Chapter 40

3.5K 492 708
                                    

"Kita akan mula dengan ruang tamu , sekali lagi." Namjoon dan Yoongi mengeluh.

Ini semua arahan Taehyung , mereka diminta untuk memeriksa rumah Puan Kim buat kali kedua , dan kali ini hanya mereka sahaja yang akan memeriksa rumah itu tanpa pertolongan rakan-rakan yang lain.

Bermula dengan ruang tamu , tv , kabinet , meja kopi yang berada di ruang tamu , bawah karpet lun mereka periksa. Kemudian mereka memeriksa tiga buah bilik yang berada di tingkat atas.

Satu adalah kepunyaan Puan Kim , di mana lampu meja pecah dijumpai dan sebatang rokok ditemui di situ. Kemudian beralih pula pada bilik Taehyung sewaktu Taehyung masih tinggal bersama Puan Kim sebelum berkahwin. Yang terakhir adalah bilik yang dikhaskan buat tetamu. Hanya tiga buah bilik itu sahaja yang ada di dalam rumah itu.

"Takde apa pun dekat sini." Kata Namjoon setelah memeriksa almari baju yang kosong , turut berada salam bilik tetamu itu. Yoongi mengangkat bahunya.

"Taehyung--"

"Wahhh , Taehyung~ Mana pergi inspektor? Depan dia bukan main lagi , Inspektor Kim~" Yoongi memandang Namjoon tajam apabila Namjoon mula mengejek cara percakapannya apabila di hadapan Taehyung.

"Aku lagi tua dari dia. Suka hati aku lah aku nak panggil dia apa pun! Aku patutnya yang layak setaraf pangkat macam dia tau!"

"Yelah yelah , kau kan Min Yoongi. Tak lama lagi , sabarlah. Aku Inspektor Kim Namjoon. Kau--"

"Inspektor Min Genius Boom Boom Jjang Jjang Man!" Potong Yoongi. Terus terletus tawa dari bibir mereka berdua.

Beberapa saat kemudian , Yoongi berdehem beberapa kali mematikan tawa mereka berdua. Wajah kembali serius. Ha melalut ke mana sudah.

"Ha , Taehyung suruh kita periksa betul-betul. Bawah almari , dalam almari , atas almari , dan dia ada pesan cari telefon. Aku pun tak faham telefon apa." Namjoon mengeluh sekali lagi mendengar pesanan yang telah disampaikan Taehyung pada Yoongi.

"Yelah , jom turun ke dapur. Tinggal dapur dengan halaman belakang rumah yang kita tak tengok lagi."

Terus kaki mereka berdua melangkah keluar dari bilik tetamu itu. Kaki menuruni anak tangga satu-persatu sehingga ke dapur. Namjoon dan Yoongi berpandangan saat melihat darah yang masih tidak dibersihkan masih melekat di lantak dapur itu. Malah pisau yang dijadikan senjata juga masih kekal di situ semenjak hari kejadian hingga ke hari ini.

"Aku pergi tengok halaman belakang rumah , kau tengok dapur ni. Bukan besar sangat pun , cepat sikit kerja kita habis." Yoongi mengangguk saja dengan arahan Namjoon.

Terus bayangan Namjoon hilang menuju keluar ikut pintu dapur untuk ke halaman belakang. Yoongi menarik nafasnya dalam. Perlahan dia melangkah berhati-hati agar tidak terpijak kesan darah di lantai. Lalu dia mencangkung melihat kesan darah dan juga pisau yang berada di tengah-tengah dapur itu.

"Urm , rasanya betullah teori aku yang dia bunuh Puan Kim tu." Gumam Yoongi sendiri apabila mengingatkan contoh yang dibuatnya pada Namjoon tempoh hari semata-mata untuk tunjukkan pada Taehyung.

Mata Yoongi tertancap pada sesuatu. Dia mengerutkan dahinya lalu perlahan dia berginjak pada benda itu yang jauh beberapa cm dari pisau yang digunakan penjenayah.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now