BAB 1

59.5K 1.7K 31
                                    

RIYADH NADIF merenung lama skrin laptop di hadapannya.Hanya sesekali saja matanya berkelip,itu pun bila dah rasa matanya mulai pedih.Tangan kanannya yang memegang tin minuman air berkarbonat,didekatkan ke mulut.Belum sempat dia meneguk minuman tersebut,jarinya kembali lincah menaip sesuatu pada papan kekunci.Kemudian ibu jari tangannya digigit sementara menanti pesanan e-mail nya dijawab.

"Kau tengok apa,Ad?" soal seorang lelaki yang baru muncul di ruang tamu tersebut.Skrin laptop Riyadh dipandang sekilas.

"Kerja baru ke?" soalnya lagi lalu duduk di sebuah sofa yang bertentangan dengan Riyadh.Kaca televisyen di hadapannya dibuka.Namun rancangan yang disiarkan hanya dipandang kosong.Tiada pun yang menarik minatnya.

"Yeah.. baru dapat arahan tadi", jawab Riyadh.Air minuman di tangannya diteguk beberapa kali sekadar menghilangkan dahaga tekaknya.

"Bila start?"

"Next week", jawab Riyadh lalu laptopnya ditutup.Dia bergerak ke dapur dan membuka peti sejuk.Satu lagi tin minuman berkarbonat dikeluarkan dan dihulurkan pada Aizat.Aizat merupakan teman sekerjanya dan boleh dikatakan teman yang paling rapat sejak zaman universiti lagi.

"So,kita ada around tiga harilah sebelum mula kerja?" Aizat berkira dalam kepalanya.Tin minuman tersebut dibuka dan diteguk beberapa kali.

Riyadh mengangguk.

"Hm,lately ni kerja kita on going kan? Kalau dulu kita ada lah jugak masa rehat dalam seminggu dua.Sekarang ni paling lama pun tiga hari je", Aizat menyuarakan kata-katanya.Dia tak merungut,dia yang memilih untuk terjebak dengan pekerjaan ini jadi dia terima saja kesusahan yang terpaksa dia hadapi.Cuma dia tak terfikir yang pekerjaan ini sebegitu sukar dan mencabar.

"Nak buat macam mana? Dah tugas kita macam ni.Musuh kita makin ramai,itu yang kerja kita pun jadi on going", Riyadh berkata selamba.
Mukanya tenang saja.Berbanding dengan Aizat,dia terlebih dahulu menceburi bidang pekerjaan mereka sekarang ini.Dua tahun selepas itu barulah Aizat turut menyertainya.Jadi dia dah lali dengan segala cabaran dan kesukaran yang mereka hadapi.

" Itu laa.. nasib baiklah aku buat keputusan untuk tak kahwin lagi.Kalau tidak,mana nak fikir pasal anak bini aku lagi dengan waktu kerja tak tentu macam ni", omel Aizat sambil matanya dihala ke kaca televisyen.Terfikir jugak,macam mana kalau ditakdirkan dia akan berkahwin tak lama lagi dan berkeluarga? Macam mana dia nak bahagikan masa dengan keluarganya sedangkan bila-bila masa dan di mana saja dia perlu pergi bekerja sekiranya dia mendapat panggilan?

Kata-kata Aizat membuatkan Riyadh ketawa."Tapi kau tu jangan fokus kerja sangat sampai tak ada masa nak cari bakal isteri.Kau tu bukannya makin muda.Nanti bila rambut dah putih baru sibuk nak cari anak dara", usik Riyadh sambil tersengih memandang Aizat.

"Kau cakap aku sedangkan kau sendiri pun tak ada calon.Aku ni kira okey jugak tau sebab pernah bercinta dulu.Kau? Perempuan bagi hadiah pun dah macam dia bagi bom", Aizat memulangkan paku buah keras.Ada hati Riyadh Nadif ni nak kenakan Aizat Noah? Herh,salah oranglah! See the leg okey.

"Aku bukan apalah,Zat.Aku cuma tunggu jodoh aku datang je.Aku tak nak sia-siakan masa aku bercinta dengan orang yang bukan terbaik untuk aku.Kau kena faham tu", kata Riyadh.Telefon bimbit jenama Samsung miliknya diambil dan dibelek.Saja nak tengok topik apa group WhatApps nya sedang bualkan.Dari tadi tak berhenti mesej yang masuk.

"Macam mana kau nak tahu dia terbaik untuk kau ke tak kalau kau sendiri tak nak dekat dengan perempuan? Aish,aku tak faham betul lah kau ni", Aizat menggeleng kepalanya.Memang susah nak faham Riyadh ni.Emosi dan perasaan lelaki itu boleh berubah bila-bila masa.Kadangkala gembira dan kadangkala boleh jadi garang dan tegas.

"I'm just waiting someone better for me.Bila dah sampai waktunya and I feel like she's the one,aku sendiri yang akan kejar perempuan tu", kata Riyadh tanpa mengalihkan matanya dari memandang skrin telefon.

"Hmph,kau punya waktu tu alamatnya memang beranak cucu dululah jerawat aku", spontan Aizat bersuara dan telah mengundang tawa Riyadh.

SEMENTARA menunggu pesanan makanan mereka sampai,Aizat memandang Riyadh yang sedang leka bermain telefon bimbit di hadapannya.Ketika ini mereka sedang makan tengah hari di kedai mamak berhampiran dengan perumahan mereka.

"Kau tengok apa? Leka semacam je.Ada apa-apa berita ke?", tegur Aizat.Dia tahu yang Riyadh tidak gemar bermain telefon bimbit sekiranya berada di luar rumah.Kalau nampak lelaki itu memegang telefon bimbit di luar rumah,tidak lain tidak bukan pasti ada perkara penting yang berkaitan dengan kerja.

"Tak ada apa,aku cuma saja nak check e-mail ni.Takut kita kena buat double mission pulak next week", kata Riyadh.Jarinya bergerak naik dan turun pada skrin tersebut.Setelah selesai memeriksa e-mail yang dihantar,telefon bimbitnya dimasukkan semula ke dalam poket seluar.

" Ohh.. so ada misi tambahan ke?"

Riyadh menggeleng.Air teh tarik di hadapannya diteguk sekali.Sebab panas je ni,kalau tidak memang habis terus satu cawan dia minum.

"Oh ya,cuti ni kau tak pergi mana-mana ke?" soal Aizat lagi.Saja mahu meneruskan perbualan mereka.Kalau dia senyap,biasanya Riyadh juga akan senyap.

"Entahlah.. setakat cuti tiga hari je.Ke mana sangatlah yang boleh pergi? Tapi nanti aku ingat nak balik Melaka", kata Riyadh sambil memandang sekeliling.Hujan rupanya.Patutlah sejuk tiba-tiba.

"Ohh.. rindu mama kaulah tu kan?" Aizat tergelak dengan kata-katanya sendiri.Lagi-lagi bila tengok Riyadh yang sudah menarik muka dengan kenyataannya.

"By the way,nanti tolong kirimkan salam aku dekat Raihana tau.Lama aku tak jumpa dia", sambungnya lagi lalu meneguk air sirap ais di hadapannya.

" Ehh.. buat apa kau nak jumpa dia? Tak ada,sebagai abang dia aku tak izinkan kau jumpa dia", kata Riyadh dengan muka serius.Dia tahu yang Aizat ada taruh hati pada adik perempuannya.Tapi dia sebenarnya tiada niat pun nak halang seandainya Aizat dan Raihana memang saling mencintai.

"Eleh.. kalau Hana suka aku jugak,apa kau boleh buat? Kau tak boleh halang kitorang tau", kata Aizat dan ketawa lagi.Entahlah tapi dia memang suka usik Riyadh tentang Raihana sebab dia tahu Riyadh memang sayangkan satu-satunya adik perempuannya tu.Walaupun dia orang selalu bergaduh tapi Riyadh sangat ambil berat tentang Raihana.Adik kembarlah katakan.

"Ek ehh kau ni.. menjawab pulak", Riyadh tewas berdebat dengan Aizat.Tajam jelingan diberikan buat lelaki itu tatkala Aizat sudah ketawa tanpa henti.Sukalah tu dia menang.Grr..

Malas mahu melihat perangai menjengkelkan Aizat,Riyadh mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Waktu itu juga matanya tertancap pada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan umur 10 tahun yang sedang berdiri di hadapan kedai.Pakaiannya comot dan tidak terurus.Mukanya juga kelihatan cengkung dan tidak bermaya.

Riyadh memerhati lagi gerak geri budak lelaki tersebut yang kini sedang duduk di atas batu yang berhampiran.Dia memegang perutnya dan hanya memandang sayu pada pelanggan yang sedang menikmati makanan di hadapannya.Tak tahulah kalau dia silap atau tidak tapi dia dapat lihat kanak-kanak tersebut menangis.Pasti sedang kelaparan.Mula timbul rasa simpati dalam dirinya terhadap budak lelaki tersebut.

Baru dia hendak bangun untuk mengajak kanak-kanak tersebut makan bersama,seorang gadis yang ayu bertudung yang duduk di meja hadapannya terlebih dahulu bangun dan mendekati budak lelaki itu.Entah apa yang mereka bualkan,kemudian budak lelaki tersebut melangkah masuk ke dalam kedai dan duduk di meja yang sama dengan gadis itu tadi.Gadis itu kelihatan memanggil seorang pelayan di kedai itu dan membuat pesanan untuk kanak-kanak tersebut.

Tanpa sedar,Riyadh menguntum senyum kecil.Gadis itu terus diperhati lagi untuk beberapa minit seterusnya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now