Chapter 53

3.4K 462 79
                                    


"Chief, saya masih tak faham kenapa saya tak dapat naik pangkat chief. Tolong bagitau saya kenapa, kenapa si bebal tu juga yang dapat chief. Tolonglah, saya perlukan penjelasan." Chief memberhentikan langkahnya di hadapan pintu biliknya.

Pantas dia menoleh memandang Namjoon sambil mengeluh kesal. Namjoon sudah menunduk, takut pula tengok wajah Chief yang dah bertukar garang.

"Awak ni kan Kim Namjoon, dari London sampai kita dah balik Korea ni tak habis-habis lagi! Baik, saya bagitau kenapa awak tak naik pangkat. Awak tak naik pangkat sebab ramai tulis surat aduan tentang awak, saya tak boleh buat apa Kim Namjoon. Awak kena tunggu lah lain kali."

Bam!

Selepas ucapkan itu terus chief menghempaskan pintunya. Namjoon memejamkan matanya sekejap dan mengetapkan bibir. Pekerja-pekerja yang sibuk di sekeliling memandangnya sambil berbisik-bisik.

Namjoon menarik nafasnya dalam sebelum dia berjalan ke pejabat baru Min Yoongi. Tanpa mengetuk pintu itu, Namjoon masuk ke dalam. Taehyung dan Yoongi yang sibuk berbual terus mengalihkan pandangan mereka pada Namjoon.

"Hey, hyung... relax ah, janganlah muka ketat sangat macam tu." Namjoon mengetapkan bibirnya menahan tangisan yang bila-bila je boleh meletus.

Matanya terpandangkan pada tanda nama di meja pejabat Yoongi yang tertulis 'Inspector Min' , lagilah Namjoon rasa nak meraung-raung di situ juga. Yoongi yang perasan terus menyorokkan tanda nama itu.

"Yah, Namjoon janganlah macam ni. Kau buat aku serba salah tau tak." Ucap Yoongi memujuk namun Namjoon sekadar diam.

Terus Namjoon melabuhkan punggungnya pada sofa di bilik itu. Dia bersandar dan cuba menenangkan dirinya. Dah dekat 7 tahun dia berkhidmat tapi dia cuba mampu dapat pangkat bawah je? Sadis gila!

Taehyung dan Yoongi menggeleng-gelengkan kepala kesian melihat Namjoon. Terus Taehyung bangun dari terus duduk di atas meja Yoongi, bahu Yoongi ditepuknya beberapa kali.

"Hyung, aku balik dululah. Nak rehat, luka aku sakit baliklah."

"Ha ok, hati-hati memandu. Nanti sampaikam salam sayang aku dekat bini kau eh?"

"Hotak kau ah salam sayang." Terletus tawa Yoongi melihat wajah Taehyung yang bertukar masam. Gurau pun dah tak boleh sekarang.

"Ok lah, aku balik dulu."

Akhirnya Taehyung terus melangkahkan kakinya keluar dari pejabat meninggalkan Namjoon dan Yoongi. Perlahan Yoongi bangun dan melabuhkan punggungnya di sebelah Namjoon yang sudah memejamkan matanya sambil bersandar. Bahu Namjoon ditepuknya sedikit membuatkan Namjoon membuka matanya dan memandang Yoongi.

"Janganlah sedih, aku ada jalan penyelesaian untuk semua masalah kau." Namjoon mengangkat keningnya.

"Apa?"

"Menangis selama seminggu dan move on, berhenti kerja dan mula tolong mak kau uruskan restaurant dia atau pergi maki chief sebelum kau lekatkan surat perletakkan jawatan dekat dahi dia. Mana kau rasa ok, kau buatlah."

"..."

"... ?"

"Semua yang kau sebutkan, please."

•••

Jimin menggenggam tangan Eunbi yang terbaring tidak bergerak di atas katil wad lalu tangan itu dikucup beberapa kali. Sudah 3 minggu Eunbi koma tidak sedarkan diri sejak kes Eunbi dibelasah di dalam sel penjara. Eunbi gugur dan badannya semua lebam-lebam termasuk wajahnya.

"Jimin..." Suara Taehyung dan tepukan di bahunya mematikan lamunan Jimin. Terus Jimin mengangkat wajahnya memandang Taehyung.

"Hey.. Kau dah ok dah ke?" Taehyung tersenyum kelat lalu belakangnya di mana bekas tembakan disentuh sedikit. Dahinya dikerutkan seakan menahan sakit.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now