Chapter 44

3.4K 510 115
                                    


"Betul dia ni , Yoon Eunbi yang upah kau untuk buat wajah seorang perempuan ?" Lelaki Si Pembuat patung itu menganggukkan saja apabila Taehyung bertanya.

"Terima kasih sebab jujur dengan kami. Hyung , masukkan balik dia dalam penjara."

"Baik tuan." Yoongi dan Namjoon terus membongkokkan badan tanda hormat selepas menerima arahan itu.

Taehyung terus memulas pintu bilik kecil yang menempatkan Eunbi , namun pantas Jimin menahan pintu itu. Taehyung mengangkat keningnya memandang Jimin.

"Aku tau aku tak sepatutnya masuk sama tapi ... boleh aku masuk sekali ? Dia isteri aku Tae. Aku bukan nak menangkan dia tapi , aku nak dia explain dekat aku. Isteri kau yang hilang , adik aku Tae." Ada getaran dari suara Jimin. Taehyung mengeluh kesal.

Pantas dia mengangguk setuju pada Jimin. Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik kecil itu. Hanya satu sumber cahaya saja yang menerangi bilik itu ditengah-tengah. Eunbi mengangkat wajahnya memandang Jimin dan Taehyung bersilih ganti. Taehyung terus meletakkan pita rakaman di atas meja hadapan Eunbi sebelum bersuara.

"Yoon Eunbi , mengaku jelah salah kau dan bagitau dekat mana Rachel."

"Aku taktau ! Aku taktau ! Bukan arahan aku dan plan aku nak bawa dia lari dan cuba bunuh mak kau ! Ya aku jujur ,memang aku cuba nak jatuhkan keluarga Jimin dan Rachel tapi plan aku tak jadi sebab lelaki jahanam tu ! Bukan aku ! Bukan aku lah..." Suara Eunbi mula kendur.

Tangisannya mula memenuhi ruangan bilik itu. Wajahnya ditekupkan tidak mahu Jimin dan Taehyung melihat. Dia masih sedih dengan apa yang berlaku pada Kim Seok Jin , orang yang paling dia sayangi lebih dari Jimin.

"Kenapa kau buat macam tu Eun , aku kecawa dengan kau." Eunbi mengangkat wajahnya melihat ke arah Jimin.

"Aku jaga kau , aku sayang kau , aku lebihkan kau dari Rachel , Eun. Macam ni kau balas dekat aku ?"

"Jimin... maafkan aku Jimin. Maafkan aku , aku menyesal Jimin. Maafkan aku." Eunbi terus bangun dan terus melutut di hadapan Jimin. Kaki Jimin disujudnya.

"Jimin maafkan aku." Eunbi menangis teresak-esak di kaki Jimin. Namun Jimin sekadar membiarkan dan menarik nafasnya dalam menahan air mata yang ingin jatuh. Taehyung sekadar diamkan saja.

"Jimin bagi aku peluang lagi sekali , aku betul-betul minta maaf. Kesiankan aku dan anak dalam kandungan aku ni." Ucap Eunbi dengan sendu-sendannya sambil memeluk kaki Jimin.

"Maafkan aku Eun , aku dah tak boleh terima kau dengan anak kau. Maafkan aku." Jimin terus menarik kakinya dari terus dipeluk Eunbi. Kakinya dilangkahkan keluar dari bilik itu.

"Jimin tunggu ! Park Jimin !" Jimin langsung tidak mengendahkan jeritan Eunbi. Eunbi terus menangis di situ , di atas lantai yang sejuk itu.

Semuanya dah terlambat .

Perlahan Taehyung bercangkung di sebelah Eunbi. Kedua bahu Eunbi dipegangnya. Dia menarik nafasnya dalam.

"Eunbi , cerita dekat aku apa yang dah jadi. Kalau betul kau menyesal , mengakulah dekat pihak kami apa yang dah berlaku." Eunbi terus mengalihkan pandangannya pada Taehyung.

Dia menunduk semula dan mengelap air matanya perlahan. Lalu kepala dianggukkan beberapa kali.

"Aku dah plan lama semua ni , aku benci keluarga Tuan Park sebab Tuan Park bunuh adik kembar tak seiras aku , Nara. Aku upah si pembuat patung tu untuk buat wajah Nara dan aku menyamar jadi Nara. Aku buat semua tu sebab nak balas dendam..."

Taehyung mengangguk-angguk saja mendengar cerita Eunbi. Pita rakaman telah disediakan di tangannya untuk merekod setiap yang diluahkan Eunbi.

"Aku bunuh Puan Park masa dia di hospital sakit jantung. Aku cabut alat pernafasan dia. Dan benda yang sama terjadi dekat Tuan Park. Tapi aku suruh dia yang buat macam tu , aku tak buat. Sebab aku janji dengan dia kalau aku dapatkan Rachel untuk dia , dia akan tolong aku jatuhkan keluarga Park. Tapi sayang , dia lebih psycho dari apa yang aku fikirkan. Dia cuba bunuh mak kau sebab dia benci kau yang dah jadi suami Rachel , dia buat tanpa aku suruh Tae. Bukan aku yang suruh."

"Siapa dia?"

"Choi Seung Cheol."

•••

Rachel menoleh ke sebelahnya melihat Cheol yang sudah tertidur. Dia menarik nafasnya dalam melihat Cheol yang sudah nyenyak tidur. Suka-suka lelaki itu saja ingin tidur disebelahnya , buatkan dia memang tidak senang untuk tidur setiap malam walaupun Cheol tidak berbuat apa-apa padanya.

Perlahan Rachel bangun dari katil , matanya melirik ke arah telefon bimbit Cheol yang berada di atas laci sebelah katil. Perlahan Rachel mencapai telefon itu dan berlari anak masuk ke dalam bilik air. Dia di atas mangkuk jamban , tangannya menggeletar mendail nombor telefon Taehyung.

Akhirnya , dapat juga dia berkomunikasi dengan lelaki itu. Rachel menarik nafasnya dalam menunggu panggilannya disambungkan.

"Hello?"

"Tae ! Ni saya ! Ra—"

Bam !

Rachel menelan liurnya melihat ke arah Cheol yang tiba-tiba merempuh pintu tandas sehingga pecah. Lelaki ni memang gila ! Rachel menarik nafasnya dalam cuba bertenang melihat lelaki itu tersenyum sinis sambil bersandar pada pintu melihat ke arahnya. Tangan kanan lelaki itu bermain-main dengan pisau lipat.

"Tae- Taehyung , ni aku Rachel. Jangan cari aku lagi sebab aku benci kau. Kau tak percaya dekat aku selama ni ! Kau bodoh tak guna ! Aku dah jumpa dengan orang yang baik dari kau !" Hambur Rachel dengan air matanya mengalir dari pipinya. Cheol menegakkan badannya , terkejut dengan apa yang dikatakan Rachel.

"Aku nak kau ceraikan aku. Aku benci kau , disebabkan kau anak aku mati ! Aku benci kau ! Ceraikan aku dan aku nak kau buat dokumen cerai kita tu dalam masa yang terdekat. Kau boleh hantar dekat Chaerin , p.a aku. Dia akan handle benda tu untuk aku. Faham tak ! Jangan cari aku lagi."

Tut !

Terus panggilan dimatikan. Rachel menunduk tidak mahu memandang Cheol. Perlahan dia bangun dari mangkuk tandas tadi dan berjalan ke arah Cheol. Telefon Cheol dipulangkan balik. Cheol sekadar mengambil telefon itu dengan wajah yang keliru.

Terus Rachel ingin melangkah pergi namun Cheol menarik semula lengan Rachel agar kekal di hadapannya. Tangannya perlahan naik untuk mengelap air mata Rachel.

"Kau betul-betul nak cerai dengan dia?" Dalam kerterpaksaan Rachel mengangguk. Cheol tersenyum. Pisau lipatnya dibuang entah ke mana dan terus tubuh Rachel dipeluknya.

"Terima kasih Rachel ! Aku akan bahagiakan kau , aku janji ! Esok kita akan bertolak ke London , takde sapa akan kacau kita lagi. Aku sayang kau."

"Aku pun sayang kau Cheol , aku pun." Rachel tersenyum sinis dalam pelukan Cheol.

Inspektor Kim , get a GPS ? Find Rachel Kim as soon as possible .

•••

Wey aku dah tukar username btw HAHAHAHAHHAHAHAHAHAGA ok bye

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now