Chapter 10

5.1K 596 27
                                    


Rachel menggosok-gosokkan mata apabila sinaran matahari mengganggu tidurnya. Dia membuka matanya sedikit lalu bangun untuk duduk di atas katilnya. Kepala dipusingkan ke kiri melihat katil Taehyung yang kosong sudah berkemas. Lalu dia memerhatikan bajunya yang sudah bertukar dengan baju entah dia tak pasti. Rachel mengerutkan dahi.

"Ni bukan baju aku." Gumamnya sambil melihat baju T-shirt hitam tersebut. Dah lah besar , hampir terlondeh menampakkan tali branya. Selimut dialihkan melihat untuk Rachel melihat dia yang hanya memakai seluar dalam.

"Apa... dah jadi semalam?" Rachel cuba mengingati kembali apa yang sudah berlaku semalam.

Dia tidak ingat apa-apa , sudah lumrahnya setiap kali dia sedar dari mabuk dia takkan ingat apa-apa tidak seperti orang lain. Yang dia tahu , dia minum dengan sangat banyak semalam di kelab malam dan dia tak ingat lagi apa-apa selepas itu. Tau-tau dia dah ada di atas katilnya dengan hanya memakai T-shirt dan seluar dalam?

"Kim Taehyung.." Nama itu tiba-tiba terpacul di bibir Rachel. Pantas dia bangkit dari katilnya untuk keluar dari bilik. Pasti lelaki tu tau apa yang dah berlaku.

Saat Rachel menuruni tangga , bau mee goreng terus menusuk ke rongga hidungnya. Dia menelan liurnya payah sambil memegang perut , lapar. Rachel menuju ke dapur dan berhenti betul-betul di sebelah counter .

"Selamat pagi Encik Polis." Sapa Rachel dibelakang Taehyung. Taehyung menoleh pada Rachel namun tangannya masih sibuk menggoreng mee yang hampir siap.

"Err .. selamat pagi Cik Rachel." Taehyung terus menyenduk mee yang dimasaknya untuk masuk ke dalam mangkuk selepas menjawab sapaan Rachel. Setelah itu , dia terus menghidangkan mee di atas meja.

Rachel seperti biasa , menuju ke peti ais dan minum juice oren kegemarannya pada waktu pagi begini. Taehyung menoleh ke arah Rachel dan memandangnya atas bawah. Dia menelan liurnya melihat pemakaian Rachel yang memang sah-sah lah dia yang tukarkan. Dia sangkakan yang Rachel akan memakai seluar terlebih dahulu sebelum turun setelah dia bangun dan perasan pakaiannya yang sebegini rupa , mungkin Rachel tak perasan.

"Awak tenung apa?" Mata Taehyung yang dari tadi melekap pada paha Rachel yang terdedah automatik naik memandang wajah Rachel. Taehyung menggeleng kecil dengan wajah tidak bersalah dan pipi yang sedikit memerah.

"Takde apa." Jawab Taehyung kecut perut. Rachel kembali menyimpan juice orennya di dalam peti ais sebelum dia memandang Taehyung semula.

"Apa yang dah jadi pada saya semalam?"

"Urm ... a-awak mabuk balik rumah semalam. Jadi-- jadi saya yang tukarkan pakai-- tapi saya tak bermaksud nak menggatal! Awak balik basah semalam sebab hujan. Takut awak demam jadi... saya tukarkan pakaian awak."

Rachel mengecilkan matanya memandang Taehyung. Terus kecut perut Taehyung lalu menunduk memandang lantai. Kenapalah dia yang selalu terasa gugup sebegini? Perlahan kaki Rachel melangkah untuk mendekati Taehyung. Setiap bunyi derupan langkah Rachel membuatkan Taehyung semakin resah.

"Awak tukarkan pakaian saya?" Tanya Rachel , satu tapak dimajukan ke depan. Taehyung mengangguk kecil. "Bila saya bercakap pandang saya dan jawab!"

"Ya! Saya tikar baju Cik Rachel." Secara automatik Taehyung mengangkat wajahnya memandang Rachel. Rachel maju lagi ke depan satu tapak.

"Habis ni baju siapa? Kenapa tak pakaikan baju saya?"

"Sa- saya taktau baju tidur awak , saya tak jumpa. Jadi saya pakaikan baju saya. Saya terjumpa seluar pendek , saya nak pakaikan awak seluar tu tapi ... too much skin to skin sebab seluar tu ketat."

Dan akhirnya , Rachel betul-betul berada di hadapan Taehyung dan jarak mereka hanya beberapa cm sehingga nafas mereka dapat rasa antara satu sama lain. Taehyung menelan liurnya. Tinggi juga Rachel , Rachel hanya paras matanya saja jadi senang untuk di memandang wajah Rachel.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now