BAB 23

26.4K 1.1K 33
                                    

BERTEMPAT di Dewan Melati Shah Alam,majlis persandingan mereka berlangsung dengan meriah.
Walaupun mereka tidak menjemput ramai tetamu pada hari ini,namun majlis ini tetap berseri.Kebanyakan jemputan mereka dari saudara-mara dan kenalan rapat saja.Bagi Riyadh pula,dia menjemput kenalannya di ibu pejabat serta ahli-ahli pasukan The Black. Tapi awal-awal lagi dia sudah pesan agar tidak menyentuh soal kerja atau identiti mereka di sini.Bahkan di hadapan isterinya juga tidak dibenarkan sama sekali.

Ketika Aurell berjalan masuk ke dalam dewan,lampu telah dipadamkan dan hanya satu cahaya yang kebiruan saja di arahkan pada Aurell agar semua dapat memberi perhatian kepada pengantin baru ini.

Riyadh yang sedang berdiri di hadapan pelamin mereka yang telah dihias cantik,tidak berkelip memandang Aurell yang sedang berjalan ke arahnya sambil memegang bunga mawar putih di tangan.Aurell nampak begitu cantik sekali dengan mengenakan gaun labuh berwarna biru cair dan dihiasi dengan taburan manik halus padanya.Mahkota kecil di atas kepala gadis itu semakin menambahkan seri isterinya.

Aurell tidak perlu untuk disolek dengan solekan yang tebal.Cukup sekadar sengan hanya solekan nipis di wajahnya,Aurell sudah kelihatan sungguh menawan.Buktinya,sampai sekarang Riyadh masih tidak berkali dari memandang Aurell.

Aurell tersenyum ke arah suaminya.Berdebar betul dia rasa sekarang ni.Apatah lagi bila dia lihat semua mata di dalam dewan itu  memandang ke arahnya.Laluan ke pelamin itu terasa sungguh jauh pulak sedangkan sewaktu rehearsal,dia tengok tak ada lah jauh sangat.

Sampai di hadapan Riyadh,Aurell menyambut huluran tangan lelaki itu untuk membantunya naik.Mereka tidak terus duduk,tapi mereka harus menghadap antara satu sama lain.Merenung dari wajah ke wajah.

Tangan Riyadh merangkul pinggang Aurell.Dia menarik tubuh gadis itu agar rapat dengannya.

Eh,nanti! nanti! Ini.. tak ada pun masa rehearsal semalam? Mereka sepatutnya berdiri berhadapan antara satu sama lain sementara lagu All I Ever Need dimainkan.Itu saja.. lepastu mereka boleh duduk di atas pelamin.Tapi lain pulak jadinya sekarang.

Walaupun hatinya meronta,tapi dia tetap merenung wajah Riyadh.Entah kenapa.. tapi matanya bagai terpukau dengan pandangan mata lelaki itu.Rasa macam sayang je nak kelip mata.Takut terlepas walaupun sesaat detik-detik menggembirakan ini.

"Ell.. terima kasih sebab sudi terima saya sebagai suami awak.Saya tahu dalam hati kita mungkin masih tiada rasa cinta antara satu sama lain.Tapi saya percaya dengan jodoh Allah,rasa itu akan datang satu hari nanti", bisik Riyadh.Rasa seperti hanya mereka saja yang berada di dalam dewan itu.Tiada orang lain walaupun beratus pasang mata yang sedang memandang ke arah mereka.

" Awak tak kisah kalau satu hari nanti awak jatuh cinta dengan saya?" Aurell dengan beraninya menyoal.Tak apalah.. di hadapannya ini suaminya jugak.

"Kenapa saya perlu kisah?"

"Saya tak ada siapa-siapa dalam dunia ni.Saya tak ada apa yang nak dibanggakan depan orang lain sebagai isteri awak",

" You have me.. and you have my whole family.Don't say that you don't have anyone.Dan saya tak nak membanggakan isteri saya depan orang lain.Biarlah kelebihan dan kekurangan awak,hanya saya seorang yang tahu",

Aurell tersenyum kecil."Terima kasih sebab sudi kahwin dengan saya kerana nak melindungi saya.Banyak pengorbanan yang awak buat pada saya.Saya tak tahu macam mana nak balas semua tu",

Riyadh tersenyum."Bila dah sampai masanya,saya akan bagitahu awak macam mana caranya nak balas",

" Dan saya nak awak tahu,If once I say that I love you,that means you're the only girl deserve my love.Only.." 

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now