Chapter 9

5.2K 597 6
                                    


Rachel memandang invitation card yang berada di tangannya. Jelas-jelas nama 'Park Jimin & Yoon Eunbi' berada di atas kad berwarna pastel tersebut. Dia merengus kasar melihat kad tersebut. Boleh sakit kepala hanya dengan melihat kad itu.

Krek.

Bunyi pintu pejabatnya dibuka membuatkan Rachel cepat-cepat menyorokkan kad tersebut di bawah kertas kerjanya lalu berpura-pura fokus terhadap komputernya. Matanya mengerling sekilas pada Jimin yang sudah melabuhkan punggungnya pada sofa yang memang berada di dalam pejabatnya.

"Kenapa tak ketuk pintu? Kenapa P.A aku tak bagitau dulu aku yang kau nak masuk?"

"Wah , mentang-mentang dah dapat syarikat papa... berlagak kau ya dengan abang sendiri." Jimin mengeluh seketika. Dia menegakkan badannya dan memandang Rachel yang masih dengan komputernya.

"Dah habis urusan surat tu dengan lawyer?"

"Kau dah tau tapi kau tanya lagi. Kau memang sengaja ke? Baru je kau sebut tadi aku dah dapat syarikat papa kan? Kau tanya lagi buat apa." Jimin tertawa kecil. Mudah betul naik angin adik dia yang seorang ni.

"Nak pastikan je syarikat yang selama ni aku nak dah dapat dekat kau." Jimin tersenyum nipis. Automatik Rachel memandang ke arah Jimin.

"Kenapa kau senyum?" Tanya Rachel perlahan. Komputernya kini tidak lagi menarik perhatiannya. Wajah abangnya dipandang.

"Yelah , aku pilih perempuan tu dari syarikat ni. Aku sengaja biarkan kau kahwin dulu sebab aku nak perempuan tu, sebab aku tau kau akan cari juga lelaki untuk kahwin dengan kau samada kau bayar dia atau tak secepat mungkin. Perempuan yang kau benci tu lah, Yoon Eunbi tak lama lagi nak jadi kakak ipar kau. Kau tak menyesal ke sebab aku yang bahagia tapi kau tak?"

"A-apa maksud kau?" Jimin mengeluh kesal. Dasar adik lembab.

Jimin pantas bangun dari duduknya. Dia mendekati meja kerja Rachel lalu mendekatkan wajahnya pada Rachel.  Rachel kebelakangkan sedikit wajahnya sebelum menelan air liurnya payah. Perlahan tangan Jimin naik untuk menjentik dahi Rachel. Rachel mengadu kesakitan.

"Kau dah bahagia dapat syarikat papa?" Tanya Jimin dengan senyuman nipisnya. Rachel membesarkan matanya mendengar pertanyaan itu.

Jimin kembali menegakkan badannya. Tangan dimasukkan ke dalam pocketnya lalu dia memandang Rachel yang sudah menunduk.

"Aku harap adik ipar aku, Kim Taehyung lelaki yang baik yang dapat sedarkan kau sesuatu yang lebih bermakna. Sebab dia kan polis , datang dari keluarga yang baik. Kesian dia jadi mangsa keadaan. Mentang-mentang dia tertangkap basah dengan kau, kau pergunakan dia ya."

"Diamlah. Jalan keluar dekat situ. Sila keluar , aku taknak dengar. Aku tau aku buat apa. Kau tak payah nak mengaja aku. Kau pun sama je." Jimin tertawa kecil. Dia mengangkat kedua belah tangannya menandakan dia mengalah.

"Kau tau Rachel , kau memang sama je macam aku. Tapi kau kena ingat , aku mula berubah sebab perempuan yang kau benci tu."

"Eh , kau ingat aku kisah ke dengan semua tu? Kau dengar sini baik-baik Park Jimin , disebabkan perempuan yang kau agung-agungkan tu lah mama aku mati , papa dekat london sakit tenat! Kau kena ingat, dialah yang hancurkan keluarga kita!"

Jimin menarik nafas dalam mendengar tuduhan tidak berasas dari Rachel. Dia mengeluh seketika lalu memandang ke arah lain tidak mahu memandang Rachel yang mula menitiskan air matanya. Sungguh , memang kematian mama mereka sangat perit. Tapi itu semua bukan salah Eunbi.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now