Chapter 5

5.6K 716 26
                                    


Rachel terus menutup pintu Villanya apabila dia sudah berlari secepat mungkin masuk ke dalam rumah besar itu. Luahan Taehyung sebentar tadi masih segar bergema di telinganya. Dia memegang dadanya dan mengetapkan bibir geram.

"Pelik." Bisiknya perlahan dan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Pipi kanannya ditampar juga sebanyak tiga kali.

"Kau ni kenapa?" Teguran itu hampir membuatkan Rachel gugur jantung. Terus Rachel menoleh memandang seseorang yang sedap duduk di atas sofanya.

Dia mengerutkan dahi.

"Bila kau sampai?"

"Satu jam ya--"

"Baru aje, Rachel. Jimin yang nak melawat kau. Aku dah cakap esok je sebab ni dah malam." Mata Rachel tertoleh pula pada seorang wanita yang berjalan keluar dari dapurnya sambil menatang dulang.

Lelaki yang bernama Jimin itu menggulingkan biji matanya. Teh yang ditatang oleh wanita tadi dituangkan ke dalam cawan, terus Jimin menghirupnya.

"Suka hati saya lah saya nak melawat dia bila. Awak diam erk, Eunbi." Eunbi memeluk tubuhnya lalu mencebik. Dia menghempaskan punggungnya pada sofa lalu memandang Rachel yang masih lagi tidak berganjak dari hadapan pintu.

"Rachel , meh duduk sebelah aku." Eunbi menepuk-nepuk tempat duduk sebelahnya dan tersenyum pada Rachel.

Rachel menjelingnya sebagai balasan membuatkan Eunbi kembali menunduk. Pantas dia berjalan laju ke tangga untuk naik ke biliknya. Namun dia berhenti apabila sudah beberapa langkah.

"Aku rasa kau takde nak cakap apa-apa yang penting melainkan pasal lelaki yang dah berstatus 'bakal suami' Rachel Park , kan? Sila pergi dari rumah aku lepas minum. Terima kasih sebab layan diri."

"Rachel... Rachel!" Panggilan dari Jimin tidak lagi diendahkan Rachel. Dia sudah pun menghilang masuk ke bilik.

Jimin mengeluh seketika lalu dia memandang ke arah Eunbi yang sudah tertunduk dengan wajah yang bertukar muram tidak seperti tadi. Dia meraup wajahnya kesal.

"Dia memang macam tu.. awak tau kan? Jadi tak payah amik kisah sangat ok?" Eunbi terus bangun dari duduknya lalu memandang Jimin.

"Mari kita balik."

•••

"Awak nak bawa saya pergi mana pula ni, Rachel Park ?" Taehyung terpaksa pasrah apabila Rachel menarik tangannya masuk ke sebuah butik pakaian lelaki.

Dia memeluk tubuhnya apabila Rachel sudah memilih beberapa pakaian untuk dikenakan pada Taehyung. Mentang-mentang Taehyung sudah digantung kerja, free 24 jam, dia pula yang terpaksa mengikut Rachel. Tau lah boss, boleh keluar dari pejabat bila-bila yang dia nak.

"Suami saya... kena bergaya dan hensem." Kata Rachel sambil mengenakan sehelai kemeja biru pada Taehyung. Taehyung mengangkat keningnya.

"Saya tak hensem ke? Saya pakai baju polis pun dah nampak bergaya ok."

"Bukan tak hensem , kurang hensem. Bukan tak bergaya , kurang bergaya." Rachel tersengih di hadapan Taehyung lalu dia sambung mencari baju yang sesuai untuk Taehyung.

Jatuh rahang Taehyung mendengar jawapan dari Rachel. Dia mengetapkan bibirnya. Geram dengan Rachel. Tau lah mereka nak kahwin , tapi tak perlu kot nak ubah Kim Taehyung 100%

"Sekarang awak nak ubah saya ke Rachel Park ? Awak nak ubah saya jadi suami idaman awak?"

"Nampaknya macam tu lah..." Baju dipegangan Rachel dirampasnya Taehyung lalu dia meletakkan ke rak semula.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now