BAB 37

23.6K 981 8
                                    

WALAUPUN jam sudah menunjukkan ke angka sembilan pagi,namun tubuh kecil Aurell masih lagi berada di atas katil.Kepala yang dirasakan amat berdenyut,dipicit perlahan.Selimut teba yang membaluti tubuhnya ditarik lagi sampai ke menutupi seluruh tubuh badannya.

"Ell? Kau tak pergi kelas ke?" soal Ain yang sudah berdiri di hadapan pintu bilik Aurell.Biasanya awal-awal pagi lagi Aurell sudah bangun dan bersiap untuk pergi ke kelas.Kadang-kadang sebelum pergi kelas tu,sempat lagi Aurell mengemas rumah dan menyiram pokok bunga di laman.

"Emm.. kau pergi dululah.Nanti aku pergi.." jawab Aurell perlahan.Jelas kedengaran suaranya amat serak berbanding semalam.Pelik.Sakit tekak ke?

"Kau okey ke tak? Kenapa berselubung semacam je ni?" soal Ain lagi.Kali ini dia menghampiri Aurell dan duduk di birai katil.Selama ni dia tak pernah nampak Aurell bersikap macam ni.Tu yang buat dia kehairanan sekarang ni.

"Aku okey.. cuma demam sikit je.Mungkin sebab semalam kena hujan agaknya", jawab Aurell perlahan.Selimut dikepalanya diturunkan sehingga ke paras dada.Nampak di situ mukanya sudah kemerahan.Mungkin kerana suhu badannya yang terlalu tinggi.

" Isy.. panas sangat ni.Nak pergi klinik tak? Aku boleh tolong hantarkan.Atau kau nak aku call suami kau?" soal Ain selepas menyentuh dahi Aurell.Agak panas jugak.Rasanya kalau letak roti dekat dahi Aurell tu,mahu boleh jadi roti bakar agaknya.

"Ehh.. tak apa.Alaa..sikit je ni.Aku dah makan ubat tadi.Nanti okeylah kut",

" Tapi demam kau teruk sangat ni.Kalau tak nak pergi klinik,kau rehat je lah dekat rumah.Tak payah pergi kelas,nanti aku bagitahu lecturer yang kau tak sihat",

"Tak apa,Ain.Aku larat lagi ni nak pergi kelas.Lagipun tak lama lagi kan dah final exam.Aku tak nak ketinggalan pulak",

Ain mengeluh perlahan.Aurell.. Aurell.Kalau dah dia kata A,memang takkan ada orang yang boleh halanglah jawabnya.

"Okeylah kalau macam tu.Kalau kau rasa tak larat sangat,tak payahlah pergi kelas.Jangan paksa diri tu",

Aurell sekadar mengangguk sebelum kembali melelapkan mata.Lagi setengah jam sebelum kelasnya bermula.Sempat lagi jika dia nak merehatkan badan sebelum bersiap.

Ni semua sebab kena hujan semalamlah ni.Tambah pulak masa dalam kereta Zakuan tu,dia kena aircond lagi.Memang menjadilah demamnya hari ni.

SELEPAS tamat kelas pertama,Aurell duduk berehat di cafeteria sementara menunggu kelas keduanya bermula dalam masa sejam lagi.Ketika itu kepalanya terasa benar-benar pening.Seluruh tubuh badannya juga terasa bagai berada di kutub utara.Sejuk bukan main lagi.Tak pasal-pasal dia kena pakai baju lengan panjang dan cardigan nipis.

Pada waktu itu juga,kerusi di hadapannya ditarik oleh seseorang.
Aurell yang sedang menekup mukanya terus mengangkat wajah.Terkejut dia apabila melihat Hakim sedang berdiri di hadapannya sambil memandang ke arahnya dengan pandangan sayu.

" Awak tak sihat ya?" soalnya.Dia terus duduk di hadapan gadis itu.

"Emm.. demam sikit", jawab Aurell perlahan.Dia memandang sekeliling kawasan.Nasib baiklah dekat situ tak ada ramai orang sangat.Takut jugak dia kalau-kalau mereka berdua disalah erti.Maklumlah,tak ramai yang tahu dia telah berkahwin.Malah Hakim sendiri masih tidak tahu menahu.Dia takut kalau pelajar lain menganggap dia menjalinkan hubungan dengan Hakim,
seorang pelajar cemerlang yang mendapat anugerah dekan pada tahun ini.

" Dah pergi klinik?"

Aurell menggeleng."Tapi dah makan ubat dah",

"Ohh.. awak ni kalau dah tahu demam tu kenapa paksa diri jugak nak pergi kelas? Nanti bagitahu je lah lecturer yang awak tak sihat.Ni kalau paksa diri,apa-apa jadi nanti lagi teruk tau", pesan Hakim.
Lembut dan perlahan saja suaranya.

Aurell tersenyum kecil.Dia mula rasa tak selesa sekarang ni apabila sudah ada beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arah mereka.

"Awak dah..."

"Ell!"

Belum sempat Hakim mahu meneruskan perbualan mereka,seorang pelajar dari fakulti yang sama menghampiri meja mereka.

"Kenapa?" soal Ain.

"Sorry laa kacau kau orang berdua tapi ada orang nak jumpa kau,Ell.Dia tunggu dekat tempat parkir kereta depan tu.Pergilah.." kata gadis itu sebelum meminta diri.Walaupun masih keliru,Aurell tetap saja menggagahkan dirinya untuk bangun dan menuju ke tempat yang dikatakan gadis tersebut.Tak apalah asalkan dia dapat lari dari mata-mata yang mrmandang dia dan Hakim seketika tadi.

Sampai saja di tempat memarkir kereta,
Aurell memandang sekeliling.Tapi dia tak nampak pulak kelibat sesiapa di sini.Aurell mengeluh perlahan.Sudahlah kepalanya tengah berdenyut sekarang ni,lepastu kena pulak sinaran matahari pada tengah hari itu lagilah membuatkan kepalanya berkali ganda berdenyut.

Aurell berhenti berjalan buat seketika.Tepi dahinya dipicit perlahan.
Matanya juga sudah mengecil kerana keadaan yang agak panas ketika itu.Beberapa saat dia menghentikan langkah,keadaan jadi berubah tiba-tiba.Aurell rasakan sekelilingnya sedang berputar sekarang ini.Pandangannya juga semakin lama semakin kabur dan gelap.Tubuhnya mula terhuyung-hayang sebelum dia rasakan ada tangan lain yang menyambut tubuhnya ketika dia hampir saja pitam tadi.

Aurell mengelipkan matanya beberapa kali.Dia tak nak ambik tahu lagi buat masa ni siapa yang menyambutnya ketika dia hampir pitam.Mata dipejam buat beberapa saat.Setelah dirasakan keadaannya sudah baik,Aurell membuka mata kembali dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekarang ini dia berada di dalam pelukan seorang lelaki!

Aurell terus menolak lelaki itu.Ya Allah! Dia betul-betul tak sengaja.Bahkan dia tak sedar pun dia sedang dipeluk oleh lelaki itu.

"Ell,awak okey?" soal lelaki itu.

Mendengar suara itu,Aurell terus saja mengangkat wajahnya dan sekali lagi dia terkejut apabila melihat wajah Riyadh betul-betul di hadapan matanya sekarang ini.Eh?

"Awak? Awak buat apa dekat sini?"

"Awak tak jawab lagi soalan saya.Awak okey ke tak? Kenapa nak pitam tadi? Tu.. kenapa muka pucat semacam je?" soal Riyadh.Risau tu dah tentulah.Tengok muka isteri sendiri pucat bukan main lagi.Tak pernah Aurell macam ni.

"Emm.. tak ada apalah.Saya okey je", bohong Aurell.Dia cuma tak nak Riyadh susah hati kalau dapat tahu yang dia kurang sihat hari ini.

" Dengan budak tadika bolehlah awak nak tipu tapi bukan dengan saya.Awak tak sihat ya?"

Aurell hanya diam.Rasanya fizikalnya dah menjawab segala pertanyaan Riyadh.Tak menunggu jawapan isterinya,Riyadh terus menyentuh dahi Aurell.

Panas.

"Ya Allah,awak demam panas ni.Kenapa tak bagitahu saya?" soal Riyadh mula tak puas hati.Isteri demam pun dia tak tahu.Rasa macam dia ni suami yang tak bermakna apa pun pada Aurell.

"Takkanlah demam pun saya nak kena bagitahu? Demam sikit je pun.Bukan teruk sangat",

" Badan panas macam ni awak kata demam sikit? Boleh tak kalau perkara macam ni awak bagitahu saya? Patutlah saya rasa tak sedap hati lagi dari rumah tadi.Rasanya kalau saya tak datang sini,sampai ke sudah pun saya tak tahu",
Aurell hanya mendiamkan diri.Alaa.. sebab demam ni pun sampai dia kena marah.

"Sudah,sekarang ni awak masuk kereta dan ikut saya", Riyadh terus memberi arahan.Tegas bukan main lagi.

"Pergi mana? Saya ada kelaslah lepas ni",

" Kesihatan awak tu yang diutamakan dulu.Awak ikut saya,kita balik rumah saya", Riyadh terus menapak ke keretanya.

"Tak nak!"

Riyadh terus menoleh."Kenapa tak nak?"

"Saya nak duduk rumah sewa tu.Alaa.. esok lusa kebahlah demam saya ni.Awak jangan risau okey?" Aurell tersenyum kecil untuk memberi keyakinan kepada lelaki itu.Tetapi malangnya,langsung tidak jalan!

Riyadh kembali mendekari Aurell.

"Nope.. awak tetap kena ikut saya balik rumah.No excuses!" tangan Aurell digenggam dan ditarik ke keretanya.

"Tapi kenapa? Kenapa saya perlu balik rumah awak pulak?"

"Sebab saya akan jaga awak.Saya akan jaga awak sampai awak betul-betul sembuh", kata Riyadh dan terus masuk ke dalam perut keretanya.

Aurell terkelu.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now