BAB 14

24.7K 1.2K 20
                                    

"ABANG,hari ni last cuti kan?"

Riyadh yang sedang bermain permainan dalam telefon bimbitnya,segera mengangkat muka memandang muka bersinar Raihana.Muka ni.. kalau tak nak ajak keluar shopping,mesti nak ajak melepak ni.

"Hm.. nak apa ni?"

Raihana tersengih."Alang-alang Hana dengan Ell tak ada buat apa ni kan.Jom kita pergi skatting",

"Skatting? Bukan ke bulan lepas kita dah pergi? Nak pergi lagi buat apa?" Riyadh menyambung permainan di telefon bimbitnya.Leka pulak dia bermain dengan permainan tu.Game sniper.Lagipun dia rindu nak pegang senjatanya dekat pejabat tu.Lima hari tak sarung baju UTK tu rasa macam setahun tak makan.Betul..

"Alaa.. itu bulan lepas punya ceritalah.Sekarang ni bulan ni tak pergi lagi kan? Jomlah,abang.. jomlah.Kaki Hana ni dah gatal sangat tau nak pergi skate", kata Raihana sambil menggoyangkan kakinya.

"Hah,pergi ambil pisau kat dapur.Biar abang tolong potongkan kaki tu.Gatal sangat.." usik Riyadh.Dia dan Raihana kemudiannya ketawa sendiri.

"Jomlah,abang.. lagipun nak buat apa je dekat rumah ni? Abang jugak yang selalu cakap dekat Hana ni bosan kan? Jadi jomlah kita hilangkan bosan tu" Riyadh memang ada rumahnya sendiri di Petaling Jaya.Tapi rumahnya itu agak jauh dari tempat kerjanya di Bukit Aman.Sebab itu kalau dia cuti dalam beberapa hari,dia akan tinggal saja di rumah Raihana.

"Hana pergi sendiri tak boleh ke?"

"No! Tak nak! Hana nak pergi dengan abang jugak.Jom,jangan malas.." Raihana sudah menarik tangan Riyadh supaya lelaki itu bangun.Namun sengaja dia mengeraskan badan.Ye la,kalau nak dibandingkan dengan kekuatan yang dia ada ni,setakat celah gigi Riyadh sajalah.

"Aish.. ye laa.Pergilah bersiap dulu",

Raihana tersenyum." Okey,tunggu tau",

"Ehh.. Ell.." Raihana yang baru ingin melangkah,menegur Aurell yang baru keluar dari dapur.Semua mata di ruang tamu itu memandang ke arahnya.

"Er.. ya?" Aurell cepat-cepat memandang ke tempat bila Riyadh juga turut memandang ke arahnya.

"Saya nak keluar ni dengan abang.Nak ikut?"

"Ehh,tak apalah.Kak Hana pergi je lah.Ell duduk rumah je", Aurell tersenyum.Panggilannya terhadap Raihana sudah berubah.Raihana yang beria-ria sangat suruh dia tukar panggilan.Katanya,panggilan Doktor Hana tu terlalu formal dan dia sendiri tak selesa mendengarnya.Tapi bila di hospital,Raihana tetap penyelianya dan dia akan tetap memanggil dengan panggilan Doktor Hana.

" Apa pulak? Ell ikutlah sekali.Takkan nak biarkan Ell duduk seorang diri je dalam rumah ni.Kita pergi main ice skating.Jom?"

Aurell menggeleng perlahan.Dia masih tidak selesa dengan dua beradik ini."Tak apalah.. lagipun Ell tak pandai main benda tu",

"Alaa tak apa.Abang Ad tu ada boleh tolong ajarkan Ell.Dah,jom.." tanpa banyak kata,Raihana terus menarik tangan Aurell naik ke bilik.Aurell ni kalau tak dipaksa memang tak jalan kerja.

SUNWAY Pyramid memang sering menjadi tempat dia dan Riyadh bermain luncur ais jika ada waktu terluang.Disebabkan mereka jarang meluangkan masa bersama disebabkan faktor kerjaya masing-masing,mereka akan datang ke sini setiap bulan.

"Kita pergi makan dululah sebelum main.Abang belanja tau.Jom,Ell.Kita makan dekat kedai tu", Raihana menarik tangan Aurell masuk ke sebuah restoran western di situ.Mereka mengambil tempat di meja paling hujung.Di situ agak sunyi sedikit.

Raihana duduk di sebelah Riyadh manakala Aurell duduk berhadapan dengan lelaki itu.Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh duduk depan lelaki ni.Dia main duduk je tadi.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now