BAB 36

23.7K 842 6
                                    

RIYADH Nadif

Awak dekat mana?

Aurell Latisha

Dekat rumah sewa.Kenapa?

Riyadh Nadif

Tak ada kelas?

Aurell Latisha

Tak ada kelas hari ni

Riyadh Nadif

Okey,pergi siap sekaramg.Saya ambik awak lagi 20 minit

Aurell Latisha

Kita nak ke mana?

Riyadh Nadif

I'm on my way.. bye

Aurell menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dah kenapa lelaki ni? Selama hampir dua minggu mereka tidak berjumpa.Langsung tidak menelefon atau bertanya khabar,tiba-tiba hari ni Riyadh menghantar mesej mahu berjumpa? Hm.. kenapalah agaknya?

Dalam kehairanan,Aurell tetap juga menukar pakaiannya dan bersiap ringkas.Elok jugak tu.Lagipun dia dah lama tak jumpa Riyadh.Nak juga dia jumpa dengan suaminya tu.Hidup seorang diri dekat Shah Alam ni buat dia lupa yang kini dia sudah pun bergelar isteri orang.Rasa macam anak dara balik! Hihi..

"Haih,nak pergi mana?" soal Ain yang kebetulan baru keluar dari dapur bersama segelas milo panas di tangan.Hairan dia bila tengok Aurell yang selalu terperap dalam rumah selama ini,tiba-tiba saja bersiap untuk keluar.

"Nak keluar kejap", kata Aurell sambil menuruni anak tangga.Sempat dia melirik penampilannya di hadapan cermin.Blouse kosong warna putih,seluar slack hitam dan shawl warna biru cair.Hm.. okeylah ni agaknya.Nampak macam budak sekolah pulak.

" Keluar pergi mana? Keluar seorang je?" soal Ain lagi.Dia soal sebab pelik.Aurell ni jarang keluar rumah seorang diri kalau tak ada urusan penting.

"Tak.. aku keluar dengan suami aku.Kejap lagi dia datang ambik",

" Ohh.. nak keluar dating ya?" usik Ain.

"Dating apa pulak kau ni? Tak ada maknanya lah.Mungkin dia ada hal nak jumpa aku tu", nafi Aurell.Ni dikira sebagai dating ke? Rasanya tak kut sebab Riyadh tak cakap apa pun.Entah-entah mereka cuma keluar pergi makan sekejap je.

"Eleh.. ye la,hal rumah tangga orang aku tak nak masuk campur", Ain tersengih.Baru mulut Aurell mahu terbuka untuk menjawab kata-kata Ain,bunyi hon kereta di luar rumah terus membantutkan niatnya.

" Okeylaa.. aku pergi dulu.Kunci pintu semua tau", pesan Aurell sebelum dia lesap di sebalik pintu rumah.Terkedek-kedek dia berlari anak menuju ke kereta Audi milik Riyadh.Rindu dengan kereta tu.

Kereta je? Tuan punya kereta tu tak rindu ke?

Err...

"Assalamulaikum", Aurell tersenyum sebaik saja masuk ke dalam perut kereta.Dia terus menyalami kedua tangan Riyadh.

" Waalaikumussalam.Sihat?"

"Alhamdulillah,sihat je.Awak?"

"Sihat jugak",

Love In Silent ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz