." Taehyung menarik nafasnya perlahan mendengar jawapan dari Rachel. Betul-betul buat orang risau perempuan ni , dah sakit pun keras kepala.

"Sikit je , please. Saya suap." Pujuk Taehyung sekali lagi. Rachel merengus kasar dan membuka matanya kembali.

Akhirnya dia akur melihat wajah Taehyung yang sengaja dibuat comel. Dia bangkit sedikit untuk duduk , lalu dia bersandar dan melihat ke arah Taehyung sambil membuka nulutnya bersedia untuk disuap. Taehyung tertawa kecil , sesudu bubur disuapkan ke dalam mulut Rachel.

"Sedapkan ?"

"Urm." Jawab Rachel singkat dan sekali lagi Taehyung menyuapnya sebelum menghulurkan segelas air. Dia tersenyum nipis melihat Rachel memakai bajunya.

Sejak kejadian pertama kali Rachel memakai bajunya , setiap malam pasti Rachel akan ambil baju Taehyung sesuka hati untuk pakai setiap malam. Tapi dia tak pernah kisah pun wanita tu ambil bajunya sesuka hati tanpa kebenarannya , baginya asalkan wanita tu suka dia tak kisah.

"Nak lagi." Taehyung tersedar dari lamunanya saat Rachel menarik-narik bajunya meminta sesuap lagi bubur. Taehyung tertawa kecil dan terus menyuapkan Rachel bubur sekali lagi.

"Awak termenung tengok muka saya tadi kenapa?" Tanya Rachel dengan nada annoying. Taehyung mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman nakal.

"Sebab ... ada something kat muka awak tu ." Rachel membesarkan matanya mendengar jawapan Taehyung. Wajahnya diraba-raba.

"Mana?" Taehyung tertawa kecil dengan soalan Rachel , mangkuk bubur diletakkan ke atas laci semula.

"Sini." Taehyung menolak-nolak tangan Rachel yang masih meraba wajahnya. Kedua belah pipi Rachel ditariknya sebelum mencium bibir Rachel singkat.

Rachel membesarkan matanya dengan tindakan Taehyung. Terus badan Taehyung ditolaknya , wajah Rachel memerah dan dialihkan ke tempat lain. Taehyung tersenyum nakal , akhirnya berjaya juga dia buat Rachel malu tak tentu pasal.

"Berani awak..." Rachel mengetapkan bibirnya. Dia mendongak sedikit memandang Taehyung yang masih tersenyum nakal.

"Dah lah saya nak tidur , pergi tidur katil awak sana." Rachel terus baring dan menarik selimutnya untuk menutupi kepalanya namun Taehyung turut masuk ke dalam selimut Rachel.

"Yah! Kim Taehyung!" Taehyung langsung tak pedulikan jeritan Rachel malah Taehyung menolak sedikit badan Rachel dan berbaring di sebelahnya.

Rachel mengetapkan bibirnya geram sebelum memandang Taehyung. Beberapa saat kemudian Rachel membesarkan matanya sedikit. Baru dia perasan wajah Taehyung dan dia sangatlah dekat sehinggakan dia dapat rasakan nafas Taehyung. Wajah Taehyung tenang saja lalu dia tersenyum nipis.

"Saya nak tidur dengan awak hari ni dekat sini. Tidur sana tak best." Ujar Taehyung dengan ton suara yang mendatar.

Terus Rachel memejamkan matanya serapat mungkin tidak mahu memandang Taehyung. Namun dia masih menghadap lelaki itu.

"Suka hati awaklah. Saya demam , jangkit dekat awak , saya--" Belum sempat Rachel meneruskan ayatnya , kepala Rachel ditarik Taehyung untuk dipeluk. Mata Rachel terbuka semula apabila kepalanya telah berada di dada Taehyung.

"Kalau awak sakit , saya pun nak rasa sakit tu sebab ... saya sayang awak jadi saya taknak awak rasa sakit tu sorang-sorang." Bisik Taehyung perlahan di telinga Rachel.

Rachel menarik nafasnya dalam mendengar balasan Taehyung yang mampu membuatkan dia terharu. Dia memejamkan matanya kembali tanpa membalas Taehyung. Dia nak dibuai mimpi di dalam pelukan Taehyung. Kerana apa yang dia rasa adalah ...

Tenang .

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now