BAB 21

25.5K 1.1K 15
                                    

SEHARI sebelum majlis akad nikah,malam berinai diadakan di rumah mama Riyadh yang terletak di Melaka.Rumah banglo itu yang dulunya sunyi telah berubah riuh dalam sekelip mata.Bunyi jeritan kanak-kanak dan suara gelak tawa dari saudara-mara Riyadh di sini membuatkan rumah ini bertambah meriah.Lagi pula,dia sudah dianggap sebahagian dari keluarga ini.

Sepanjang di sini,Aurell tak banyak cakap.Dia hanya tersenyum apabila diusik oleh ibu-ibu saudara Riyadh.Maklumlah,hanya dia saja orang asing di sini.Riyadh pulak tidak dibenarkan untuk bermalam di sini.Kata Nek Jah,nenek kepada Riyadh,hanya pengantin perempuan saja yang dibenarkan tidur di sini supaya boleh membiasakan diri dengan keluarga pihak lelaki.

Riyadh pun hanya datang sekejap saja petang tadi,itu pun sekadar untuk berjumpa dengan saudara-maranya buat kali terakhir sebelum dia menjadi suami orang.Setelah itu,dia terus pulang tanpa berjumpa dengannya dulu.Riyadh masih sama,kurang berbual dengannya.Jika lelaki itu seorang diri,pasti wajahnya kelihatan kusut.Seakan sedang memikirkan sesuatu yang terlalu berat.

Aurell mengeluh perlahan.Rasanya betul lah apa yang dia sangkakan.
Mungkin Riyadh sedar yang keputusan dibuat untuk mengahwininya adalah satu kesalahan.Ye laa,Riyadh baru 26 tahun dan dikira masih lagi muda.Dia masih ada kehidupannya sendiri.Pasti dia mahu hidup bebas sementara dia belum berumah tangga.

Tapi kehadiran Aurell dalam hidupnya seakan mengubah segalanya sehingga dia terpaksa mengambil keputusan terburu-buru untuk mengahwininya.

Haih.. apa patut dia buat? Kalau Riyadh menyesal dengan semua ini,masih sempat untuk membatalkan segalanya.Selagi mereka tidak menyarung pakaian akad nikah mereka pada esok hari,segalanya masih boleh dihentikan.Lagipun dia tidak suka jika rumah tangga ini dibina atas keterpaksaan.

"Ell? Amboi.. jauh termenung?" Nek Jah yang sedang duduk di sebelahnya menegur.Aurell tersengih.Jauh pulak dia berangan.

"Maaf,nek.Ell tak sedar nenek dekat sebelah Ell",

Nek Jah tersenyum.Suka dia dengan perwatakan cucu menantunya ini.Baik saja orangnya.Sopan santun pulak tu.Apa yang penting,aurat dan maruah diri Aurell dijaga rapi.

"Tak apalah.. ni tangan tu macam mana? Lenguh ke?"

Aurell melihat kedua belah tangannya di atas bantal kecil yang diletak di peha.Dari tadi dia tidak menggerakkan tangannya yang sudah dihiasi dengan inai berwarna merah.Ini semua Kak Mas yang buat.Kak Mas ni sepupu Riyadh dan Raihana.Beza lima tahun darinya.Kak Mas memang pandai melukis inai.Kata Raihana,dalam kalangan keluarga besarnya ni,Kak Mas lah yang selalu lukis inai kalau ada di antara mereka yang berkahwin.

"Lenguh jugaklah,nek.Dah berapa jam Ell pakai ya?"

"Berapa jam? Baru setengah jam,Ell.Kena tunggulah lagi dalam sejam macam tu kalau nak inai tu cantik",

Aurell tersengih kelat.Sejam lagi dia kena keras beku atas kerusi ni? Aduii.. punggungnya ni dah naik kebas tau.

"Kaki ni pun jangan banyak gerak tau.Kak Mas dah nak siap ni", ujar Kak Mas yang duduk bersilap di hadapan Aurell.

"Ell.. lagi berapa jam je Ell nak jadi isteri Ad.Ell janji dengan nenek yang Ell akan jaga cucu nenek tu baik-baik ya? Ad tu kadang-kadang tegas sikit orangnya.Tapi kalau Ell dah kenal dia,sebenarnya dia baik.Ell kena bagi dia masa je untuk betul-betul selesa dengan Ell", pesan Nek Jah.

Aurell mengangguk perlahan.

"Kalau Ell nak tahu,dulu Ad tu orang yang paling bising dalam keluarga ni.
Kalau dengan kami ni semua,mulalah keluar perangai budak-budak dia.Kadang-kadang boleh mengalahkan anak-anak Kak Mas tau", Kak Mas membuka cerita.Tertawa dia bila mengingat kembali perangai sepupunya tu.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now