Chapter 27

3.5K 521 220
                                    


"Aku akan pastikan aku keluar dari sini dan bunuh kau." Taehyung mengangkat bahunya mendengar ugutan Seokjin yang sedang berada di dalam lokap.

"Ya ? Tunggu lagi 10 tahun lah ya. Esok kau akan di bawa ke penjara yang sebenar. Tidur lena malam ni dalam lokap ya."

"Tak guna !!"

Taehyung tertawa kecil lalu terus berlalu pergi meninggalkan Seokjin yang sudah mengetuk-ngetuk besi lokap itu dengan geram. Mulutnya tak henti-henti mencarut pada Taehyung walaupun Taehyung sudah jauh meninggalkannya.

Taehyung berjalan memasuki pejabat chief setelah mengetuk pintu dan mendapatkan kebenaran masuk ke dalam. Dia melabuhkan punggungnya berhadapan chiefnya. Senyuman manis dihadiahkan.

"Kenapa chief suruh saya datang sini?"

"Oh , ya. Tentang gantung kerja tu.. masih berbaki berapa bulan?"

"Dalam sebulan lagi chief , kenapa?" Tanya Taehyung dengan kerutan di dahi.

Chiefnya perlahan bangun dan mundar-mandir di hadapan Taehyung . Taehyung kekal berdiam , menunggu jawapan dari chief. Beberapa saat kemudian , chiefnya memandang Taehyung semula.

"Cukuplah , saya batalkan denda tu."

"Ta- tapi kenapa?"

"Awak tak suka ke? Semua orang perlukan perkhidmatan awak dekat sini, Kim Taehyung. Kan bagus kalau awak kembali bekerja dekat sini." Taehyung terdiam seketika mendengar penjelasan chief.

Bukan dia tidak seronok apabila dapat kembali bekerja tapi , entahlah. Hati dia rasa berbelah bahagi pula.

"Taehyung , saya rasa dah cukuplah awak berehat dan mengenali bandar Seoul. Kembalilah bekerja , saya tak sabar nak tengok hasil kerja awak seperti ketua lama awak yang dekat Daegu selalu agung-agungkan awak. Dah tiba masanya untuk saya kenalkan awak pada rakan yang lain."

"Urm , kalau dah chief cakap macam tu. Saya ok je. Bila saya boleh mula?"

"Lusa ? Saya ada tugas yang baru untuk-"

Tok ! Tok !

Chief dan Taehyung berpandangan antara satu sama lain apabila ayat chief tergantung dengan ketukan pintu. Chief mengeluh kesal sebelum membenarkan si pengetuk untuk masuk ke pejabatnya.

"Masuk."

Krek

"Chief ! Kami nak bagi laporan- eh! Kim Taehyung? Siapa suruh kau datang sini? Kau kena gantung kerjalah! Nak kena buang ke!" Taehyung membesarkan matanya pada Namjoon yang mula memarahinya.

Yoongi yang berada di belakang Namjoon turut menjengukkan kepalanya untuk melihat Taehyung. Taehyung tersenyum manis sebelum dia bangun dan menunduk hormat pada Namjoon dan Yoongi. Chief berdehem beberapa kali.

"Namjoon, Yoongi , kenalkan ketua baru awak, Inspektor Kim. Dia akan mula berkhidmat lusa."

"Apa?!" Namjoon dan Yoongi terus membeliakkan matanya. Chief dan Taehyung dipandang mereka bersilih ganti.

"Ch-chief , kenapa pula dia pangkat inspektor? Budak baru ni-"

"Budak baru? Dia ditukarkan dari Daegu ke Seoul , bukannya budak bawahan. Awak berdua ni kenapa? Aritu mula-mula dia masuk , saya tak terniat lagi nak kenalkan pada awak berdua sebab Taehyung suruh sorokkan dahulu dan dia perlukan masa untuk pusing-pusing biasakan diri di Seoul.

Kalau awak berdua nak tau , Kim Taehyung sudah berjaya selesaikan 10 kes jenayah berat hanya dalam 3 tahun. Bukan macam awak berdua, pemalas. Tunggu masa bila je nak kena turun pangkat lagi."

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now