Ayah Mithali [Extra Chapter]

4.7K 479 49
                                    

"Awak yang mengajar anak kita bergaduh, ini semua salah awak. Awak kena bertanggungjawab Kim Taehyung!" Bebel Rachel pada Taehyung yang sedang memandu.

Taehyung menggulingkan biji matanya ke atas. Kereta sudah masuk ke perkarangan sekolah rendah anak mereka namun Taehyung masih sedang mencari tempat untuk memarkingkan keretanya.

"Salah ke Tae nak ajar anak kita jadi lebih dewasa dan kuat, sayang? Dia lembik! Tae tak suka dia kena buli."

"Kim Taehyung! Saya tak kisah kalau awak nak ajar dia jadi lebih kuat mahupun ikut jejak awak jadi polis, tapi awak dah melampau! Awak ajar dia bergaduh!" Taehyung memandang Rachel setelah keretanya diparkingkan.

"Saya ajar dia pertahankan diri dia." Taehyung masih mahu mempertahankan haknya. Rachel mengetapkan bibirnya mendebgar jawapan Taehyung yang menyakitkan hatinya itu.

"Saya kecewa dengan awak Kim Taehyung." Ucap Rachel kesal sebelum dia keluar dari kereta tanpa menunggu Taehyung.

Taehyung mengeluh panjang. Pantas dia mematikan enjin kereta dan keluar. Langkah Rachel yang laju diikutnya dari belakang.

"Sayang, please janganlah marah-marah macam ni. Ok Tae salah sayang, tapi Tae cuma nak mengajar dia pertahankan diri sendiri. Dia lelaki Rachel Kim, dia lelaki bukan perempuan. Dia perlu tahu macam mana nak pertahankan diri sendiri. Sayang tak suka anak kita kena buli kan?"

"Taehyung, dia anak saya..." Rachel berhentikan langkahnya lalu memandang ke arah Taehyung. Secara tiba-tiba juga Taehyung memberhentikan langkahnya dan memandang Rachel.

"... dan saya tak suka anak saya bergaduh. Ini bukan kali pertama awak mengajar budak tu Tae. Kalau macam ni lah perangai awak..." Rachel terduam seketika sebelum memegang perutnya yang sedikit buncit dengan air mata yang hampir mengalir.

"... saya sanggup gugurkan anak dalam kandungan saya untuk jaga keselamatan dia dari ayah macam awak."

"Rachel Kim! Awak tau tak apa awak cakap ni!" Rachel mengetapkan bibirnya lalu memandang ke arah lain.

Belum sempat Taehyung ingin membuka mulut lagi, Rachel sudah pun berlalu pergi meninggalkan Taehyung. Taehyung terkaku seketika di situ, tangannya dikepalkan penumbuk. Geram dengan Rachel. Langkah Rachel yang masuk ke pejabat sekolah di pandangnya sekilas.

Dia mengeluh.

•••

"

Mama tak suka Yong bergaduh, Yong dah malukan mama dengan papa sebab kena panggil dengan cikgu. You just 7 years old , Kim Tae Yong ... mama tak pernah ajar Yong bergaduh dan mama tak suka. Macam mana nak tunjukkan contoh yang baik dekat adik-adik nanti ?"

"Tapi... dia yang mulakan dulu. Dia ambil duit Yong. Yong cakap elok-elok dia taknak dengar. Papa ajar supaya jadi berani macam nama Yong. Bukan ke 'Yong' bermaksud berani?" Balas Yong selamba sementara Rachel sedang meletakkan ubat di bibir Yong yang sedikit berdarah.

Mata Rachel melirik sedikit pada Taehyung yang tenang saja duduk di sofa yang berada di dalam pejabatnya itu. Sempat Rachel menjeling Taehyung, dia masih marahkan pada lelaki itu.

"Baguslah Yong pukul dia, dia amik duit Yong kan? Jadi berani untuk bersuara." Belum sempat Rachel ingin menjawab, Taehyung terlebih dahulu bersuara.

"Kim Taehyung! Awak jangan melampau sangat boleh tak? Boleh tak awak berlagak macam ayah yang normal!" Hambur Rachel, dia sudah tidak tahan. Taehyung memandang Rachel sambil menolak pipi dalamnya.

"Jadi awak sukalah anak awak kena buli? Oh, jadi awak nak biar je diorang amik duit anak kita?" Tanya Taehyung semula dan kali ini dia juga marahkan sikap Rachel yang sambalewa (?) untuk mendidik anak mereka.

"Taehyung, saya taknak bergaduh dengan awak depan anak kita. Dah berapa bulan macam ni, awak memang dah tak sayangkan saya, Yong, Hana dan anak yang bakal keluar dari perut saya ni?"

Taehyung memejamkan matanya sedikit lalu meraup wajahnya kasar. Terus dua bangun dan mendekati Rachel. Wajah Rachel dialihkan ke arah lain tidak mahu memandang Taehyung. Perlahan Taehyung mengusutkan rambut Yong dan tersenyum nipis.

"Yong, boleh tak kalau Yong keluar duduk dengan Auntie Chaerin kat luar? Papa nak bercakap dengan mama sekejap." Arah Taehyung. Yong sekadar mengangguk.

"Janji tak lama?" Tanya Kim Tae Yong lalu membuatkan Taehyung tersenyum nipis.

Perlahan Taehyung mencangkung dan mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat 'pinky promise'.

"Papa janji tak lama." Yong tersenyum girang lalu mengangguk sekali lagi. Terus dia memeluk Taehyung dan mencium pipi papanya sebelum dia keluar meninggalkan Taehyung dan Rachel berduaan.

Taehyung kembali berdiri tegak dan memandang ke arah Rachel yang bersandar pada meja kerja. Taehyung tersenyum nipis sebelum melutut dan memeluk pinggang Rachel, telinganya ditekapkan pada perut Rachel yang sedikit membuncit akibat mengandung sudah 7 bulan.

"Baby, mama marah papa lah. Papa minta maaf, papa cuma nak yang terbaik untuk mama dengan abang dan kakak baby. Tapi nampaknya papa tak boleh jadi ayah mithali untuk baby, papa cuma boleh jadi suami mithali je..."

"... sayang , Tae minta maaf ok. Janganlah tarik muka macam tu. Nanti Tae berlanja itik masak kari." Rachel menunduk memandang Taehyung lalu bahu Taehyung dipukulnya sedikit. Taehyung tertawa kecil.

Pantas dia bangun dan berdiri tegak semula. Pinggang Rachel dipeluknya dan dahi mereka dilekapkan antara satu sama lain. Taehyung tersenyum. Air mata Rachel yang tiba-tiba mengalir dilapnya menggunakan ibu jarinya, sebak mungkin.

"Maafkan Tae sayang, jangan marah-marah dan cakap benda yang tak sepatutnya. Tae sayang sangat dekat sayang dan anak-anak kita adalah bukti sayang Tae dekat sayang. Setiap hari sayang buat Tae jatuh cinta pada sayang jadi Tae tak suka kita gaduh-gaduh. Ok, Tae janji akan jadi papa yang lebih baik lepas ni. Promise!"

"Saya tak minta awak jadi ayah mithali sekalipun Tae, cuma saya minta jangan ajar anak kita bukan-bukan. Hati seorang ibu mana yang tak risau."

"Ya, Tae tau sayang mama yang paling terbaik dalam dunia. Tae janji akan didik diorang jadi lebih baik. Dah jangan nangis-nangis lagi, malu dekat baby tengok mama dia nangis macam budak kecik."

Rachel tertawa dan memukul dada Taehyung. Terus Taehyung juga tertawa kecil dan menarik kepala Rachel ke dadanya untuk dipeluk.

Dari luar tingkap pejabat, Yong dan Chaerin a.k.a rakan dan pembantu Rachel melihat adegan Taehyung dan Rachel yang sedang berpelukan. Yong tersengih lalu menjilat lolipop uang diberikan Chaerin tadi.

"Auntie, sweet kan mama dengan papa Yong?" Chaerin sekadar mengangguk.

"Ya, auntie jeles. Sebab tu Yong dah nak dapat adik baru. Lepas ni jaga adik-adik elok-elok ok? Pesan dekat Hana sekali supaya jaga adik elok-elok."

"Ok auntie! Yong kan nak jadi macam papa juga ada title..."

"... Mithali? Hehe."

•••

bad writting , I'm sorry 😪

Pape pun , aku tengah hiatus untuk pengetahuan siapa yang selalu follow aku ah.. thanks again wey untuk ff ni aku appreciate...

disebabkan korang jugak, ff ni dpt award the best fanfiction 2017 , ily hehe (gambar leh tengok kat cover ff ni, aku takde ternet nak load kat chapter ni) thanks support and everything...

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now