BAB 30

25.9K 958 5
                                    

"SAYA balik lewat hari ni.Awak tak payah tunggu saya balik,faham? Malam nanti kunci semua pintu sebelum tidur.Jangan nak keluar rumah pulak.Ingat tu",

Aurell melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang Tamu.Sebaik sahaja sampai di lapangan terbang,Riyadh terus menghantarnya pulang ke rumah.Tak menyempat nak masuk rumah,lelaki itu terus keluar semula.Kut iya pun sibuk dengan kerja,naiklah mandi dulu ke apa.Ini tidak,terus saja pergi kerja.

Sekarang ni aku betul-betul hairanlah dengan pekerjaan Riyadh.Apa sebenarnya kerja lelaki tu? Sibuk tu mengalahkan doktor! Aku yang doktor ni pun tak adalah kelam-kabut sangat.

Bukan dia tak cuba bertanya,tapi habis satu rumah dah dia tanya pasal suaminya ni tapi semuanya bagi jawapan yang sama.

" Lebih baik kalau Ell tanya Ad sendiri",

Apa? Sulit sangat ke kerja lelaki tu sampai tak ada orang boleh bagitahu? Riyadh ni pun satu hal jugak.Dah dekat sebulan lebih aku kahwin dengan dia tapi sikit pun tak bagitahu aku apa-apa pasal dia.Memang misteri betul!

Aurell memandang jam di dinding.Sekarang dua petang.Hm.. kalau ikutkan waktu praktikalnya di hospital belum tamat lagi ni.Eloklah kalau aku pergi hospital hari ni walaupun sepatutnya aku dibagi cuti seminggu.Tapi dari bosan tak ada nak buat apa dekat rumah ni,ada baiknya jugak aku bersiap ke hospital.
Sekurang-kurangnya tak adalah kebosanan dalam rumah besar ni.Kebetulan pun Riyadh balik lewat hari ni kan?

Dia tersenyum kecil dan terus naik ke bilik untuk membersihkan diri.Setelah itu dia terus bersiap untuk pergi ke hospital.

"APA maklumat setakat ni?" soal Riyadh.Dia baru je sampai ke ibu pejabat seketika tadi dan terus mendapatkan Aizat.Dia lihat waktu itu anggota pasukannya sedang bersiap memakai pakaian khas mereka.

Aizat tersenyum kecil.Kasihan pulak tengok sahabatnya ni.Tak pasal-pasal masa berbulan-madu habis lenyap begitu saja.

"Macam ni,ASP Badrul bagitahu aku yang team under cover dah dapat tahu lokasi yang menjadi tempat kegiatan salah seorang dari anak buah Dato' Halim.Memang ini bukan tempat Dato' Halim tapi kalau kita serbu tempat ni dan tahan beberapa orang  bawahan Dato' Halim,
berkemungkinan besar kita akan dapat tahu dekat mana lokasi Dato' Halim sekarang", serius Aizat menerangkan maklumat yang diperoleh.

Riyadh mengangguk faham." Team under cover kita masih dekat sana?"

Aizat mengangguk.

"Okey.. kalau macam tu kita akan serbu tempat diorang malam ni.Aku harap team under cover dapat bertahan sampai malam ni", kata Riyadh dan baru dia hendak melangkah pergi,Aizat memanggilnya.Serta merta langkahnya dihentikan.

" Macam mana bulan madu kau?"

Riyadh tersenyum kecil."I wish I could be there longer", katanya dan terus melangkah pergi.Aizat ketawa halus.Haih.. rasanya memang betul lah keputusan yang dibuat untuk tidak mendirikan rumah tangga buat masa ni.Tengok Riyadh yang terpaksa melupakan bulan madu bersama isteri kerana komitmen kerja membuatkan dia rasa takut pulak nak kahwin sekarang ni.Biarlah tunggu dia pencen dulu dari jadi UTK ni baru kahwin.

Pada malam itu,Riyadh dan anggotanya tiba di sebuah rumah banglo lama yang berada jauh dari kawasan perumahan yang lain.Dengan isyarat yang diberikan Riyadh,mereka bergegas turun dari kenderaan khas mereka dan terus menyembunyikan diri di kawasan berhampiran dengan rumah tersebut.

Seperti biasa,mereka akan dibahagi kepada dua pasukan iaitu Alpha dan Bravo.Pasukan Alpha yang diketuai oleh Riyadh sendiri terus masuk ke kawasan banglo yang dipenuhi semak samun itu dan terus menyembunyikan diri disebalik dinding batu tersebut.

Dia memberi isyarat tangan kepada Aizat dan pasukan Bravo yang lain yang berada di luar pagar rumah tersebut.Faham dengan isyarat tersebut,Aizat menaikkan pula tangannya kepada Zoey,anggota Bravo yang ditugaskan untuk memerhati gerak- geri suspek pada malam itu.

Zoey terus memerhati gerak-geri menggunakan teropong di tangan.Tiada apa yang curiga dan membahayakan.Semuanya berjalan lancar.Zoey membalas isyarat kepada Aizat dan Aizat pula menghantar kepada Riyadh.Lelaki itu mengangguk faham.

Nafas ditarik dalam.Topeng muka yang menutupi hidung dan mulutnya dibetulkan sedikit.Kiraan jari dimulakan dan setelah itu dia twrus menendang pintu rumah tersebut yang tidak berkunci dengan sekuat tenaga.Serbuan mereka bermula.

Empat orang lelaki yang memegang senapang di ruang tamu rumah itu berjaya ditumpaskan sekelip mata tanpa sempat mereka menekan picu pistol.Jelas sekali mereka tidak bersedia dengan serbuan ini.Ye laa,barulah namanya serbuan kan?

Riyadh mengarahkan pula mereka berpecah kepada beberapa tempat memandangkan rumah itu agak besar dan banyak bilik yang perlu diserbu.Dia,Jeff dan Kirk menuju ke dapur.Di situ dapat dia lihat banyak bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dadah da sebagainya.
Nampaknya rumah ini dijadikan tempat memproses dadah.Tapi melihatkan bahan-bahan tersebut dlam kuantiti yang kecil,jelas sekali yang rumah ni bukan tempat memproses dadah yang besar.

Sedang Riyadh memeriksa setiap ruang dapur itu,entah dari mana datangnya satu das tembakan ke arah mereka.Mujurlah mereka sempat berlindung di sebalik dinding.Riyadh mengintai sedikit,tak ada pulak dia nampak orang yang melepaskan tembakan ke arah mereka.Tapi macam mana das tembakan boleh dilepaskan?

Puas berfikir,Riyadh terpandangkan sebuah bilik kecil yang gelap berhampiran dengan dapur tersebut,bertentangan dengan dinding yang dia sedang sembunyi ni.
Bilik itu tanpa diterangi lampu pun.Lebih gelap dari dapur ni yang masih diterangi dengan cahaya dari beberapa batang lilin.Sudah tentu bilik itu nampak mencurigakan.

Riyadh memberi isyarat agar Jeff dan Kirk membantu menghalang pergerakannya dikesan oleh beberapa lelaki yang sedang melepaskan tembakan rawak ke arah anggotanya.
Laju sahaja Kirk dan Jeff melepaskan tembakan serentak dan pada masa itu Riyadh bergegas masuk ke dalam bilik kecil tersebut.Sekali lagi dia bertindak seorang diri.

Di dalam itu,memang dia tak nampak apa pun.Gelap gelita saja.Tapi dia dapat rasakan ada orang lain turut berada di situ.Riyadh membuka lampu kecil pada senapangnya.Dia menyuluh di sekeliling bilik itu namun belum sempat dia menarik picu,belakangnya dipukul oleh objek keras.Tak semena-mena dia terjatuh di atas lantai.Dia menoleh ke belakang tapi masih tak dapat lihat apa-apa.Dia mendengus geram!

Matanya cepat melihat sekeliling bilik.Ada tingkap.Belum sempat lelaki yang menyerangnya tadi mara,Riyadh terlebih dahulu menembak dua das tembakan ke arah tingkap kaca itu.Pecah berderai.Cahaya dari lampu jalan membolehkannya melihat dalam bilik itu walaupun samar.

Lelaki itu mahu menembak Riyadh namun cepat saja Riyadh menendang tangannya.Pistol yang dipegang lelaki itu terjatuh.Dalam masa yang sama,Riyadh dipukul di tepi bibir.Dua kali tumbukan tepat sehingga membuatkan Riyadh terduduk.Tak guna! Boleh pulak dia tak sedar lelaki tu akan menumbuknya.

Saat dia terjatuh,entah macam mana pulak senapangnya boleh turut sama terseret ke tepi dinding.Belum sempat dia nak bangun ambik,lelaki tu terus menyepak senapangnya keluar dari bilik.Riyadh menumbuk lantai! Tak ada cara lain,dia terpaksa berlawan.

Mereka membalas tumbukan sehinggalah entah bila masa lelaki itu dapat mencapai pistolnya di atas lantai tersebut.Dalam sekelip mata,satu das tembakan tepat mengenai tubuhnya.Riyadh jatuh melutut.Tak guna!! Dia paling pantang kalau setiap serbuan,
pasukan mereka kalah.Takkan sesekali perkara itu dibiarkan terjadi!

Dengan kekuatan yang hampir tiada,Riyadh mengagahkan dirinya mencapai senapangnya yang disepak ke luar bilik.Mujur senapangnya itu masih berada di depan pintu.Tanpa buang masa,dia terus mengacu senapang ke arah lelaki itu dan tak disangka,lelaki itu juga turut berbuat sedemikian.Pada detik yang sama,mereka serentak melepaskan tembakan dan tubuhnya menerima satu lagi tembakan.Cuma yang membezakan mereka sekarang ini,Riyadh menembak lelaki itu tepat di kepala manakala lelaki itu menembak pada dada belah kanannya.

Itu saja yang Riyadh tahu sebelum dunianya menjadi gelap tiba-tiba.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now