Chapter 28

3.8K 535 150
                                    


"Tempat kerja call. Urm , sayang kemas dulu meja sayang ok? Tae tunggu dekat tempat parking boleh?"

"Ok , pergilah." Setelah mendapatkan kebenaran , Taehyung terus berlalu pergi meninggalkan Rachel seorang diri.

Rachel kembali mengemaskan mejanya. Senyumannya masih tidak lekang dibibir dek kerana terlalu gembira Taehyung mahu membawanya keluar. Sekali sekala dia tinggalkan kerja , tak salahkan?

Selepas memastikan meja kerjanya bersih dan semua fail telah siap disimpankan ke dalam laci , Rachel terus keluar dari bilik pejabatnya. Chaerin yang sedang membuat kerja di mejanya dipandang Rachel.

"Chae , aku nak keluar dengan Tae. Aku dah tak masuk pejabat tau? Kalau ada apa-apa , kau letak je dekat atas meja aku. Faham?" Chaerin mendongak memandang ke arah Rachel , dia mengangguk beberapa kali.

"Baik Puan." Chaerin terus bangun dan membongkokkan badan tanda hormat pada Rachel dengan senyuman manisnya.

Terus Rachel melangkahkan kakinya untuk ke tandas terlebih dahulu sebelum ke tempat parking di mana Taehyung pesan bahawa dia akan menunggu di situ. Takkan nak keluar buruk-burukkan ? Jadi Rachel perlukan masa wanitanya beberapa minit di tandas.

"Aku ada hal ni Kook , pergilah tengok dia." Kaki Rachel terhenti di hadapan tandas perempuan bila telinganya menangkap suara Taehyung yang sedang berbicara di tandas lelaki bersebelahan tandas perempuan.

Dia mengerutkan dahi. Taehyung suruh Jungkook tengokkan siapa?

"Kau ni, lecehlah."

Rachel berdiri kaku mendengar suara Taehyung bersama rengusan kasar lelaki itu. Dia mengeluh kecil dan memeluk tubuh menunggu Taehyung untuk keluar dari tandas lelaki itu.

Beberapa minit kemudian barulah Taehyung keluar dari tandas lelaki tersebut. Dia melihat ke arah Rachel dengan mata yang sedikit membulat. Rachel juga turut memandang Taehyung.

"Tae , kenapa awak buat macam tu?" Taehyung menggigit bawah bibirnya kesal.

Rachel dengar ke semuanya? Matilah. Takkan Rachel dengar dia berbual dengan Jungkook tentang Nara ? Mampus mampus. Mungkin dia patut berterus terang.

"Bu- buat apa? Sayang dengar?" Pertanyaan Taehyung membuatkan Rachel tersenyum nipis.

Perlahan Rachel mendekati Taehyung. Tangan Rachel terus dilekapkan ke pipi Taehyung dengan senyuman nipisnya.

"Awak nak luangkan masa dengan saya sampai sibuk pun awak minta Jungkook gantikan awak ke?"

"Ha?" Taehyung menjadi keliru dengan pertanyaan Rachel. Mulutnya dingangakan sedikit akibat blur.

"Saya dengar awak cakap dalam telefon dengan Jungkook suruh dia jumpa seseorang gantikan awak kan? Siapa dia? Awak sibuk sangat ke? Takpe, pergi je lah. Kita boleh luangkan masa lain kali. Saya faham awak pun sibuk."

"E-Eh ! Sayang.. mana ada lah. Sebenarnya.. sebenarnya.." Rachel mengangkat keningnya menunggu jawapan Taehyung. Taehyung mengetapkan bibirnya geram.

Maafkan Tae , mak.

"Sebenarnya mak tak berapa sihat sebab tu Tae suruh Kook pergi tengokkan mak , tapi Kook sibuk pula." Jawab Taehyung laju.

Dalam hatinya sudah memaki-maki diri sendiri kerana kesal telah menggunakan nama maknya sendiri. Dia rasa macam nak hempuk je kepalanya dekat dinding bila fikir alasan yang telah dia berikan pada Rachel.

"Mak sakit? Tae! Jom tengok dia. Awak ni kan , kalau apa-apa terjadi dekat mak macam mana? Sanggup awak suruh orang lain tengokkan? Jomlah pergi tengok dia. Lain kali aje lah kita keluar , mak lagi penting tau tak!"

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now