Chapter 30

3K 494 175
                                    


"Banduan 1025 , ada orang nak berjumpa dengan awak."

Kim Seok Jin mengangkat wajahnya memandang ke arah penjaga penjara sebelum dia bangkit dari duduknya. Bahunya dipegang penjaga penjara untuk dibawa ke satu bilik kecil.

"Lepaslah , aku bukan boleh lari pun." Seokjin menepis tangan penjaga penjara itu dari terus memegang bahunya.

Penjaga penjara itu akur sahaja , betul juga apa yang Seokjin cakap tu. Kalau dia lari pun , silap-silap mati kena tembak. Pintu bilik kecil itu dibuka dan Seokjin terus masuk ke dalam.

Dia memandang tajam melihat seorang perempuan yang ada di dalam bilik itu. Terus dia melabuhkan punggung di hadapan wanita itu , matanya memandang ke arah lain.

"Maaf sebab buat kau sampai masuk sini." Ucap wanita itu perlahan. Seokjin berdecit.

"Kau nak apa lagi ? Dah lah , aku taknak bermain dalam permainan kau lagi. Tolong bebaskan aku dari sini dan aku dah taknak jumpa kau lagi. Kau dah sakitkan hati aku banyak sangat."

"Habis aku tak sakit ? Kau dah mabuk , pukul aku semua lepas tu kau nak tinggalkan aku? Kau cuba perkosa aku Seokjin."

"Aku mabuk masa tu, aku cuma terlalu rindukan Nara. Kau dah kahwin , Yoon Eunbi ! Sedarlah. Aku dengan kau dah tak boleh bersama." Seokjin terus bangun , menatap mata Eunbi dengan penuh amarah. Eunbi menarik nafasnya dalam lalu menggeleng.

"Anggaplah aku Nara , teruskan panggil aku Nara. Kau cintakan Nara bukan? Jadi anggaplah aku Nara. Aku cintakan kau , bukan Park Jimin."

"Dia dah matilah sial ! Kau ingat kau boleh butakan mata aku ke?! Nara dengan kau , macam langit dengan bumi tau ! Aku taknak tengok muka kau lagi , Eunbi. Tolong , jangan muncul lagi depan aku. Teruskan rancangan kau tanpa aku."

Seokjin terus melangkahkan kakinya untuk keluar dari bilik kecil itu. Namun pantas saja Eunbi memeluk Seokjin dari belakang. Dia teresak kecil.

"Aku rindukan kita yang dulu Seokjin. Bukan salah aku Nara mati. Aku buat semua ni sebab nak balas dendam. Kau sayangkan adik aku kan ? Kau pun kenalah tolong aku. Aku merayu , aku perlukan kau." Seokjin menarik nafasnya dalam.

Perlahan dia menoleh memandang ke arah Eunbi yang sudah menangis. Wajah Eunbi ditundukkan tidak mahu memandang Seokjin. Seokjin memandang Eunbi sayu.

"Kau kan dah kahwin dengan Jimin , kenapa kau tak bunuh je dia?"

"Sebab aku dah mengandung ! Faham tak?! Aku dah mengandung anak Jimin ! Habis siapa nak jaga anak aku nanti ?!"

"Habis , kau ingat kalau semua ni terbongkar dia nak terima kau ke?" Terus Eunbi mendongak memandang ke arah Seokjin. Dia terdiam. Kelu lidahnya untuk menjawab pertanyaan Seokjin.

Yang pasti , dia sudah tidak ada sesiapa sekarang . Dia cuma ada Park Jimin , dan mungkin Seokjin.

Perlahan Seokjin menarik kepala Eunbi ke pelukannya. Eunbi memejamkan matanya , dia kembali teresak.

"Aku akan jaga kau Eunbi. Aku janji. Kita akan balas dendam apa diorang buat dekat Nara , ok ?"

"Aku akan jamin kau, maafkan aku. Aku sayang kau , Kim Seok Jin."

"Aku pun Eunbi , aku pun."

•••

"

Bagitau Rachel , Tae. Jujur aku cakap , aku sukakan Nara. Tapi aku tak boleh jaga dia."

"Kenapa? Sebab dia dah mengandungkan anak orang lain , kau broken kan?"

"Bukan tu je Tae , aku taknak kecewakan mak dengan ayah aku Tae. Tolong faham aku. Mak dengan ayah aku tak bodoh tau , aku taknak perbodohkan mereka berdua. Aku dah fikir masak-masak , hati aku dah tertutup untuk Kwon Nara."

"Tapi kook , takkan aku nak--"

"Bagitau Rachel , full stop."

Taehyung mengetukkan stereng keretanya kuat apabila terkenangkan perbualan Jungkook dan dia di Hospital Seoul. Taehyung terus berjumpa Jungkook setelah menghantar Nara ke rumah tadi. Jungkooklah satu-satunya yang boleh bawa dibincang tentang ini sekarang.

Kepala dia buntu sekarang. Tengokkan saja dia sudah berpusing-pusing di bandar Seoul dari pukul 8 sehingga ke pukul 12 , masih lagi dia tidak pulang. Mungkin saja Rachel sudah pulang.

Akhirnya , Taehyung mengeluh kecil. Dia memusingkan stereng-nya untuk membuat pusingan U-turn. Dia perlu pulang. Dia akan fikirkan tentang Nara nanti , buat sakit kepala saja berfikir pasal perempuan tu. Dah lah esok dia sudah mula bekerja nanti.

Beberapa minit memandu , barulah dia sampai ke Villa Rachel. Kereta diparkingkan. Perlahan dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Belakang pinggangnya ditumbuk-tumbuk akibat sakit terlalu lama duduk di dalam kereta.

"Tae ? Awak pergi mana Tae ? Saya call awak banyak kali , kenapa awak tak angkat ?" Taehyung mengalihkan pandangannya ke arah Rachel yang sedang duduk di sofa. Dia terus bangun memandang ke arah Taehyung.

"Saya balik awal hari ni sebab nak luangkan masa dengan awak . Saya tau esok awak dah sibuk." Sambung Rachel lagi dengan nada yang sedikit kecewa. Taehyung mengeluh kecil.

"Tae sibuk sikitlah, bateri fon pula habis. Maaf." Jawab Taehyung acuh tidak acuh sambil mengurut sedikit kepalanya yang pening. Pening kerana banyak berfikir.

Tanpa menunggu jawapan dari Rachel , Taehyung terus mendaki tangga meninggalkan Rachel. Rachel terpampang. Dia menggigit bawah bibirnya , terus dia mengekor Taehyung.

"Sibuk buat apa? Awak pergi mana Tae? Awak mula kerja esok kan ? Takkan sibuk sampai kul 12 baru nak balik ? Awak tak macam ni Kim Taehyung. Hey ! Saya cakap dengan awak!"

Lengan Taehyung disambar Rachel. Terus Taehyung merengus kasar dan menepis tangan Rachel. Wajah Rachel dipandang geram.

"Boleh tak awak diam? Saya tengah pening , penat , mengantuk , lapar , marah , semua ada. Jadi tolong diam. Saya cakap saya sibuk , saya sibuklah. Tak faham bahasa ke?"

"Tae..." Rachel terus terkejut dengan Taehyung yang tiba-tiba berubah. Hilang sudah nama panggilannya sebagai 'sayang'. Tak pernah lagi Taehyung sebegini.

Taehyung terus menjeling Rachel dan masuk ke bilik. Bajunya dibuka dan dibaling entah ke mana sebelum dia mendaratkan kepalanya ke bantal. Dia cukup penat untuk mandi dahulu , baik dia terus tidur.

"Kim Taehyung , bagitau saya ke mana awak pergi tadi. Selagi tu saya tak boleh diam." Kali ini suara Rachel dikeraskan dan ditegaskan. Dia dah penat berdiam diri.

Mereka suami isteri , tapi macam ada rahsia di antara satu sama lain. Macam bodoh , tau macam bodoh ?

"Kim Taehyung!"

"Hey perempuan ! Diamlah ! Semaklah ! Aku nak tidur ! Kalau nak membebel keluarlah !"

Rachel tersentap dengan tekingan Taehyung. Air matanya mula mengalir. Pantas Rachel keluar dari bilik itu , pintu sempat dihempaskan. Taehyung menyerabutkan rambutnya kesal.

Rachel terus berlari ke bawah semula , dia duduk di sofa dan mengelap air matanya geram. Pertama kali Taehyung begini , salah ke dia bertanya ? Dia ada hak sebagai seorang isteri.

"Aku cuba jadi isteri yang baik , tapi rupanya aku ni silap dan bodoh sebab jatuh cinta dengan kau." Ujar Rachel sendirian. Dia menekupkan mukanya dan mula menangis kembali.

Dia sudah tidak tahan hidup dalam penipuan.

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now