BAB 38

26.3K 941 28
                                    

SELESAI mandi,Aurell menggagahkan dirinya untuk turun ke ruang tamu.Walaupun Riyadh sudah berpesan supaya dia duduk berehat saja di dalam bilik memandangkan suhu badannya masih tinggi,namun dia tetap berdegil.Baring lama-lama atas katil tu bukannya dapat faedah apa pun.Ada baiknya jugak kalau dia banyakkan bergerak.

Waktu itu dia lihat hanya televisyen yang terpasang di ruang tamu namun tiada sesiapa yang menontonnya.Aurell kehairanan.Biasanya waktu macam ni Riyadh akan duduk di atas sofa dan tengok movie pada waktu malam.Tapi tidak pulak malam ni?

Tang!

Aurell terus bergegas ke dapur tatkala mendengar bunyi bising yang datangnya dari sudut tepi rumah tersebut.Sekali lagi dahinya berkerut kehairanan.Dia lihat waktu itu Riyadh sedang sibuk menyediakan sesuatu di dapur.Kejap lelaki itu ke kiri dan kejap ke kanan.

"Awak buat apa ni?" soalnya.Dia sudah pun berdiri di belakang lelaki itu.Sempat jugak dia intai apa yang lelaki tu tengah buat sampai berpeluh belakang bajunya tu.Ternyata lelaki itu sedang memasak sup ayam.Patutlah dari ruang tamu tadi tu dia bau sedap semacam je.

"Eh? Siapa suruh awak turun ni?"

"Tak ada siapa suruh.Bosan duduk dalam bilik tu lama-lama", jawab Aurell.Dia memandang pulak wajah suaminya.Kasihan.. habis berpeluh satu muka.

" Awak tak sihat lagi,Ell.Janganlah banyak bergerak sangat.Nanti tak pasal-pasal pitam macam petang tadi", pesan Riyadh untuk kali yang entah ke berapa.Dah berbuih mulutnya menitip pesanan buat gadis itu namun Aurell masih berdegil.Tak padan dengan demam!

"Awak masak apa tu?" soal Aurell sambil memanjangkan lehernya untuk melihat ke dalam periuk di atas dapur itu.Walaupun dia dah tahu apa yang sedang dimasak oleh lelaki itu,tapi sengaja dia nak bertanya lagi.

"Saya masak sup ayam dengan nasi bubur untuk awak", kata Riyadh.Tenang saja sambil mengacau kuah sup yang sedang menggelegak di dalam periuk.Rasa macam terror pulak memasak walaupun hakikatnya dia terpaksa menelefon mama untuk bertanya cara memasak sup ayam tadi.

" Untuk saya?"

"Habistu? Siapa lagi orang sakit dalam rumah ni?" Riyadh menjeling Aurell yang masih setia berdiri di sebelahnya.

Aurell hanya menjuih bibir.

"Saya tanya je pun.Awak nak marah tu kenapa?" Aurell memeluk tubuh.Muka dipaling ke tempat lain sambil tangannya bermain dengan pinggan yang berada di kabinet dapur tersebut.Geram betul! Kita tanya baik-baik tapi dia marah pulak.

"Dah bila masa pulak saya marah?"

"Tadi tu apa?"

"Mana adalah.Kenapa? Nak tengok saya marah betul-betul ke? Saya takut awak menangis je nanti" soal Riyadh sambil tersenyum sinis.Kalau Aurell tengok dia marah,agaknya mahu isterinya tu dah serik nak balik rumah lagi lepas ni.Maklumlah,muka ketatlah katakan.

"Eeii.. awak ni kadang-kadang annoying jugak tau!" Aurell menampar lembut lengan Riyadh.

"Awak kata saya annoying?"

"Ya! Annoying sangat.Kalau ikutkan hati memang saya dah cekik-cekik awak ni tau",

" Awak nak cekik saya?"

"Ya! Biar padan mu.. haccum!" belum sempat Aurell meluahkan rasa geramnya,boleh pulak tiba-tiba saja dia bersin.Mesti kesan ubat yang dimakan tadi sudah hilang.

"Padan apa?"

"Padan muka aw.. haccum! haccum!" Aurell pantas menekup mulutnya.
Hidungnya yang dirasakan gatal itu digosok perlahan.Haih.. berair balik hidung ni.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now