BAB 25

25K 1K 9
                                    

LANGKAH dipaku betul-betul di hadapan muka pintu.Pandangan matanya kaku.Mulutnya juga sedikit terlopong melihat manusia di hadapannya ini.Mimpikah dia? Dia belum pernah nampak lagi lelaki sekacak ni dalam dunia tau.Tapi takkan pulak dia bermimpi?

Suraya masih lagi tidak berganjak dari tempatnya.Matanya bagaikan terpukau melihat kekacakan lelaki bermata bundar yang sedang ralit melihat skrin telefon di ruang tamu rumahnya.Siapa dia ni ek? Alaa.. tak kisahlah siapa pun! Ikan besar,tak boleh lepaskan ni.

Dia berdeham sekali untuk membetulkan pita suaranya.Nak tegur lelaki kacak ni tak boleh guna suara yang dia biasa gunakan.Mahu lari tak cukup tanah lelaki ni karanh.

"Emm.. awak ni siapa ya?" soal Suraya yang selamba saja duduk di sebelah Riyadh.Dia menyoal dengan suara lembut dan sopan santun.Boleh kalah gadis melayu terakhir.Kiranya kan,kalau orang yang tak tahu lagi perangai syaitannya ni,memang confirm laa boleh cair!

Riyadh yang leka membaca e-mel dari ibu pejabat tadi,terus terkejut melihat entah perempuan mana yang selamba badak saja duduk sebelahnya.Dia bingkas menjauhkan diri dari gadis itu.Rapat betul ni! Sikit je lagi mereka akan berlaga lengan tadi.Aurell pun tak pernah serapat ni tau.Suka-suka hati je nak jahanamkan kesucian aku!

"Ehh.. kenapa terkejut? Sepatutnya sayalah yang kena terkejut.Awak ni siapa ya? Macam mana boleh ada dekat sini?" soal Suraya lagi.Masih tak berputus asa dengan suara yang sengaja dimanjakan tu.Dia tersenyum menggoda.

Tapi maaflah,sikit pun Riyadh tak tergoda.Menyampah ada lah! Tengok gaya pun dah tahu perempuan ni macam mana.

"Riyadh Nadif.." jawab Riyadh nak tak nak.Dia kembali memandang skrin telefon.Dalam hati,dia berdoa sangat agar Aurell ke ruang tamu sekarang ini.Selamatkan dia dari perempuan ni!

"Hmm.. tak kenal pun.Tak kisahlah,
tapi awak kacak sungguh.Geram pulak saya tengok", Suraya tersenyum lagi.Ek eh,lelaki ni! Takkan dari tadi aku manja-manja macam ni dia tak tergoda pun? Aku tengok muka dia selamba je.

Geram? Hoi!! Gila apa perempuan ni? Eeeii rimas! Lama-lama aku dekat sini boleh terancam kesucian yang aku jaga selama ni tau.

" Saya tengok awak macam lagi tua dari saya je.Boleh saya panggil awak abang?"

Riyadh mengucap panjang dalam hati.Apalah masalah perempuan ni? Aku yang lelaki ni pun tak ada rasa apa,ni kau tiba-tiba pulak nak menggatal dengan aku.

"I'm married..", Riyadh berterus terang.Mungkin dengan ini perempuan miang ni akan pergi dari sini.

Suraya tersentak seketika sebelum dia kembali tersenyum."Saya tak kisah pun,lelaki boleh kahwin empat kan?"

What the fish?! Betullah perempuan ni tak siuman.Ada ke cakap macam tu? Nasib baik tak kenal,kalau tak dah lama makan pasu bunga dekat sebelah ni.

"Awak ni sihat ke tak? Suka hati.."

"Kenapa ni?" Riyadh tak sempat nak habiskan ayatnya apabila Aurell terus muncul di ruang itu.Dia memandang gadis itu dengan muka berseri.Datang pun!

Suraya kelihatan terkejut dengan kehadiran gadis yang paling dia benci tu.Dah lama dia tak nampak muka perempuan ni,tahu-tahu ada dekat sini! Tak guna!

"Eh,perempuan! Kau buat apa dekat sini?" hilang terus suara yang dimanjakan depan Riyadh tadi bila nampak Aurell dalam rumah tu.Hidup lagi perempuan ni!

"Kenapa? Tak boleh?" soal Aurell bersahaja.Sebenarnya dari tadi lagi dia dah pasang mata tengok Suraya menggedik dengan suaminya.Mula-mula dia biarkan je tapi lama-lama,menyirap jugaklah tengok kegedikkan sepupunya ni.Berani betul kau kacau laki aku!

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now