Chapter 22

3.5K 519 58
                                    


"Awak dah selamat dekat sini , awak tak perlu risau lagi Nara." Ucap Taehyung lembut langsung terus mendudukkan Nara di katil bilik apartment-nya itu.

Jungkook sekadar memandang Taehyung. First Aid dipegangannya telah disediakan untuk merawat Nara. Perlahan Taehyung menoleh memandang ke arah Jungkook.

"Aku tunggu luar , kau rawatlah dia." Jungkook sekadar mengangguk dengan arahan Taehyung.

Saat Taehyung ingin mengaturkan langkah keluar dari bilik itu , Nara terus memegang lengan Taehyung. Terus Taehyung memandang semula ke arah Nara. Nara mendongak dengan air matanya yang masih mengalir ke pipi.

"Ja- jangan tinggalkan saya. Saya takut."

"Tak , takde sapa akan tinggalkan awak. Saya tau awak takut , awak dah selamat sekarang. Takde siapa akan sakitkan awak. Saya tunggu dekat luar , Jungkook akan rawat awak. Ok?" Pujuk Taehyung sambil mengusap rambut Nara.

Jungkook mengetapkan bibir melihat Nara yang masih lagi tidak mahi melepaskan Taehyung. Perlahan dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia tidak tahu kenapa , tapi sejak berjumpa dengan Nara dia ada satu perasaan yang lain dan dia tidak tahu perasaan apa itu.

Nara menarik nafasnya dalam. Matanya dialihkan pada Jungkook. Akhirnya, dia menjatuhkan tangannya untuk membiarkan Taehyung pergi. Kemudian dia kembali menunduk , air mata dilap sendiri.

Setelah Taehyung keluar dari bilik itu , Jungkook terus melabuhkan punggungnya di sebelah Nara. Jungkook mengeluh seketika sebelum dia perlahan menarik wajah Nara untuk memandangnya.

"Awak... kenal saya lagi.. kan?" Tanya Jungkook dengan berhati-hati. Dia tahu Nara masih takut dan trauma.

"Dr Jeon." Jungkook tersenyum nipis saat Nara menyebut namanya. Entah kenapa dia gembira sangat kerana gadis itu mengingati namanya.

Pantas luka di bibir Nara dirawatnya , mungkin saja bibirnya terluka kerana ditampar kuat oleh Seokjin. Nara sekadar diam dan membiarkan saja perbuatan Jungkook yang merawatnya. Wajah Jungkook tidak lepas dipandangnya.

"Saya dah banyak kali nak tolong awak keluar rumah tu , tapi awak degil. Awak tengoklah apa dah jadi sekarang Kwon Nara." Kata Jungkook memecahkan kesunyian.

"Saya sayangkan dia."

"Nara , dia abang tiri awak je. Kalau perangai macam tu , awak nak sayang apa lagi ? Saya tau , dia dah banyak tolong awak tapi... dia juga dah banyak seksa awak." Jawapan Jungkook membuatkan Nara menundukkan wajah dan terus diam. Tidak tahu apa lagi yang perlu dia balas.

Perlahan Jungkook mengeluh , dia membuka jacketnya lalu diletakkan di bahu Nara bagi menutup lengan Nara yang telah terdedah akibat bajunya yang sudah terkoyak.

"Awak nak tinggal sini ?" Tanya Jungkook. Perlahan Nara mengangguk.

"Saya dah takde keluarga lain dan tempat tinggal lain." Jungkook mengangguk faham. Terus dia bangun dari duduknya setelah kerja merawat Nara selesai.

"Baguslah , sekurang-kurangnya saya tak perlu risaukan awak lagi." Balas Jungkook tanpa memandang Nara. Dia menarik nafasnya dalam seakan frust.

Dia sudah lama rancang untuk menyelamatkan Nara dari abang tirinya dan bawa Nara tinggal bersama keluarganya. Tanpa hampa , Taehyung dah jadi hero terlebih dahulu. Nampaknya Nara lebih berminat Taehyung membantunya dari diri dia sendiri.

"Awak tidurlah. Saya keluar dulu." Pinta Jungkook setelah lama berdiam.

Pantas dia keluar dari bilik yang diduki Nara. Pintu ditutupnya rapat sebelum kakinya meluru ke arah Taehyung yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Perlahan dia melabuhkan punggungnya di sofa single yang tak berapa jauh dari sofa panjang yang diduduk Taehyung.

"Kau nak biar dia tinggal sini?" Taehyung mengangguk dengan soalan Jungkook. Wajah Jungkook ditatap.

"Dah tu ? Takkan nak biar dia merempat dekat luar sana. Kenapa ? Kau nak jaga dia ke?"

"Tak... aku takde rumah nak bagi dia duduk. Urm , bila kau beli rumah ni?"

"Ahh , rumah ni aku dah lama beli. Kau pun tau , aku suka merancang masa depan sendiri. Aku ingat aku nak tinggal dengan isteri aku bila aku dah kahwin nanti. Dah setahun aku beli rumah ni tapi takde siapa duduk pun. Aku datang sekejap-sekejap je. Tapi sayang , aku dah kahwin dan rumah takde fungsi. Nak bandingkan Villa Rachel dengan aparment ni , mesti Rachel lagi suka duduk Villa dia."

"Rachel tahu pasal apartment ni?" Perlahan Taehyung menggeleng sebelum dia tertawa kecil.

"Aku nak bagi sewa dekat orang tapi nampaknya Nara lebih memerlukan rumah ni."

•••

Rachel perlahan memasuki Villanya. Jam tangan dipandang sekilas. Nampaknya hari ni dia masih balik lambat , 11 malam baru sampai ke rumah. Perlahan dia melangkah ke dapur untuk minum secawan air masak. Perutnya yang mula buncit dipegang.

"Meow."

"Euw! Eih ! Kucing!" Rachel terus melompat kegelian dan menjauhi kucing putih yang tiba-tiba saja datang ke arahnya minta dimanja.

"Ni bukan ke kucing yang... Kim Taehyung!! Kim Taehyung!!" Terus bergama Villa tersebut dengan suara Rachel. Sungguh dia tidak suka kucing.

Makin kucing itu mendekat , makin Rachel menjauhi kucing tersebut. Dia memang geli dan tidak suka dengan bulu-bulu kucing. Lagi-lagi kalau dia buat taik dalam rumah , rasa macam nak sepak teranjang je.

"Ya sayang , bila sayang balik?" Tanya Taehyung ceria sambil menuruni tangga. Memang Taehyung tidak tidur lagi kerana menunggu Rachel untuk pulang.

"Awak boleh tanya bila saya balik? Kim Taehyung! Kenapa simpan lagi kucing ni?! Saya tak suka kucing! Buang!"

"Apa sayang ni , kesian sayang buat comel macam tu." Terus kucing putih yang diberi nama Comel diangkat Taehyung. Kepala Comel diusapnya.

"Eee , geli ! Tolong Tae , kalau awak nak bela ... pastikan dia tak berak dalam rumah dan tak masuk dalam rumah. Kurung dia ! Pastikan dia takde depan mata saya ! Saya tengah mengandung , saya taknak nanti kucing kotor ni bawa bakteria dekat anak kita."

"Rachel , Comel takde lah sampai macam tu. Tae dah mandikan dia tau. Cuba sayang bau dia , wangi!!"

"Eee !! Jauh!! Jangan dekat!! Urgh!!" Rachel terus melarikan diri dari Taehyung yang ingin memberikan dia bau kucing tersebut. Terus dia berlari naik ke bilik. Taehyung tertawa , dahi Comel diciumnya.

"Apalah mama kan , takut dengan Comel. Takpe , janji Comel jangan kacau mama ok ? Mama tu tengah mengandung , emosi dia tak betul. Nanti esok main dengan papa lagi. Papa nak naik atas intai mama mandi. Comel jangan masuk rumah , shuh! Keluar sana." Taehyung tersenyum gatal.

Terus Comel diletakkan ke bawah. Malas dia nak kurung , pandai-pandailah Comel keluar sendiri. Nanti esok pagi dia bangun awal-awal , dia kurunglah Si Comel sebelum Rachel bangun. Harap-harap Comel tak buat hal berak dalam rumah.

Terus Taehyung melangkahkan kakinya untuk naik ke bilik melihat Rachel.

•••

[√] Suami Mithali ° kth Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu