BAB 50

38.8K 1.1K 31
                                    

"TAHNIAH,Ell! Finally kita dah grad!" Ain memeluk sahabatnya itu erat.Setelah lima tahun berkuliah di sini,inilah harinya! Hari di mana mereka berdua telah mengenggam segulung ijazah untuk masa depan mereka.Akhirnya penat lelah mereka selama ini telah membuahkan hasil yang begitu memuaskan.

"Aduii! aduii! Eiii.. baby aku kick kaulah.Dah tepi sikit,dia tak nak mama dia kena peluk dengan orang lain selain papa dia", usik Aurell.Dia cuma tersengih melihat muka monyok Ain.Baru nak bergembira,kena halau pulak!

"Eeii.. baby ni bagilah chance akak nak peluk mama baby.Asyik mendengki je tau anak kau ni", omel Ain sambil menggosok perut Aurell yang semakin lama semakin membesar itu.Dia tahu Aurell sekarang ini sedang bahagia bersama Riyadh.Dan dia yakin Riyadh telah menjaga sahabatnya ini dengan baik.Dia tumpang bahagia melihat Aurell bahagia bersama suami tercinta.Tambahan pula tidak lama lagi mereka akan menimang cahaya mata pertama,hmph.. semakin bahagialah wajah Aurell.

"Sorry? Akak? Heii.. perasan muda betul ya kau ni? Kau tu dah layak digelar aunty je tahu?" Aurell mengusap perutnya.Dia tak kisah pun sebenarnya apa gelaran yang Ain nak bagi pada anaknya.Aunty ke akak ke,suka hati Ainlah.Asalkan jangan nenek je sudah!

"Iyalah.. aku ni belum kahwin lagi tau.Biarlah dia panggil aku akak.Aunty tu nampak tua sangat untuk aku", Ain tersengih.Bukannya dia tua sangat pun,baru dua puluh empat tahun.

Aurell menjelir lidahnya.Malas nak layan Ain yang sentiasa perasan muda ni.Tahulah yang dia masih tak kahwin lagi diusia begini.Aku ni umur dah dua puluh empat tapi dah nak jadi emak.Hm.. dikira baik atau tidak?

"Hm.. tu datang dah kau punya suami kesayangan", muncung Ain dihala ke sebuah kereta Audi yang diparkir berhampiran dengan dewan tempat mereka berada.Tak sampai seminit,Riyadh keluar dari perut kereta.Nampak kacak suaminya berpakaian kemeja putih lengan panjang,seluar slack hitam dan cermin mata.

"Huyyo.. handsome betul suami kau hari ni.Kau yang grad ke atau dia?" puji Ain melambung.Tak tipu! Riyadh memang nampak kacak sungguh hari ni.Lagi bertambah-tambah dari sebelum ni.Kalau dia tak kenal Riyadh ni suami kepada Aurell,memang dengan dia sekali jatuh tergoda.

Lengan Ain disiku Aurell."Ell.. cuba kau tengok mata-mata budak perempuan dekat sana.Semua pandang laki kau,Ell!"

Mendengarkan kata itu,laju saja mata Aurell mencari perempuan yang dimaksudkan Ain tadi.Ternyata bukan perempuan,tapi perempuan-perempuan! Ada sekumpulan pelajar perempuan sedang mencuri pandang Riyadh sambil tersenyum dan berbisik sesama mereka.Cis! Tak boleh dibiarkan ni.Laki aku tu!

"Sayang.." belum sempat Riyadh mahu menghabiskan ayatnya,Aurell terlebih dahulu mencium kedua belah pipi suaminya.Ain terlopong.Berani sungguh perempuan ni buat macam tu dekat tempat awam! Riyadh juga terkejut pada mulanya tapi dia tersenyum saja setelah itu.

"Belum apa-apa dah cium?" Riyadh tergelak.Kemudian dahi Aurell dicium kejap.

"Congrats,sayang.. lepas ni dah bolehlah jadi isteri saya sepenuh masa kan?"

Aurell membalas dengan senyuman.Seketika dia sempat melirik ke arah sekumpulan pelajar perempuan tadi,muka masing-masing kelihatan terkejut.Pastinya mereka kaget dengan apa yang baru dilihat tadi.Satu fakulti perubatan dah tahu yang dia sudah berkahwin.Memang tak boleh nak sorok apalah sebab perutnya yang memboyot ni.Tapi mereka masih tak tahu siapa suaminya.Herh! Pasti menonggenglah perempuan-perempuan tadi tu bila dapat tahu lelaki sekacak Riyadh ni sudah berkahwin.Akulah tu isterinya!

"Tengok apa?" soal Riyadh.Pelik bila Aurell asyik mengerling sekumpulan gadis yang sedang duduk di tembok dewan tersebut.

"Tak ada apa.. tu hah ada perempuan tengok-tengok awak.Haih,kenapalah kacak sangat suami saya ni? Tak pasal-pasal dah jadi tarikan pulak dekat sini", Aurell bermain dengan jemari Riyadh yang sejak tadi berada dalam genggamannya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now