Chapter 19

4.3K 568 33
                                    


Taehyung melangkahkan kakinya masuk ke dalam syarikat A&A Holding . Dia mengerutkan dahi melihat gadis penyambut tetamu di situ adalah bukan Kwon Nara seperti yang pernah dia datang ke sini buat pertama kali.

"Eh, Encik Kim kan? Nak jumpa dengan Puan Kim ya?"

"Ahh? Bukan." Perlahan Taehyung menggeleng dengan apa yang telah dia katakan. "Maksud saya, ya. Saya nak jumpa isteri saya."

"Hehe, dia keluar makan dengan Chaerin, P.A dia, Encik tunggulah dekat pejabat dia, kejap lagi mesti dia balik. By the way, tahniah."

Taehyung mengerutkan dahi dengan ucapan gadis itu. Beberapa saat kemudian dia tersenyum faham, gadis itu mengucapkan tahniah kerana Rachel telah mengandungkan anaknya. Taehyung mengangguk kecil.

"Terima kasih." Ujar Taehyung. Gadis itu sekadar tertawa kecil.

"Boleh saya tanya? Kwon Nara yang selalu duduk sini tu , dia dekat mana ya?"

"Eh? Oh , dia dah berhenti. Sekarang dia dekat hospital. Ikutkan dia nak keluar hospital dulu baru nak keluarkan surat berhenti tapi dia dah emailkan dulu."

"Eh? Kenapa dia masuk hospital?"

"Accident je , takde apa yang teruk pun. Kenapa Encik Kim cari dia?" Taehyung menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

Dia sebenarnya masih belum langsai hutang dengan Kwon Nara. Takkan dia nak bagitau pula perkara tersebut. Jadi buah mulut sampai ke pengetahuan Rachel, matilah dia.

"Boleh saya minta nombor dia tak?"

"Oh, nanti sekejap."

•••

"

Pesakit dalam wad 132 tu bila discharge ? Dia memang takde family erk ? Saya nak tengok profile dia." Jeon Jungkook terus mengambil file yang dihulurkan nurse lelaki dihadapannya itu.

Helaian demi helaian disemaknya. Dari nama, latar belakang dan beberapa info penting yang lain seperti nombor telefon dan alamat rumah. Jungkook sekadar mengangguk-angguk membaca setiap tulisan di dalam file itu.

"Kalau diikutkan , dia boleh discharge esok. Saya dah cakap dekat Dr Han yang Dr Jeon nak ambil alih rawat Cik Nara. Dr Han takde masalah."

"Yeah , thanks. Saya ambil file ni sekejap. Terima kasih ya."

Jungkook terus melangkahkan kakinya pergi dari pejabat itu. Kakinya melangkah ke wad gadis yang bernama Kwon Nara. Entah kenapa, dia sangat mengambil berat tentang gadis itu sejak berjumpa buat pertama kali di taman hospital. Lagikan pula , memang tiada seorang pun ahli keluarga yang melawatnya apatah lagi mana-mana kawan.

Saat pintu wad dibuka Jungkook, Nara terus mengalihkan pandangannya dari majalah yang dibaca terus pada Jungkook. Dahinya dikerutkan melihat Jungkook yang tiba-tiba saja melangkah masuk ke dalam wadnya.

"Apa yang doktor buat dalam wad saya?" Pertanyaan Nara membuatkan Jungkook mengangkat keningnya. Pintu ditutupnya rapat sebelum dia mendekati Nara.

"Saya nak check awak lah , habis tu saya nak buat apa lagi?"

"Doktor yang merawat saya bukan Dr Jeon."

"So?" Nara mengetapkan bibirnya mendengar jawapan Jungkook yang acuh tidak acuh.

Jungkook tidak mempedulikan Nara lagi , segara nadi dan pernafasan wanita itu dichecknya tanpa menunggu balasan dari Nara. Nara hanya akur dan membiarkan saja perbuatan Jungkook. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain, tidak mahu memandang Jungkook.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now