Chapter 49

3.4K 502 180
                                    


Hansol

-Send a map location-

Get it ?

Taehyung

-Send a Voice Note-

-Send a Voice Note-

Hansol

Yeah no prob

so kau tengah dlm perjalanan nak ke sana lah ni ?

Wey , aku nak ikut

bahaya tau tak , kau bukan tau ape²

abang aku tu boleh buat ape je kat kau

Taehyung

-Send a Voice Note-

~

Taehyung terus meletakkan telefonnya ke seat pemandu setelah meneliti location yang diberikan Hansol. Matanya kembali fokus pada pemanduannya. Hati masih berkeras tidak mahu Hansol campur tangan dalam halnya. Yang penting sekarang...

... dia kena dapatkan Rachel secepat mungkin.

truttt truttt

"Haish, Hansol..." Wajahnya kesal apabila memandang telefonnya yang berbunyi dan lain tak bukan, Hansol yang menelefon. Pantas Taehyung menjawab panggilan itu.

"Yah, aku dah cakap takpe. Aku boleh pergi sendiri. Macam kita plan lah wey! Sabarlah!" Marah Taehyung pada Hansol di hujung talian. Giginya diketap geram.

"Aku risaulah, aku tau lah kau teror, semua benda ni celah jari je tapi... kau sure ke nak teruskan semua ni?"

"Ya, aku nak dengar dari mulut Rachel sendiri. Aku nak jumpa dia, nak dia mengaku sendiri semuanya. Walau apa pun yang terjadi, jangan datang selamatkan aku sampai waktu yang kita dah bincang, faham? Urgh..."

Terus Taehyung mematikan talian dan mencampakkan semula telefonnya ke seat sebelah bersama begnya. Matanya yang ingin terus fokus pada pemanduan dengan tiba-tiba terganggu dengan bunyi beberapa das tembakan yang menembak tayar keretanya.

Tayar kereta Taehyung terus pecah dan Taehyung hilang imbangan (?) untuk mengawal kereta. Sebuah kereta biru yang dari belakang terus melanggar Taehyung hingga kereta Taehyung meluncur laju ke tepi, secara mengejut keretanya terlanggar tiang lampu dan kepala Taehyung terhantuk pada stereng.

"Sh- shit!" Umpat Taehyung sambil memegang kepalanya yang sudah berdarah.

Begnya dicapai lalu dia keluar dari kereta tersebut. Matanya yang kuyu cuba dibukanya, kepalanya terasa berpinar sehinggalah dia rasakan kolar bajunya ditarik seseorang dan wajahnya ditumbuk kuat. Tubuh Taehyung terus terjelopok ke jalan tar.

Sekarang, dia sudah lemah.

"Rachel! Aku dah bawa baju ni untuk kau!" Rachel yang sedang membaca majalahnya terus mengangkat wajah memandang ke arah Choi Seung Cheol yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now