BAB 40

25.3K 924 135
                                    

DUA minggu telah berlalu selepas pergaduhan antara dia dan Riyadh pada malam tersebut.Selama tempoh ini juga mereka langsung tidak berjumpa.Jauh sekali untuk menelefon atau menghantar mesej.Masing-masing ibarat cuba menjauhkan diri.Malas mahu fikir tentang lelaki itu,Aurell telah menyibukkan dirinya dengan kelas dan kerja sambilannya di cafe tersebut.

Ya,dia masih belum berhenti kerja.Biarlah.. selama ni elok saja dia kerja dekat situ.Tak ada apa-apa yang jadi pun.Bahkan selama dua minggu ni,dia sentiasa berwaspada.Tak ada pulak dia nampak ada orang yang sedang memerhatikannya macam apa yang dikatakan oleh Riyadh.Herh.. entah-entah Riyadh saja je nak buat cerita.Sebenarnya dia tak nak bagi aku kerja dekat sini.Itu yang dia buat alasan tak munasabah agaknya.

"Ell.. tak keluar lunch ke?" soal Zakuan yang kebetulan mahu keluar dari cafe tersebut.Aurell yang sedang menggantungkan apronnya terus menoleh memandang lelaki itu.

"Saya nak lunch laa ni.Encik Zakuan nak lunch jugak ke?" soal Aurell.Ramah.
Semakin lama dia kerja dekat sini,dia semakin selesa dengan lelaki itu.Kalau nak dibandingkan antara Zakuan Amir ni dengan Riyadh Nadif,memang jauh berbeza sangat.Zakuan lebih ramah dan sentiasa tersenyum tapi Riyadh lebih banyak diam dan jarang tersenyum.

"Ya,baru nak pergi.Kalau macam tu kita  lunch sekali lah.Ajaklah Julia tu sekali",

"Julia puasa ganti hari ni.Jadi saya lunch seorang je",

"Ohh.. okeylah.Kalau macam tu kita lunch berdua je lah",

Aurell tersenyum dan mengangguk.Mereka pergi ke restoran yang berada tidak jauh dari cafe Zakuan.Selalunya kalau waktu makan tengahari,mereka selalu jugak makan dekat kedai ni.Dekat dengan cafe tu jadi tak perlu nak naik kereta.Jalan kaki je dah sampai.

"Saya segan pulak keluar makan dengan awak ni", Zakuan bersuara sebaik sahaja pelayan di restoran itu selesai mengambil pesanan.

"Segan? nak segankan apa?"

"Iya laa.. sejak awak dah jadi isteri orang ni,saya dah lama tak keluar lepak dengan awak.Jadi sekarang macam dah segan pulak", kata Zakuan sambil tersenyum senang.Senyumannya menampakkan kedua lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.

Aurell ketawa kecil."Saya yang sepatutnya segan tau",

Mereka diam dua saat sebelum Zakuan kembali membuka bicara.

"Jadi.. apa yang awak rasa bila dah jadi isteri orang? Mesti bahagia kan?"

Aurell diam.Dia menarik senyum kelat.Bahagia? Bahagia apa kalau asyik bergaduh je.

"Em.. awak pulak bila nak kahwin? Rugi tau kalau tak kahwin", Aurell menukar topik perbualan.Tidak mahu dia menjadi subjek kepada perbualan ringkas mereka pada petang itu.

"Hm.. kahwin ya? Entahlah,Ell.Umur saya dah 27 tahun tapi sampai sekarang tak ada calon lagi.Mak saya dekat rumah tu asyik tanya soalan sama je.Naik jemu saya dengar", Zakuan ketawa.Terbayang muka ibunya yang asyik menanyakan soal kahwin saja.Dia masih tiada calon lagi,bahkan dia belum bersedia untuk berkahwin.Lebih baik dia fokus dengan cafe nya tu dari sibuk fikir pasal perempuan.

Aurell turut sama ketawa."Takkan tak ada calon? Encik Zakuan ni seorang lelaki yang bekerjaya,baik hati dan kacak pulak tu.Takkan tak ada orang yang suka?"

"Itu di mata awak je agaknya.Tapi di mata perempuan lain,saya ni mungkin belum cukup ciri-ciri lelaki yang mereka nak", jawab Zakuan walaupun kembang kempis jugak lubang hidungnya apabila dipuji oleh Aurell seketika tadi.

Aurell ketawa lagi.Zakuan Amir ni tak adalah tegas sangat.Walaupun dia pengurus dan pemilik cafe tempat dia bekerja tersebut,namun lelaki itu melayan pekerjanya dengan layanan yang baik sekali.

Love In Silent ✔On viuen les histories. Descobreix ara