Chapter 20+

5.1K 518 43
                                    

"Encik Jung tu siapa ? Sampai pagi-pagi ni sayang cemas nak suruh kita jumpa dia dekat restaurant makanan jepun sana tu." Tanya Taehyung namun mata masih tertumpu pada jalan. Sekali sekala dia menguap kerana masih mengantuk.

Kalau ikutkan hatinya , dia nak saja tidur dan bangun lambat memandangkan Ahjuma Lee pembantu rumah mereka ada untuk membuatkan sarapan buat Rachel. Tetapi lain pula jadinya , Rachel bangun awal dan terjerit-jerit cemas suruh dia bersiap kerana mereka perlu berjumpa dengan lelaki bernama Encik Jung.

"Encik Jung tu pembantu papa." Taehyung mengangguk sambil membuat mulut 'o' setelah Rachel menjawab.

"Habis tu , apa kena mengena dengan kita?"

"Dia nak bagi wasiat."

"Oh.." Sekali lagi Taehyung menjawab. Namun beberapa saat kemudian dia mengerutkan dahi dan terus memandang ke arah Rachel.

"Wasiat ? Tapi papa sayangkan..."

"Papa dah meninggal malam semalam. Dah selamat dikuburkan dekat London sebelah kubur mama." Taehyung terdiam seketika mendengar balasan Rachel.

Perlahan dia menoleh ke arah Rachel sekilas , nampaknya wanita itu mengelap air matanya perlahan. Taehyung menarik nafasnya panjang. Tangannya pantas mengusap rambut Rachel.

"Tae , doktor cakap dia berkemungkinan sihat. Saya hari-hari berharap dia sedar tau tak. Sebab tu saya tak benarkan Doktor cabut alat penafasan dia." Tutur Rachel dengan sendu-sendannya. Dia menekupkan wajahnya dan akhirnya kali ini dia menangis sepuas hati.

"Sayang .. mungkin tuhan lagi sayangkan papa. Tak mau lah nangis-nangis macam ni sayang , kalau papa tau mesti dia lagi sedih tau. Saya faham perasaan awak tu. Nanti kalau kita ada masa , kita lawat kubur papa kat London tu erk?" Pujuk Taehyung, berharap Rachel akan lega sedikit. Rachel sekadar diam.

Diam mengelap air matanya. Pandangannya dialihkan melihat ke luar tingkap , tidak mahu Taehyung memandangnya yang sedang menangis. Buruk benar wajahnya menangis.

Taehyung kembali menumpukan perhatiannya untuk mencari parking apabila keretanya hampir sampai ke restaurant makanan Jepun yang terkemuka di bandar Seoul itu. Perlahan Taehyung memparkingkan keretanya.

Setelah itu, pantas Taehyung keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Rachel. Rachel keluar dengan bantuan Taehyung memegang tangannya. Pantas Taehyung memegang kedua belah pipi Rachel dan mendaratkan ciuman di dahi Rachel.

"Jangan nangis-nangis lagi ok ? Malu je kat baby tengok sayang nangis." Ucap Taehyung sambil mengusap perut Rachel yang masih kempis.

Rachel tertawa kecil. Tangannya memegang tangan Taehyung yang mengusap perutnya.

"Kalau papa baby ni ada je dekat sebelah mama , tiap-tiap hari mama takkan nangis."

"Aik ? Nak tukar nama panggilan papa-mama ke? Sedap juga."

"Nak muntah dengar , saya lagi suka awak panggil saya sayang." Terletus tawa Taehyung dengan balasan dari Rachel. Terus Taehyung memaut pinggang Rachel.

"Tae pun suka lagi panggil sayang 'sayang'.Dah lah , jom. Sayang pun tak makan lagi , lepas ni kita pergi makan." Rachel sekadar mengangguk, iyakan saja.

Terus Taehyung membawa Rachel masuk ke dalam restaurant tersebut. Setelah Rachel memberitahu namanya pada pelayan , pelayan tersebut terus membawa mereka berdua masuk ke dalam satu bilik makan VIP . Wajah Rachel terus berubah melihat wajah Jimin dan Eunbi yang juga turut berada di situ. Jelingan maut diberikan pada Eunbi , Eunbi terus menunduk sambil memaut lengan Jimin.

"Silakan duduk , Rachel." Pelawa Encik Jung yang juga turut berada di situ.

Rachel menarik nafasnya dalam. Cepat-cepat dia duduk bersama Taehyung berhadapan Jimin dan Eunbi. Suasana kembali senyap. Encik Jung terus mengeluarkan beberapa dokumen yang dibawanya , bersedia untuk melakukan tugasannya.

[√] Suami Mithali ° kth Där berättelser lever. Upptäck nu