Chapter 41

3.2K 480 106
                                    


"Kau belum habis hutang dengan aku lagi, Choi Seung Cheol. Aku menyesal bekerjasama dengan kau. Pulangkan Rachel pada aku."

"Kenapa? Sebab kau nak bunuh dia. Aku dah cakap aku dah taknak bekerjasama dengan kau. Pergi dari hidup aku. Aku takkan bagi Rachel kat kau. Aku nak lindungi dia. Tak, tak, tak! Dia aku punya!! "

"CHOI SEUNG CHEOL !"

"DIA AKU PUNYA !!"

Tuttt tuttt

"Dammit , dasar lelaki psycho." Eunbi menelan ludahnya. Sudah tidak tahu bagaimana lagi dia nak berkomunikasi dengan lelaki separuh gila itu , Choi Seung Cheol.

Mata Eunbi kembali memandang ke arah satu-persatu kapal terbang yang meninggalkan kawasan lapangan . Sudah setengah jam berlalu , Jimin masih lagi belum muncul menunjukkan wajah. Perlahan Eunbi mengusap perutnya yang semakin membesar.

Tiba-tiba dia terasa satu tangan memeluknya dari belakang , belakang tengkuknya pula terasa dicium oleh seseorang. Eunbi menarik nafas panjang sebelum senyuman dipaksakan untuk terukir di bibir walaupun mood telah melayang.

Jimin lah , siapa lagi ? Hanya lelaki itu sahaja yang sedang dia tunggu di lapangan terbang ini sejak tadi.

"Jimin, gelilah!" Eunbi merengek lalu menolak kepala Jimin sedikit. Jimin masih tidak melepaskan Eunbi sebelum dagunya diletakkan pada bahu kanan Eunbi.

"Maafkan Jimin sebab tinggalkan Eun lama-lama. Baby sihat?" Eunbi sekadar mengangguk bagi menjawab soalan Jimin.

Jimin tersenyum nipis. Tangannya perlahan naik untuk mengusap perut Eunbi. Dia memusingkan Eunbi menghadapnya sebelum Jimin membongkok untuk melekapkan telinga pada perut Eunbi.

"Anak papa sihat ? Papa dah balik ni!"

"Jimin ! Orang tengok, malulah!" Jimin tertawa kecil. Cepat-cepat dia menegakkan semula badannya lalu mengusap rambut Eunbi.

"Lepas ni Jimin dah takde uruskan syarikat dekat Jepun tu , Jimin bagi kerja tu dekat orang lain. Tak payahlah Jimin nak tinggalkan Eun lagi." Eunbi tersenyum kelat mendengar itu.

Kau nak pergi lama-lama tak balik pun Eunbi lagi suka Jimin. Lagi senang dia nak hancurkan adik kau .

"Jom balik. Jimin tak sabar nak rasa sayang masak untuk Jimin. Rindu!" Jimin terus mengambil beg bagasinya dan lari meninggalkan Eunbi dibelakang. Teruja punya pasal.

Eunbi menarik nafasnya dalam. Terpaksa cipta plan baru selepas ini. Kepala otaknya lagi serabut apabila mengenangkan semula pada Seung Cheol yang telah bertindak tanpa pengetahuannya. Serabut tau !

"Cepatlah Eun!" Jerit Jimin yang sudah jauh beberapa meter dari Eunbi. Cepat-cepat Eunbi berlari anak untuk mendapatkan Jimin.

Lakonan terpaksa dijalankan seperti selalu.

•••

"Wey ! Bateri dah full !" Namjoon yang sedang membawa kereta terus terkejut melihat Yoongi yang tiba-tiba saja menjerit. Matanya digulingkan menyampah.

"Tau tak semalam aku geram , aku dah charge lepas tu aku tidur. Esok pagi aku tengok , kosong ! Bateri tak penuh ! Tau sebab apa?"

"Sebab kau lupa nak on suis." Jawab Namjoon acuh tidak acuh seakan malas nak melayan soalan Yoongi. Matanya masih fokus pada jalan raya.

"Eh , betul. Macam mana kau tau?"

"Kau kan bebal." Yoongi memandang Namjoon tajam. Suka hati je nak panggil orang bebal. Kalau Yoongi bebal , dia tak ada lah nak jadi polis, Kim Namjoon.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now