Chapter 52

3.6K 554 219
                                    


Rachel menarik nafasnya dalam sebelum membuka matanya yang sudah terpejam beberapa saat. Matanya tertumpu pada Choi Seung Cheol yang sedang menunggunya di hadapan paderi.

Perlahan dia mengatur langkah untuk mendekati Cheol dan paderi yang sudah lama menunggunya. Cheol tersenyum nipis memandang Rachel, akhirnya Rachel tidak berkeras hati dan ikutkan saja kemahuannya.

"Choi Seung Cheol, do you accept Rachel Park as your wife and swear to take care of her with your entire life?"

"Yes, I do." Jawab Cheol tanpa ragu-ragu. Rachel sekadar menarik nafasnya panjang.

"Rachel Park, do you accept Choi Seung Cheol as your husband and swear to be loyal to your husband with your entire life?"

Rachel terdiam seketika tidak menjawab, mulutnya bagai terkunci dan sangat berat untuk menjawabnya. Cheol memandang ke arah Rachel dengan pandangan yang sedikit tajam. Lengan Rachel dicuit sedikit oleh Cheol mematikan lamunan Rachel. Bahu Rachel sedikit terhinjut lalu dia mendongak memandang paderi.

"Yes, I—"

"Stop the wedding!" Kata-kata Rachel tergantung saat satu suara serak yang menjerit dari arah belakang.

Terus Rachel dan Cheol menoleh ke arah suara itu. Taehyung, ya Kim Taehyung lah yang bersuara. Perlahan Taehyung berjalan terhincut-hincut mendekati Rachel dan Cheol. Walaupun dia sudah lemah dan letih, dia tetap gagah untuk melangkah.

"I want to take what's mine, Choi Seung Cheol." Taehyung bersuara lagi sambil mengangkat tinggi surat cerai yang sempat dia bawa.

Taehyung tersenyum sinis sebelum mengoyakkan kertas itu. Cheol membelalakkan matanya memandang Taehyung.

"Surat cerai ni palsu dan tak sah. Jadi jangan berangan nak ambil Rachel dari aku. Aku tak pernah lafazkan cerai apatah lagi berniat nak ceraikan dia, kalau ada niat pun tu hanya ego dalam diri aku." Akhirnya Taehyung berhenti juga dihadapan Cheol dan Rachel.

Dia tersenyum sinis melihat wajah Cheol yang bertukar pucat, terkejut sebab Taehyung sudah sampai ke sini kot. Yelah, patutnya sekarang dia dah mati terbakar dalam stor kebun.

"CHOI SEUNG CHEOL ! ANDA TELAH DIKEPUNG OLEH PIHAK POLIS , SILA MENYERAH DIRI SEKARANG JUGA."

Suara Hansol yang bergema dari luar gereja membuatkan Cheol berkerut dahi, dia kenal suara adiknya itu. Beberapa squad polis telah masuk ke dalam gereja untuk menangkap Cheol manakala Rachel pula sudah lari mendapatkan Taehyung.

"Lambat sangat!" Marah Rachel lalu Taehyung tertawa kecil. Rambut Rachel diserabaikan sebelum dia memeluk Rachel erat.

"Maaf, jangan risau Rachel dah selamat dah pun." Ucap Taehyung perlahan sambil melihat Cheol yang sudah meronta minta dilepas dari polis yang sudah menggarinya. Pandangan maut diberikan pada Taehyung.

"Lepaslah tak guna!" Cheol menolak salah satu polis yang memakai topeng itu agar melepaskannya.

Tapi secara tiba-tiba sebuah pistol diacukan pada Cheol. Cheol membesarkan matanya. Giginya diketap geram menahan amarah.

"Kau nak tembak aku? Tembaklah, tembak! TEMBAK AKU CHOI HANSOL !" Cheol mendekatkan dahinya pada hujung pistol itu lalu tertawa seperti orang gila.

"Kenapa kau diam? Kau takut nak tembak aku? Jawablah!" Hansol masih diam. Tangannya rasa nak tekan saja picu pistol untuk menembak Cheol tetapi fikirkan Cheol tu abang dia saja.

"Too... late." Ucap Cheol kemudian menendang tangan Hansol agar pistol itu melayang ke kedua tangannya yang sudah digarikan.

Pantas Cheol mengacukan pistol pada Rachel yang masih memeluk Taehyung. Cheol tersenyum sinis seakan orang yang hilang kewarasan.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now