Chapter 3

6.5K 740 48
                                    


"Buat-buat macam biasa , macam kita bahagia. Memandangkan awak dah kena gantung kerja, jadi awak boleh berkepit dengan saya 24 jam. Kan ?" Taehyung merengus kasar dan hanya membiarkan Rachel membetulkan baju kot yang dipaksa pakai oleh Rachel.

"Kenapa kita kena buat ni?" Tanya Taehyung tegas , dia sudah berasa rimas orang duk pandang-pandang mereka. Lagi rimas bila dia dibawa Rachel ke hotel 5 bintang untuk suatu jamuan entah dia taktau.

"Hari ni, Encik Tanaki CEO dari syarikat jepun akan buat ucapan sebab kami bekerjasama untuk buat satu pro--"

"Jadi apa kena mengena dengan saya?" Rachel tertawa kecil melihat Taehyung yang sudah berdengus kasar. Dia menepuk-nepuk kot yang dipakai Taehyung lalu tersenyum lebar.

"Semua wartawan datang hari ni. I wanna tell the world that you mine." Taehyung memandang wajah Rachel yang sudah mendongak memandangnya.

Masing-masing terkaku melihat ke dalam mata antara satu sama lain. Jantung berdegup kencang tanpa mereka sedari. Rachel senyum manis tiba-tiba membuatkan Taehyung semakin tidak keruan.

"Cik Rachel !" Lamunan Taehyung dan Rachel mati apabila nama Rachel dipanggil oleh seorang jurugambar. Mereka berdua memandang wanita likungan 30-an yang memegang camera nikon-nya.

"Ini ke bakal suami Cik Rachel? Woah, boleh saya tangkap gambar awak berdua?" Rachel memandang Taehyung singkat untuk memberi isyarat sebelum dia mengangguk setuju pada jurugambar tersebut.

Taehyung faham dengan isyarat itu lalu memeluk bahu Rachel. Badan mereka dirapatkan serapat mungkin , tapi Rachel tetap berwajah tenang. Taehyung mengetapkan bibirnya melihat wajah Rachel , wajahnya cuba dikawal kerana hatinya tidak keruan sekarang berbeza dengan Rachel yang tenang. Lalu Taehyung menunjukkan senyumannya.

"Saya dah ikut cakap awak sekarang , lepas ni awak kena ikut cakap saya pula, Cik Rachel." Rachel tertawa kecil apabila Taehyung sempat bersuara.

"Anything for you , Encik Polis." Tangan Rachel dinaikkan untuk diletakkan di dada Taehyung. Taehyung masih lagi cuba mengawal riak wajahnya supaya kelihatan tenang.

klik!

"Woah , terima kasih Cik Rachel." Wanita itu membongkokkan badannya pada Rachel tanda terima kasih sebelum dia berlalu pergi.

Rachel tertawa kecil apabila melihat wajah Taehyung yang sudah memerah. Taehyung mengetapkan bibir lalu dia memandang ke arah lain.

"Well , I see how much you like me."

"Jangan perasan."

"Why not? Awak asyik malu bila dekat dengan saya. Your face told me everything." Rachel tertawa sekali lagi. Taehyung mendengus kasar mendengar tawa Rachel.

Asyik-asyik bila Taehyung cuba buatkan Rachel berdebar , mesti gagal. Balik-balik dia je yang berdebar. Apa Rachel takde perasaan ? Hati batu ke?

"Cik Rachel..." Tawa Rachel mati apabila suara seorang lelaki memanggilnya.

Mereka berdua menoleh ke arah dua orang lelaki yang berjalan ke arah mereka. Terus Rachel membesarkan matanya dan membongkokkan badan tanda hormat. Taehyung yang melihat juga turut membongkokkan badanya pada dua orang lelaki yang berjalan ke arah mereka.

"Erm , sayang , ini Encik Tanaki dan pengurus dia Encik Jung. Encik Tanaki , Kore wa watashi no fiansedearimasu ,Taehyung. Kim Taehyung." Taehyung tersenyum pada dua orang lelaki itu setelah diperkenalkan Rachel.

[Trans : Ini tunang saya]

Dia bersalaman dengan lelaki yang sedikit kurus itu, mungkin saja Encik Jung. Lalu tangannya dihulurkan pula pada seorang lagi lelaki yang nampak lebih tua dan sedikit berisi, dia yakin itu Encik Tanaki. Encik Tanaki memandang tangan Taehyung lama. Dia tersenyum mengejek sebelum bersalaman dengan Taehyung singkat.

"Keisatsu no karada no fianse ? Oku no hito ga anata ni tekishite iru ippo de, naze anata wa, kare o eranda nodesu ka?"

[Trans : Tunang awak seorang polis ? Kenapa memilih dia sedangkan ramai lagi yang lebih sesuai untuk awak ?]

Encik Tanaki tertawa. Rachel mengetapkan bibirnya lalu memandang Taehyung, berharap Taehyung tidak memahami. Tak sangka pula khabar tunangnya seorang polis sudah diketahui ramai.

Taehyung memandang Encik Tanaki dengan pandangan kosong. Dia memeluk tubuhnya melihat orang tua itu yang masih tertawa.

"Keisatsu oroka."

[Trans : Polis bodoh]

Encik Tanaki sekali lagi tertawa kerana dia tahu yang Taehyung tidak akan faham bahasa Jepunnya. Rachel sekadar diam , dia bukannya boleh marah. Dia kena jaga persahabatan syarikatnya dengan syarikat Encik Tanaki yang sangat berpengaruh besar. Taehyung tersenyum sinis.

"Untuk pengetahuan Encik Tanaki , polis sekarang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya master di Universiti baru layak untuk melaporkan diri , itu pun masih banyak latihan yang kami perlu lakukan. Seperti saya , 27 baru dapat laporkan diri sebagai polis di Seoul Department..."

"... jadi Encik takde hak nak mengatakan saya bodoh. Orokana rojin." Kini Taehyung pula tertawa melihat orang tua di hadapannya kini sudah berwajah merah padam , geram bercampur malu.

[Trans : lelaki tua bodoh]

Terus Encik Tanaki beredar dari situ bersama Encik Jung , sempat dia menjeling Rachel dan Taehyung. Taehyung berhenti tertawa lalu memandang Rachel sambil memeluk tubuh. Rachel tertawa lalu menggeleng kecil.

"Mana awak belajar bahasa jepun?"

"Saya pernah menetap dekat sana masa kecik dulu." Rachel mengangguk faham. Terus dia menarik lengan Taehyung dan dipeluknya membuatkan Taehyung sedikit terkejut dan sekali lagi berwajah merah.

"Coverlah muka awak tu , merah sangat." Rachel sekali lagi tertawa. Taehyung sekadar diam.

Mereka mula berjalan mundar-mandir di situ, menegur tetamu yang datang sambil minum minuman yang diberi palayan sementara menunggu acara bermula.

"Mesti awak takde pakwe sebelum ni kan?" Rachel memandang Taehyung dengan kening yang terangkat sedikit.

"Macam mana awak tau?"

"Sebab awak nak kahwin dengan saya." Taehyung menjelirkan lidahnya pada Rachel laku tertawa sendirian. Rachel menggulingkan biji matanya.

"Saya tak pernah bercinta sebelum ni sebab saya rasa tak penting , saya rasa kerja lebih penting dari cinta. Tapi maybe I have a fuck buddy for fun ? " Hampir tersembur air yang diminum Taehyung mendengar perkataan 'fuck buddy' oleh Rachel.

Rachel mengerutkan dahinya. Terus dia mengurut-urut belakang Taehyung. Dia tersengih saja pada tetamu yang memandang mereka pelik.

"Cik Rachel , seriusly?" Tanya Taehyung pantas sambil memandang Rachel. Rachel tertawa kecil.

"No lah ! Saya gurau je !"

"I'll gonna check when we get married." Rachel mengerutkan dahi apabila Taehyung sudah tersenyum sinis. Sebelah keningnya diangkat.

"Check what?"

"Check that." Rachel masih mengangkat keningnya dan senyuman nakalnya mula terpamir. Taehyung mengalihkan pandangannya dengan wajah yang memerah.

"Lupakan." Ucap Taehyung lalu mula menjarakkan dirinya jauh dari Rachel membuatkan Rachel tertawa geli hati.

"Hey , cek apa ha? Cakaplah!"

"Lupakan!"

Dari jauh , seorang lelaki memerhatikan Rachel dan Taehyung sambil meminum wine yang diberikan pelayan tadi.

"Nampaknya , awak kenalah bagi syarikat papa awak dekat adik awak tu, Jimin." Pandangan Jimin teralih pada wanita di sebelahnya.

Lelaki yang bernama Jimin itu merengus kasar lalu dia menyambar pinggang wanita itu. Satu ciuman singkat diberikan pada wanita itu.

"At least I have you."

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now