Chapter 54

3.9K 494 169
                                    


1 tahun kemudian

"Tae, ni fail kes yang kau nak tu..." Yoongi menghulurkan fail ditangannya pada Taehyung lalu terus Taehyung membelek-belek fail tersebut.

Fail itu diteliti betul-betul sambil tangannya yang sebelah lagi menyuakan sate ikan Pakcik Jeon ke dalam mulutnya. Yoongi hanya membiarkan saja Taehyung dan tangannya juga menyuapkan sate ikan ke dalam mulutnya.

"Eh, Kook... mimpi apa tiba-tiba free datang kedai ayah ni? Takde kerja ke dekat hospital?"

"Oh, hari ni tak sibuk macam selalu ayah. Lagipun Yeon suruh datang jat rumah anak yatim kejap lagi, Haneul sakit." Taehyung menegakkan badannya apabila terdengar suara Jungkook.

Terus dia menoleh memandang ke arah Jungkook yang masih berbual dengan Pakcik Jeon. Pakcik Jeon yang perasan terus menunjukkan ke arah Taehyung pada Jungkook.

"Tae ada tu, Kook." Kata Pakcik Jeon. Terus Jungkook menolehkan kepalanya pada Taehyung. Taehyung tersengih lalu mengangkat tangannya pada Jungkook.

"Eh, Tae... hidup lagi kau?"

"Syukur, hidup lagi Kook. Biadab betul kau ni, tak berubah lagi ya." Jungkook tertawa dan terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Taehyung.

Sudah lama tidak berjumpa Taehyung, kali terakhir jumpa pun bulan lepas. Dan kali terakhir mereka berbual di dalam telefon adalah minggu lepas. Biasalah, masing-masing sibuk dengan kerja. Taehyung dengan kes jenayah dia, Jungkook dengan pesakit-pesakitnya.

"Oh, by the way ni Min Yoongi. Partner aku. Yoongi hyung, ni Jungkook kawan sekolah, se-universiti sampai sekarang ni ha." Jungkook tersenyum lalu berjabat salam dengan Yoongi. Yoongi sekadar membalas senyuman itu.

"Alang-alang dah jumpa ni, aku nak bagi ni sekali. Walaupun aku dah cakapkan, aku nak kena bagi juga ni." Jungkook menghulurkan invitation card pada Taehyung. Taehyung mengangkat keningnya.

"Kau kahwin ke?"

"Eh, gila ke? Aku awek pun takde lagi. Adik aku kahwin dengan Yeon. Jangan lupa datang." Taehyung tertawa lalu mengangguk. Dia memandang Jungkook dengan sebelah kening terangkat.

"Kau bila lagi?" Pertanyaan Taehyung membuatkan Jungkook menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Aku... tunggu jodoh tak sampai lagi."

"Banyaklah kau!" Terus terletus tawa Taehyung dan Jungkook. Yoongi sekadar diam sambil menikmati sate ikan Pakcik Jeon.

Habis dia nak buat apa lagi? Dia bukan kenal Jungkook ni lagipun, perbualan orang muda ni dia tak faham sikit. Maklumlah, Yoongi dah tua sikit.

"Oh ya, Tae... kau tak cuti ke?" Taehyung yang kembali membelek fail ditangan terus memandang Jungkook dengan kerutan di dahinya.

"Buat apa cuti? Aku sibuklah."

"Lah , kau cakap kau nak cuti seminggu sebab nak sambut anniversary kau dengan Rachel. Seminggu yang lalu kau cakap dekat aku. Esokkan anniversary kau kan?" Terus Taehyung menepuk dahinya.

Dia lupa.

•••

"Rachel... kenapa tak tidur lagi ni?" Puan Kim yang terbangun ditengah malam untuk minum di dapur menegur Rachel yang duduk di sofa ruang tamu. Rachel terus memandang ke arah Puan Kim.

Sejak kejadian Villa Rachel terbakar, Taehyung dan Rachel bercadang untuk tinggal bersama Puan Kim sahaja. Rachel tidak banyak bunyi memandangkan dia memang tidak kisah dengan Puan Kim yang selalu saja baik dengannya.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now