BAB 9

22.9K 912 17
                                    

"SU! Suraya!!"

Suraya pantas berlari ke dalam bilik ibunya."Kenapa mak ni nak jerit-jerit tengahari buta macam ni?" soalnya tak puas hati.Dia yang tengah tengok tv tadi,terkejut bila Maklong Timah tiba-tiba saja menjerit nagai nak tercabut anak tekak.

"Su! Mana pergi kotak barang kemas mak dalam almari ni,Su?" soal Maklong Timah.Bergetar tangannya tadi bila dia membuka almari yang menyimpan rantai,gelang  dan cincinnya itu tadi.Patutnya dalam almari ni ada satu kotak yang menyimpan semua barang kemasnya.

Dahi Suraya berkerut."Manalah Su tahu.Mak letak dekat mana?"

"Mak letak dekat dalam almari ni je! Ya Allah,macam mana boleh hilang ni? Petang ni lintah darat tu nak datang mintak duit hutang arwah bapak kau.Mak baru ingat nak gadai dulu barang kemas ni,mak nak selesaikan hutang tu.Macam mana ni Su? Siapa yang curi?" berair mata Maklong Timah.Itu sajalah harta yang dia ada.Semua itu saja mahu mencecah dua puluh lima ribu ringgit.Cukup kalau nak bayar hutang lintah darat tersebut kira-kira dua puluh ribu.

Suraya berfikir sejenak.Siapa je yang mampu curi semua tu? Lama berfikir,akhirnya!

"Mak! Su tahu,ni mesti kerja perempuan tu! Su rasa Ell yang curi barang kemas mak",

Maklong Timah terdiam.Sukar untuk dia percaya apa yang Suraya katakan sekarang ini." Mustahil,Su.Mak tak rasa Ell yang curi semua ni.Mak tahu dia takkan buat,dia budak baik",

Suraya tersenyum sinis.Loya tekaknya dengar."Okey tak apa.. kita cuba cari bukti dalam bilik dia", Suraya terus menyerbu bilik Aurell yang ditinggalkan dua hari lepas.Semua tempat itu digeledah.Tapi tidak jumpa sebarang bukti.

Mustahil!

Suraya mengintai di bawah katil.Terdapat satu plastik hitam yang mencurigakan.Tanpa berfikir panjang,dia pantas menarik keluar plastik tersebut.Ikatan dibuka.
Ternyata isinya hanyalah sekadar kertas-kertas lama yang tidak digunakan.Suraya geram.Plastik tersebut dicampak ke atas lantai.

Tuk!

Bunyi tersebut datangnya apabila plastik tadi dicampak ke atas lantai yang diperbuat daripada papan.Bunyi seperti benda keras saja.Suraya lantas mengambil semula plastik hitam yang dicampak.Dia memandang wajah Maklong Timah yang hanya berdiri di muka pintu sebelum menyelongkar sampah sarap di dalam plastik tersebut.Dan..

Bingo!!

Suraya mengeluarkan kotak berwarna hitam yang dipercayai kotak barang kemas ibunya.Kotak tersebut dikeluarkan dan diserahkan kepada ibunya.

"Tengok? Baiklah sangat kan budaknya? Terlampau baik sebabtulah sanggup pijak kepala mak!", kata Suraya geram.Kotak itu disambut dengan tangan yang bergetar.Bergenang air matanya.

" Mak.. mak tak percaya Ell yang curi barang mak.Tak mungkin.." Maklong Timah masih menafikan walaupun sudah jelas bukti di hadapan mata.

"Mak! Apa yang mak tak percaya lagi?
Dah jelas depan mata buktinya! Kalau bukan dia,habis siapa lagi? Ke mak nak tuduh Su yang curi? Mak lagi percayakan budak luar tu dari anak mak?" terkilan Suraya.Sanggup ibunya tak percaya dengan apa yang terjadi sekarang ini.

Maklong Timah hanya diam.Dia menangis dan menangis.Tak sangka,Aurell sanggup buat dia macam ni.

"Perempuan tu memang tak guna mak! Sanggup dia buat macam ni pada mak.Su dah kata dari dulu lagi,jangan manjakan dia! Jangan bela dia tapi mak degil jugak.Tengoklah sekarang apa dah jadi? Eee sakit hati betul!"

Maklong Timah sudah teresak.Dia jatuh melurut di atas lantai.

"Sampainya hati Ell buat maklong macam ni? Kenapa Ell? Kenapa? Tak cukup ke maklong dah ajar Ell,didik Ell dengan agama?" hancur hati tuanya.Dia percayakan Aurell selama ini tapi sanggup Aurell mengkhianatinya? Hilang terus rasa simpati,sayang malah apa saja rasa yang selama ini istimewa buat gadis itu.Aurell dirasakan kali ini memang melampau!

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now