Chapter 4

5.8K 762 27
                                    

"Selamat datang." Taehyung membuka pintu untuk Rachel dan terus membuka kasutnya untuk masuk ke rumah.

Mata Rachel memerhati sekeliling melihat rumah yang tak berapa besar itu, besar lagi villa dia, sudah pasti. Walaupun agak kecil, rumah teres dua tingkat itu tetap nampak cantik dan kemas.

"Ni rumah awak ke?"

"Aniyo. Rumah mak saya." Mata Rachel terus memandang Taehyung yang sudah menjengukkan kepalanya ke dapur, cari mak kesayanganya lah tu.

"Awak duduk rumah mak awak lagi?"

"Why not?" Rachel memeluk tubuhnya lalu memandang Taehyung yang sudah memandangnya.

"I'm curious about your age. How old are you? Villa tu pun hasil titik peluh saya selama tiga tahun."

"Cik Rachel Park , saya dah ada simpanan duit untuk beli rumah , bukanya saya tak mampu nak beli rumah. Rumah ni pun hasil titik peluh saya bekerja selama 5 tahun. Salah ke saya nak tinggal dengan mak saya? Bila kita dah kahwin nanti , baru saya tinggal dengan awak ok?"

Rachel merengus kasar dan menjeling Taehyung apabila Taehyung sudah mengenyitkan matanya. Taehyung tertawa kecil, terus kakinya melangkah ke belakang rumah meninggalkan Rachel. Pandai-pandailah perempuan tu nak duduk.

"Kan sini rupanya." Gumamnya apabila melihat Puan Kim sedang menyiram pokok dibelakang rumah.

"Mak! Tae balik pun tak perasan ke!"

"Opocot kau!"

"Mak!!"

Taehyung menutup wajahnya dengan lengan apabila air siraman pokok bunga yang digunakan oleh Puan Kim terpancut padanya. Habis bajunya basah. Puan Kim sudah menggigit bawah bibirnya melihat perbuatannya yang tidak disengajakan. Terus air paip dimatikannya.

"Kamulah ni! Mak dah cakap jangan main sergah-sergah mak! Tengok apa dah jadi!" Taehyung tertawa melihat maknya sudah kalut. Terus Taehyung mengelap wajahnya yang basah menggunakan lengan bajunya.

"Mak , Tae bawa kawan." Puan Kim mengangkat keningnya sebelah. Tak pernah bawa kawan, tiba-tiba ni ada maknalah ni.

"Kawan yang mana satu? Perempuan ke lelaki?"

"Erm... apa kata mak tengok sen--" Belum sempat Taehyung ingin menghabiskan ayatnya, Puan Kim sudah berlalu pergi.

Taehyung berdecit.

"Tau yang aku bawa perempuan lah tu." Omel Taehyung sendirian sebelum kakinya melangkah masuk ke rumah kembali.

Rachel yang masih menunggu Taehyung di ruang tamu sedang melihat satu persatu gambar keluarga Kim. Dari gambar Taehyung kecil sehinggalah besar , semuanya diletakkan di situ. Dari gambar tersebut , Rachel tahulah yang Taehyung mempunyai seorang kakak dan kakaknya sudah berkahwin; memandangkan ada gambar perkahwinan kakaknya. Rachel juga tau bahawa Taehyung mengikut jejak ayahnya menjadi seorang polis.

"Rachel..." Secara automatik Rachel terus memandang ke arah suara yang memanggilnya.

Senyumannya terpamir saat melihat Puan Kim yang sudah berdiri terpacak di sebelah Taehyung.

"Inilah mak saya. Mak ni , Rachel Park." Mata Rachel jatuh pada Taehyung pula. Terus dia mengerutkan dahi dan mengangkat sebelah keningnya memandang Taehyung.

Puan Kim yang sedar perubahan wajah Rachel terus memandang Taehyung. Membulat mata Puan Kim melihat Taehyung yang sudah membuka bajunya membiarkan badannya yang tak berapa nak seksi tu jadi tontonan free Rachel Park.

"Kamu ni kenapa Kim Taehyung! Pergi pakai baju!"

Pap! Pap! Pap!

"Auch! Sakitlah mak!" Taehyung cuba melarikan diri dari Puan Kim yang sudah memukul belakang tubuhnya yang terdedah.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now