Chapter 42

3.4K 494 127
                                    


Taehyung tidak lepas memandang sekeping kertas yang ditampalkan pada cermin meja solek Rachel. Kertas yang tertulis peraturan-peraturan antara Taehyung dan Rachel buat dahulu , peraturan dalam hubungan suami isteri mereka.

Semuanya 6 peraturan , mata Taehyung jatuh pada peraturan yang ke-3 . Dia menarik nafasnya dalam.

3. Sebesar mana pun masalah , kita kena bincang sama-sama dan sentiasa bersabar

"—Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi beep."

"Maafkan Tae , sebab tuduh sayang tanpa usul periksa. Sayang dekat mana? Tae rindu sangat dekat sayang. Tolong balik. Tolong balik sayang , Tae merayu. Tae dah macam orang gila cari sayang tau tak. Tolong balik, Rachel Kim." Perlahan Taehyung jatuhkan tangannya yang melekapkan telefon ditelinga setelah meninggalkan pesanan pada nombor Rachel.

Wajahnya dipandang dalam cermin. Wajah cengkung , badan mula susut , eyebag pun sudah mula ada di bawah mata dan akibat dia tidak bercukur juga wajahnya sudah mula ditumbuhi misai dan janggut. Hari ini sudah masuk seminggu juga Rachel dibawa lari oleh orang yang dia tidak kenal malah ke mana Rachel dibawa pun dia tidak pasti.

Taehyung mengetapkan bibirnya. Tangannya dikepalkan menjadi penumbuk sebelum telefon dicampakkan ke atas katil kasar.

"Arghhh!!"

Taehyung menyepahkan segala barang yang berada di atas meja solek itu. Bantal-bantal dan selimut disepahkan kemudian pantas dia menumbuk cermin meja solek Rachel tersebut. Habis tangannya luka, darah setitik demi setitik mula jatuh ke lantai namun dia langsung tidak peduli.

Dia marah dan pada masa yang sama sedih. Marah dengan diri sendiri yang terlalu bodoh , sedih kerana Rachel sudah tidak ada di sisi. Taehyung perlahan rebahkan badannya pada katil. Matanya tepat memandang ke syiling.

"Maafkan Tae..." Ucap Taehyung perlahan sebelum menutup mata rapat. Sedikit air mata mengalir dari sisi matanya. Dia menyesal dengan apa yang dah berlaku. Sungguh dia menyesal.

Kim Taehyung tak layak.

Tak layak jadi suami Rachel Park.

Taehyung mengerutkan dahi apabila hidungnya menangkap bau sesuatu. Pantas dia membuka semula matanya dan memandang ke arah pintu bilik. Badannya automatik bangun dari baring dan duduk di sisi katil tersebut.

"Gasolin ?" Taehyung mengelap air mata yang masih mengalir dari sisi mata. Pantas kaki berlari anak untuk membuka pintu biliknya.

Taehyung mengangkat kaki sedikit apabila terasa basah dan sedikit melekit. Matanya mencari arah punca gasolin yang penuh tumpah di ruang tingkat dua itu sehinggalah ke tangga.

Taehyung kaku melihat seorang lelaki yang memakai topeng badut menghayunkan lighter pada Taehyung, tangannya sebelah lagi memegang camera nikon menghala ke arahnya. Lelaki itu betul-betul berada di hadapan tangga tingkat dua itu. Pantas lelaki itu menghidupkan lighter di tangannya dan terus menjatuhkan lighternya ke arah gasolin yang telah memenuhi ruang itu.

Dengan pantas Taehyung melompat masuk ke dalam biliknya semula. Api mula menghalang jalan untuk keluar dari bilik tersebut. Dia menggigit bawah bibirnya.

"Shit." Umpat Taehyung apabila api mula membakar biliknya. Dia menoleh memandang ke arah jendela bilik.

Satu-satunya jalan keluar yang ada.

Taehyung berundur beberapa tapak , bersedia untuk melompat pada pokok besar yang berada di hadapan jendela bilik tersebut namun niat Taehyung terhenti apabila telefonnya yang berada di atas katil berbunyi. Nak tinggalkan tetapi nama 'Yoongi hyung' yang tertera di screen membuatkan dia mengambil telefon itu. Telefon tersebut dilekapkan pada telinganya.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now