Chapter 15

4.9K 625 90
                                    


"Gantikan aku erk hari ni? Sorry sangat wey , nak uruskan hal kereta aku ni. Nanti bila time bila-bila kau cuti pula, aku gantikan kau. Thanks ! Bye , sayang kau." Nara terus mematikan talian telefonnya bersama kawan sekerjanya di hujung talian.

Pantas dia menoleh ke arah Taehyung yang memeluk tubuhnya. Dia menelan liurnya payah , wajah ditundukkan.

"Awak tak bagitau Rachel pasal ni?" Nara menggeleng dengan soalan Taehyung tanpa mengangkat wajahnya.

"Awak... takkan saman saya kan?" Sekali lagi Nara menggeleng dengan keluhan kecil. Dia mengetapkan bibir geram sebelum mendongak memandang wajah Taehyung yang masih merenungnya semacam.

Kwon Nara , penjaga kaunter pertanyaan di A&A holding , syarikat Rachel. Kali pertama berjumpa dengan Taehyung semasa Taehyung memaksanya untuk memberitahu keberadaan Rachel ketika Rachel sedang bertemu ramah dengan wartawan.

Takkan Nara lupa kejadian itu , Encik Polis yang tiba-tiba terjah ke dalam syarikat orang dipikirnya gila.

"Saya akan bayar kereta awak. Jangan bagitau Rachel pasal ni , saya minta maaf sangat."

"Urm , takpe Encik Kim. Tak payah bayar , perkara kecil je. Saya tak kisah sangat pun." Taehyung mengangkat keningnya mendengar balasan Nara.

"Kalau macam tu , saya taknak bayarlah." Nara mengetapkan bibir sekali lagi mendengar balasan Taehyung. Dalam hati dah memaki Taehyung.

Kalau bukan Taehyung ni suami bossnya dan seorang polis, dah lama dia buat apa-apa tindakan. Senang-senang langgar orang sebab cuai berbual di dalam telefon masa memandu , tiba-tiba taknak bayar. Ingat dia apa? Dalam beg duit nak bayar duit minyak kereta pun entah-entah Nara tak mampu setakat ni.

"Saya gurau je." Jawab Taehyung dengan tawa kecil menghentikan lamunan Nara. Lalu Taehyung mengeluarkan sejumlah duit dalam pocketnya untuk dihulurkan pada Nara.

Nara memandang duit itu dengan hati yang berbelah bahagi. Mungkin tadi dia berharap Taehyung membayar tapi tiba-tiba bila duit tersebut dihulurkan , Nara terasa berat hati nak mengambilnya.

"Urm.. Encik Kim , saya--"

Belum sempat Nara ingin menghabiskan ayatnya , Taehyung telah pun menarik tangan Nara dan meletakkan duit tersebut di telapak tangan Nara. Nara tergamam merasakan tangan Taehyung yang memegangnya.

"Tak payah panggil saya Encik Kim , nama saya Kim Taehyung." Nara menundukkan wajahnya lalu mengangguk kecil. Taehyung menghulurkan tangannya untuk bersalaman bersama Nara.

"Kwon Nara." Jawab Nara bersama tangan yang teragak-agak untuk menyambut salaman Taehyung. Namun , lambat-lambat Taehyung menyambut juga salaman itu.

Taehyung tersenyum nipis.

•••

Rachel memegang kepalanya yang sedikit pening akibat migrain yang datang tiba-tiba. Dia mengeluh seketika sebelum tangan cepat-cepat membuka laci mejanya untuk mencapai panadol. Dua biji panadol ditelannya pantas bersama air mineral yang memang berada di atas mejanya.

Tok ! Tok!

"Puan Kim , ada sesuatu untuk Puan." Rachel mengangkat wajahnya melihat secretary-nya. Lalu tangannya mengisyaratkan untuk dia masuk.

Perlahan gadis likungan 20-an itu melangkah masuk ke dalam pejabat Rachel , matanya tidak lepas memandang Rachel yang masih berkerut dahi menahan sakit kepala yang lambat nak bertindak terhadap panadol yang di makannya.

"Saya letak sini ." Kata dia sambil meletakkan sesampul surat berwarna coklat di atas meja Rachel. Rachel mengerutkan dahi sekali lagi memandang sampul surat itu.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now