BAB 3

31K 1.3K 19
                                    

"KENAPA balik tak bagitahu?" soal Raihana yang sedang memeluk tubuh di hadapan pintu rumah.Sedang melihat Riyadh membuka kasut yang dipakai.

"Kenapa? Kalau Hana tahu awal-awal Hana nak masak sedap ke?" usik Riyadh.Tangannya dihulurkan pada Raihana untuk disalami sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.Raihana mengikut dari belakang.

"Tak nak Hana masak untuk abang.Nanti ada je yang abang comment,masinlah manislah terlebih tawarlah", kata Raihana tidak puas hati.Dia duduk di atas sofa bertentangan dengan Riyadh.Dia dah jemu dah dengan perangai abang kembarnya ni.Semuanya kalau boleh nak sempurna je.

Reaksi Raihana membuatkan Riyadh ketawa kecil."Hana tak kerja hari ni?" soalnya.Raihana seorang doktor di hospital Shah Alam,jadi dia jugak jarang dapat berjumpa dengan adiknya itu sekiranya pulang ke sini.Maklumlah,kerja doktor sememangnya sibuk.Seharian bekerja merawat pesakit di hospital menjadi faktor dia jarang dapat berjumpa dengan Raihana.

Raihana menggeleng."Tak ada patient.Esok baru masuk", Riyadh mengangguk faham.

"Mama mana?" soalnya sambil memerhati sekeliling rumah.Kelibat mamanya tidak kelihatan.Biasanya wanita itu laju saja menyambut kedatangannya.

"Mama tengah solat dekat atas.Kejap lagi dia turunlah tu", kata Raihana.Dia kemudiannya memeluk tubuh lalu menarik muncung panjang.Sedar dengan perubahan reaksi adiknya,Riyadh menyoal dengan kening yang terangkat tinggi.

" Kenapa muncung tu?"

Raihana mengeluh kecil."Yelaa,abang dah laa jarang dapat jumpa kau.Lepastu dah jumpa ni,abang langsung tak nak tanya khabar Hana", katanya.Ada nada kecil hati dalam ayatnya.Sudah agak lama dia tidak berjumpa Riyadh.Jadi rindu pulak rasanya mahu bermanja dengan lelaki itu.

Riyadh ketawa kecil."Merajuk rupanya.Ye la,sorry tau? Ni.. Hana sihat tak? Kerja dekat hospital macam mana?"

Raihana mencebik bibir.Dah cakap baru nak tanya.Hmph!

"Sihat je.Kerja dekat sana tu macam biasalah,tekanan banyak.Kadang-kadang rasa nak berhenti pun ada", Raihana tetap meluahkan rasanya.Dia dengan Riyadh memang rapat dari kecil sebagai pasangan kembar.Dari dulu,jika dia ada masalah dan sebagainya,Riyadh memang satu-satunya tempat dia meluahkan segalanya memandangkan mereka hanya dua beradik saja.Cuma selepas mereka habis sekolah dan dapat sambung belajar di berlainan universiti,hubungan mereka menjadi sedikit renggang.Mungkin juga kerana faktor pekerjaan dia dan Riyadh.

"Alaa.. kesian adik abang ni.Dulu kan Hana cakap Hana nak sangat jadi doktor? Han dah belajar lima tahun untuk gelaran doktor ni tau.Hana dah bersusah payah dari dekat universiti lagi.Takkan Hana nak mengalah macam tu je?" pujuk Riyadh lembut.

"Tapi tak sangkalah sepenat ni",

Riyadh tersenyum kecil.Dia bangun dan duduk di sebelah Raihana.Tubuh itu dipeluk kejap."Abang tahu adik abang ni kuat.Semua pesakit yang dekat hospital tu memerlukan Hana.Jadi Hana kena ada dengan dia orang",

Raihana tersenyum kecil mendengar kata-kata abangnya.Kurang sikit bebanan yang ditanggung seorang diri.Pelukan lelaki itu dibalas."Thank you.. that's why I love you",

Riyadh tersenyum kecil.

SELEPAS selesai makan malam,Raihana,Mama dan Riyadh duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

" Ad cuti sampai bila ni?" soal mama sambil memandang ke arah anak lelakinya.Riyadh yang baru saja mahu menyuap kacang tanah goreng ke dalam mulutnya,lantas tersengih apabila dipandang oleh mamanya.

"Tak lama pun.Esok dah kena balik sebab lusa tu dah mula kerja balik", jawab Riyadh kemudian kacang di tangannya disuap ke dalam mulut.

" Sekejapnya.. lepastu bila lagi Ad balik sini?"

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now