BAB 6

24.9K 1.2K 30
                                    

"AKU nak tanya kau ni.."

Riyadh memandang Aizat yang duduk di sebelah katilnya."Apa?"

"Kau pernah tengok Polis Evo tak?"

Berkerut dahi Riyadh mendengar soalan Aizat.Hairan.Elok dia tengah masuk hospital ni patutnya Aizat tanyalah soalan yang masuk akal sikit.Contohnya macam kau dah okey ke belum? Sakit lagi ke tak? Dah makan ubat ke belum? Tapi ini tidak,jauh betul pergi soalannya.

"Pernahlah.. kenapa?"

"Kalau kau nak tahu,kau tu lebih kuranglah macam dia orang.Kalau Syaheizy Sam terjun masuk dalam api,kau tu lagi gila! Yang kau pergi terjun dari tingkat dua tu dah kenapa? Buang tabiat? Dah tak ada tangga ke nak turun elok-elok?" omel Aizat.Kepalanya digeleng beberapa kali.Nasib baiklah tak ada berlaku kecederaan parah pada Riyadh.Mahu tak gila kalau dah terjun dari tingkat dua macam tu saja? Nasib baik jugak Riyadh ni jatuh atas rumput,sekurang-kurangnya tak ada lah sakit sangat.Cuba kalau jatuh atas batu,tak ke dah cacat?

Riyadh mengeluh perlahan.Nasib baiklah dia tengah tak berapa nak kuat sekarang ni.Kalau tidak,memang dah lama kepala lelaki tu diketuk-ketuk.

"Kau nak suruh aku turun tangga? Alamatnya memang meletup dululah bom dalam tu", Riyadh mempertahankan tindakannya.
Lagipun dia tak apa-apa.Tiada kecederaan serius padanya walaupun bisa jugaklah satu badan kalau dah tergolek dari tingkat dua ke bawah.

"Yang kau pun satu! Kenapa pandai-pandai pergi naik atas sendiri? Kenapa tak ajak Jeff atau Kirk je? Kan dah dapat selar-selar satu badan.Dah macam ikan kembung nak goreng kunyit je aku tengok", selamba Aizat mengutuk Riyadh.Tidak diambil kisah pandangan tajam lelaki itu.

Riyadh rasa lucu dengan kenyataan spontan yang keluar dari mulut Aizat,dia mahu ketawa tapi luka di tepi bibirnya akibat ditumbuk konco Tora membantutkan niatnya.

"Kau jangan buat aku nak tergelaklah,mangkuk!" tegas Riyadh.Dia memalingkan mukanya ke tempat lain.Tengok wajah Aizat ni lagi buat dia rasa nak tergelak.

"Apa? Aku cakap benda betul",

Riyadh memandang semula wakah Aizat bila emosinya sudah stabil.

"Amboi,selamba kau je nak mengutuk aku kan? Ingat sikit,aku ni masih kau punya Sarjan Major.Aku naik atas seorang diri tu sebab aku tahu Tora akan bertindak gila dekat atas tu nanti.Dari aku biarkan anggota lain cedera,lebih baik aku je yang cedera.Lagipun aku dah biasa", terang Riyadh.

Aizat tersenyum kecil.Satu sikap Riyadh yang dia amat kagumi.Lelaki itu memang sanggup mengorbankan nyawanya sendiri demi kepentingan orang lain.Ini bukan kali pertama.Malah dah banyak kali Riyadh mengorbankan dirinya demi melindungi anggota pasukannya yang lain.Mungkin kerana pangkat sebagai Sarjan Major yang digalas.Sedangkan dia sendiri tidak pernah kena luka yang seteruk Riyadh.

"Baiklah,Sarjan! Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk kami!" Aizat menabik pada Riyadh.Ikhlas dia lakukan sebagai tanda terima kasihnya kerana telah banyak berkorban.

Riyadh menggeleng perlahan.
Kemudian dia mengintai ke luar bilik melalui kaca kecil yang berada pada pintu tersebut.Dapat dia lihat dua anggota UTK sedang berjaga di hadapan pintu biliknya bersama senapang ditangan.

"Bilik ni berjaga ke?" soalnya.

Aizat lantas mengangguk.

Kedengaran Riyadh mengeluh perlahan."Suruhlah dia orang balik.Cakap dengan dia orang,tak perlu nak jaga aku",

"Mana boleh,Ad.Ni arahan ASP jugak tau.Dia yang nak unit UTK berjaga untuk kau", terang Aizat.

"Buat apa? Ni hospital tau bukannya kelab kongsi gelap sampai nak kena berjaga.Lagipun I can handle myself.Aku nak hidup macam orang biasa dekat hospital ni.Kalau dia orang berjaga dekat bilik ni,nanti habislah kantoi identiti aku", Riyadh cuba meracun pemikiran Aizat.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now