Chapter 30+ [YoonEunBi]

3.3K 451 115
                                    


Yoon Eun Bi

"Nara , akak sayangkan Nara. Maafkan akak , Nara." Eunbi mengusap-usap tanah kubur milik Nara di hadapannya itu. Dia tersenyum nipis.

"Nara , aku akan jaga Eunbi ok? Jangan risau , kami dekat sini selalu sayangkan kau." Ujar Seokjin yang berada disebelah Eunbi. Dia mengusap-usap rambut Eunbi agar dia bersabar.

"Mari , aku kena balik. Kau akan tolong aku kan? Ni kunci rumah , duduk elok-elok dekat rumah kita. Aku akan bagitau apa yang kena buat nanti." Eunbi menyerahkan kunci rumah lama mereka pada Seokjin.

Seokjin sekadar ambil dan mengangguk faham. Dia menarik nafasnya dalam , akhirnya dia bebas juga dari penjara bodoh tu. Perlahan dia menarik wajah Eunbi dan mendaratkan bibirnya pada bibir Eunbi. Eunbi tersenyum dalam ciuman itu.

Aku Yoon Eun Bi .

Yoon Nara adalah adik kembar aku tapi kami dipisahkan sejak kecil. Nara diserahkan pada keluarga Kwon atas permintaan mereka sendiri yang tidak dapat cahaya mata , mereka sangat kaya. Dan mereka berkawan baik dengan ayah dan mak kami. Walau macam mana pun , Nara tak pernah lupa aku. Kami selalu berhubung dan berjumpa.

Tapi suatu hari , Puan dan Tuan Kwon bercerai. Nara mengikut Puan Kwon dan dia berkahwin dengan Tuan Kim semasa Nara masih 12 tahun. Dan Kim seokjin adalah anak kepada Tuan Kim.

Tak sangka , kami bertiga memang rapat dan aku menyimpan perasaan pada Seokjin. Tapi , Seokjin mencintai Nara walaupun dia tau Nara adalah adik tirinya. Aku sakit sangat tapi aku sayangkan Nara lebih dari nyawa aku sendiri.

Mak aku meninggal sejak aku 13 tahun. Sejak itu , ayah selalu mabuk dan syarikat dia yang sepatutnya maju telah jatuh. Syarikat A&A holding menyaman syarikat ayah , kalau kau nak tau.. syarikat papa Rachel adalah syarikat yang berkongsi bersama syarikat ayah aku.

Bila ayah enggan nak membayar , Tuan Park mengugut ayah bahawa nyawa Nara atau aku dalam bahaya. Ayah tak ambil peduli langsung pun dengan ugutan tu dan akhirnya Nara dibunuh dan ditinggalkan notis agar ayah lebih berhati-hati.

Tapi ayah tetap enggan bayar , dia takde duit . Jadi dia selamatkan aku dengan korbankan diri dia sendiri.

Sekarang faham kenapa aku sangat membenci Rachel dan keluarganya?

Seokjin saja ada untuk aku memandangkan dia tahu perasaan aku. Tapi dia masih tidak boleh terima berita kematian Nara dan dia masih memalau aku kerana wajahku ada sedikit iras seperti Nara yang boleh membuatkan dia teringat kembali pada adek aku. Aku tetap tidak putus asa untuk membuka pintu hatinya untuk aku.

Sejak umur aku 16  lah , aku sudah tiada sesiapa termasuk Seokjin sendiri yang sudah tinggalkan aku. Aku tinggal dengan pakcik aku. Semakin aku dewasa , pakcik semakin cuba nasib untuk memperkosa aku.

Ya, cerita palsu seperti mana aku buat Nara cuba diperkosa Kim Seokjin adalah aku ambil dari cerita benarku sendiri.

Park Jimin , lelaki itu lah yang menolong aku. Aku berterima kasih pada dia. Tapi sayang...

Dia anak Tuan Park yang aku benci :)

Aku goda dia , aku buat dia jatuh cinta pada aku sampai buta untuk menilai diri aku sebenar. Sehingga dia sanggup dibuang ibubapanya. Sehingga Puan Park mati kerana sakit jantung , terkejut kerana Jimin ingin mengawini aku. Sehingga Tuan Park koma akibat barah otak ...

Jimin masih mencintai aku.

Berita Tuan Park koma , buatkan aku gembira tapi masih tidak cukup. Jadi aku berjanji pada dia...

"Cabut alat pernafasan Tuan Park. Aku janji , aku akan cuba dapatkan Rachel untuk kau, Choi Seung Cheol."

:)

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now