Chapter 7

5.5K 654 23
                                    


Rachel memandang wajahnya pada pantulan cermin besar di hadapannya. Dia menarik nafas dalam melihat gaun putih pengantin yang telah tersarung ke tubuh langsingnya. Tiba-tiba perbualannya dengan Taehyung di rumah anak yatim beberapa minggu yang lalu kembali menerjah mindanya.

"Kenapa awak tiba-tiba nak cepatkan tarikh perkahwinan kita?" Tanya Taehyung apabila hasrat Rachel sebentar tadi telah diluahkan.

Rachel terdiam sebentar , tidak mahu bercakap tentang hal itu dihadapan budak-budak yang dilayan Taehyung. Faham dengan respon Rachel , Taehyung terus menyuruh budak-budak yang dilayannya pergi bermain bola sementara dia hendak berbual dengan Rachel.

Taehyung kembali menatap Rachel yang duduk di bangku dibawah pohon pokok yang redup. Perlahan punggungnya dilabuhkan di sebelah Rachel.

"Kenapa? " Tanya Taehyung sekali lagi sambil menatap Rachel yang hanya menunduk memandang tanah.

"Sebab saya malas nak tangguh-tangguh. Kita tak payah buat besar-besar pun , saya bukan banyak kenalan pun. Kalau ada pun, anak-anak dato semua , awak mesti tak suka kan?"

"Yelah , takkan sebab tu je? Tengok , awak sendiri yang macam tak sabar nak kahwin dengan saya. Bila saya tanya awak suka saya , awak cakap tak lah apa lah." Perlahan Rachel menoleh memandang Taehyung yang sudah melepaskan keluhan berat. Taehyung pula kini menunduk memandang tanah.

"Saya ingat awak nak tangguhkan perkahwinan kita lagi beberapa bulan atau sekurang-kurangnya lagi sebulan. Sebab saya taknak kahwin dengan orang yang tak sukakan saya."

"Habis awak tu suka saya ke?" Automatik wajah Taehyung kembali menatap Rachel. Dia menarik nafas panjang.

"Well , yes I am. Saya dah mula suka dekat awak..."

"... dan untuk pengetahuan awak , saya taknak bila kita kahwin, awak masih dengan rules awak. Awak nak curang belakang saya pun boleh dan kalau saya tak tahan , kita boleh cerai. No , saya takkan biarkan itu berlaku."

Krek.

Lamunan Rachel mati saat pintu biliknya dibuka seseorang. Terus matanya mengalihkan pandangannya pada seorang wanita yang masuk ke dalam biliknya, Yoon Eunbi. Dia menggulingkan biji matanya , matanya kembali memandang wajahnya sendiri pada pantulan cermin.

"Aku masuk ya , Rachel?"

Eunbi mengeluh seketika apabila Rachel langsung tidak menjawab pertanyaannya. Eunbi terus melabuhkan punggungnya pada katil Rachel.

"Tahniah , akhirnya kau kahwin juga. Macam yang kau nak."

"Aku taknak kahwin , tapi disebabkan kau aku kahwin juga sekarang. Bodoh." Eunbi membesarkan matanya memandang Rachel. Dia mengetapkan bibir lalu menunduk memandang tangannya yang telah menggenggam skirtnya kuat.

"Aku minta maaf , aku betul-betul takde niat apa-apa Rachel. Kenapa kau benci sangat dengan aku?"

"Kalau kau takde niat apa-apa kenapa kau masih taknak tinggalkan abang aku? Kau tau disebabkan kau lah keluarga aku jadi huru-hara. Disebabkan kau!" Rachel bangun lalu memandang tajam pada Eunbi.

Eunbi mengetapkan bibirnya dan masih lagi menunduk tidak mahu memandang Rachel. Air matanya cuba ditahan.

"Aku tak tinggalkan dia sebab dia dah banyak tolong dan berjasa dengan aku. Jadi aku taknak kecewakan dia."

"Nonsense! Sebab sebenarnya kau nak duitkan? Kalau kau tinggalkan abang aku, kau takdelah dapat kemewahan yang sekarang ni. Entah-entah kau dah merempat kat kaki lima. Betul tak?"

"Rachel aku takde niat pun." Akhirnya air mata Eunbi jatuh juga. Dia memandang Rachel sayu. Rachel merengus kasar lalu memeluk tubuhnya.

"Dah , pergilah keluar. Abang kau dah lama tunggu kau."

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now