Chapter 18

4.4K 531 63
                                    


Rachel membuka matanya saat tangannya terasa basah. Dia mengerutkan dahinya dan memandang sekeliling. Bajunya dah ditukarkan kepada baju hospital dan dia kini berada di atas katil wad. Perlahan dia melihat ke arah Taehyung yang menggenggam tangannya sambil menangis. Oh , tangannya basah kerana air mata Kim Tae Hyung.

"Tae? Kenapa Tae menangis?" Tanya Rachel sambil badannya cuba untuk bangun dan duduk. Kepalanya dipegang sedikit akibat pening yang masih belum hilang.

Kepala Taehyung diusapnya Rachel. Hatinya mula gusar melihat Taehyung yang tak henti-henti menangis. Perlahan Taehyung mendongak memandang ke arah Rachel.

"Kim Taehyung , kenapa awak nangis? Kenapa kita dekat hospital? Doktor cakap apa?" Taehyung mengelap air matanya yang lebat jatuh dari pipinya. Perlahan dia menguncup tangan Rachel.

"Sayang , Tae sayangkan sayang. Jangan tinggalkan Tae , sayang." Ucap Taehyung dengan sendu-sendannya. Tangan Rachel dikucupnya beberapa kali. Air matanya tidak berhenti lagi bercucuran jatuh. Hati Rachel makin gelisah.

"Saya pun sayangkan awak. Kenapa awak menangis macam ni? Saya takkan tinggalkan awaklah. Janganlah cakap benda bukan-bukan. Berhentilah menangis , awak buat saya takut. Doktor cakap apa? Saya sakit apa?"

"Doktor cakap awak penat sangat campur migrain awak tu , sebab tu awak pengsan." Jawab Taehyung sambil menyedut hingusnya, pengotor. Rachel mengerutkan dahinya.

"Dah tu kenapa awak menangis?"

"Macam mana saya tak menangis?! Awak mengandungkan anak saya dah seminggu! Saya terharu!" Terus Taehyung memeluk pinggang Rachel dan sambung menangis, kepalanya disembamkan ke perut Rachel.

Rachel mengelipkan matanya beberapa kali. Cuba memproses apa yang telah disampaikan Taehyung. Beberapa saat kemudian, kepala Taehyung ditolaknya lembut dari terus disembamkan ke perutnya.

"Kejap Tae, doktor cakap ke?" Taehyung yang mendongak memandang Rachel sekadar mengangguk dengan mata yang masih berair.

"Saya mengandung?" Taehyung mengangguk lagi. Terus Rachel menekapkan tangan kedua belah pipi Taehyung .

"Anak awak? Maksud saya... anak pertama kita?" Taehyung mengangguk sekali lagi. Rachel terus tertawa kecil seakan tidak percaya.

"Dah seminggu saya bawa anak dalam perut saya? Haha.. Taehyung.. hee!!! Serius, awak tak tipu saya?!" Rachel tertawa dan terus memeluk Taehyung erat.

Lama kelamaan Rachel pula yang menangis di dalam pelukan Taehyung. Menangis kerana terlampau terharu. Taehyung menggosok-gosok belakang badan dan kepala isterinya. Senyuman nipis terukir sebelum dia berbisik di telinga Rachel.

"Terima kasih sayang."

•••

"Tolong pastikan pesakit tu makan ubat dia. Pahit ke apa ke , dia kenalah makan ubat dia kalau nak cepat balik ke rumah. Pastikan dia makan ubat tu depan awak , faham?" Nurse dihadapan Jungkook sekadar menunduk apabila Jungkook sudah naik angin.

Jungkook merengus kasar. Fail ditangannya terus diberikan pada nurse tersebut sebelum kakinya melangkah pergi. Niatnya untuk ke pejabatnya, kemas-kemas dan terus balik. 8 jam dah dia duduk dalam hospital ni, bosan dah rasanya. Baik dia balik dan lepaskan tekanan dengan tidur di rumah.

"Aku nak resign , sorry. Lepas aku keluar dari hospital ni , aku akan buat surat bagi dekat Puan Kim. Tak! Jangan tanya aku kenapa , aku ada alasan sendiri dan kau tak payah tau. Tak! Tak payah melawat aku! I'm just doing fine! Urgh!"

Kaki Jungkook terhenti saat telinganya menangkap suara seorang wanita sedang berbicara di dalam telefon berdekatan taman hospital. Selepas mematikan talian telefon , perempuan itu terus membalingkan telefonnya sehingga pecah. Perbuatannya membuatkan Jungkook mengerutkan dahi.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now