BAB 4

29.7K 1.1K 28
                                    

AURELL mengetuk pintu di hadapannya.Dalam beberapa minit,kedengaran satu suara membenarkannya masuk.Dia duduk di hadapan seorang lelaki yang sedang sibuk membelek beberapa helai kertas di hadapannya.

"Assalamualaikum,Encik Zakuan", sapa Aurell perlahan.Lelaki itu dipandang beberapa saat sebeluk dia menjatuhkan pandangannya.

Zakuan Amir menghentikan kerjanya.Dia mengangkat muka memandang Aurell di hadapan.Lantas bibirnya mengukir senyum.

"Waalaikumussalam.Ya,Cik Aurell?" Zakuan membetulkan duduknya.
Tegak menghadap gadis comel di hadapannya.

"Ermm.. saya nak bagitahu encik Zakuan ni.." Aurell masih lagi tidak mengangkat muka.

"Bagitahu saya? Nak bagitahu apa? Cik Aurell nak kahwin dah ke?" tebak Zakuan.Wajahnya berubah serius tiba-tiba.

Mendengar kata-kata Zakuan membuatkan Aurell lantas mengangkat muka memandang lelaki yang tua setahun saja darinya.Bulat matanya memandang lelaki itu.

"Ehh,bukan tu.Saya belum nak kahwin lagi",

"Ohh.." dalam diam,Zakuan menarik nafas lega.Bibirnya kembali mengukir senyuman.

"Jadi apa yang awak nak bagitahu saya tu?" soalnya lagi.

"Err.. sebenarnya macam ni.. tak lama lagi cuti semester saya dah habis.Em,jadi.. saya ingat saya nak berhenti kerja", ucapnya perlahan.
Sebenarnya keputusan yang dibuat ini atas dasar terpaksa.Dia tidak mahu berhenti dari bekerja di cafe milik Zakuan ini tapi memandangkan dia akan menjalani praktikal selepas tamat cuti semesternya,dia terpaksa juga meletakkan jawatan.

Dahi Zakuan berkerut mendengar permintaan Aurell." Kenapa nak kena berhenti kerja pulak? Selama ni awak boleh je kerja dekat sini walaupun tengah study",

Aurell mengangguk perlahan."Saya tahu tapi lepas je cuti semester nanti,saya ada praktikal selama tiga bulan dekat hospital.Dan saya tak rasa saya ada masa untuk bekerja dekat sini lagi",

Zakuan mengangguk faham.Dia diam seketika."Tapi awak masih nak kerja dekat sini?"

Aurell pantas mengangguk."Saya memang berat hati nak berhenti kerja sebab selama ni gaji yang Encik Zakuan bagi ni lah saya dapat tampung wang perbelanjaan saya dengan maklong saya",

"Habis lepas dah habis praktikal nanti awak cari kerja lain?"

Sekali lagi Aurell mengangguk.

"Terpaksa.."

Zakuan diam lagi.Wajah Aurell dipandang lama sebelum mulutnya dibuka untuk bersuara."Macam ni lah,saya pun tak nak awak tinggalkan saya.. err.. maksud saya,tinggalkan cafe saya ni sebab awak dah lama dekat sini dan prestasi kerja awak bagus.Jadi macam ni,awak selesaikan dulu praktikal awak selama tiga bulan tu.Dan saya akan cari pekerja lain sementara awak tak ada.And after your practical session,datang sini dan kerja macam biasa",

Aurell memandang Zakuan dengan muka yang tidak percaya.Terkejut dengan permintaan lelaki itu.Tak sangka pulak Zakuan akan bagi cadangan begitu.

"Betul ke? Saya boleh sambung kerja balik dekat sini lepas praktikal?"

Zakuan tersenyum dan mengangguk."Ya,saya tak nak kehilangan pekerja berdedikasi macam awak ni",

Aurell membalas senyuman Zakuan."Terima kasih,Encik Zakuan sebab bagi saya peluang.Saya tak tahulah macam mana kalau saya berhenti kerja dekat sini.Belum tentu lepas praktikal ni saya boleh dapat kerja lagi",

"Sama-sama.. Anything for yo.. my staff ", Zakuan tersengih.Setelah Aurell keluar dari pejabatnya,dia menggaru keningnya sambil bibirnya mengukir senyuman lebar.Malu dengan tindakannya sebentar tadi.Tak pandai nak cover betul!

Love In Silent ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt