BAB 47

31.8K 1.1K 32
                                    

PADA petang itu,Aurell pulang sebentar ke rumah Riyadh.Lelaki itu memang ada membuat kunci pendua sebelum ini.Satu diserahkan padanya dan satu lagi berada dengan Riyadh.

Aurell masuk ke dalam bilik mereka berdua.Dia tersenyum kecil.Berada di dalam bilik ni seakan terbayang ketika mereka masih tinggal bersama dulu.Ketika mereka sedang solat berjemaah,membaca Quran dan ketika lelaki itu sedang menyiapkan kerja di meja kerjanya manakala dia hanya menjadi pemerhati dari birai katil.Semua kenangan itu seakan terimbas kembali dalam ingatannya.

Walaupun mereka ini bukanlah seperti pasangan suami dan isteri yang lain,tapi jujur dia katakan,dia dapat rasa kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.Mungkin mereka tidak berkongsi segalanya tapi Riyadh telah menjaganya sebagai seorang suami dengan sangat baik.Jika awal perkahwinan mereka,dia tidak kisah seandainya perkahwinan mereka ini berakhir dengan perpisahan tapi setelah dua bulan bersama dengan Riyadh,dia sayangkan hubungan mereka.Dia tidak mahu semuanya berakhir begitu saja.

Rak kecil di tepi kepala katil didekati.Di situ terdapat sebuah bingkai gambar perkahwinan mereka.Selama perkahwinan mereka,Aurell tidak pernah menyentuh gambar ini walaupun dia selalu saja melihat bingkai gambar tersebut dari jauh.Bibirnya mengoles senyuman kecil.Wajah Riyadh di dalam gambar itu yang sedang tersenyum,diusap perlahan.Bingkai gambar itu diterbalikkan dan ada sekeping nota yang tertulis padanya.Dia tahu ini tulisan tangan Riyadh.

To my precious wife.. be a good wife to your husband and a mother to our child.I will always loving you - your husband

Aurell tersenyum lagi.Air matanya yang bertakung di hujung matanya diseka perlahan.Bingkai gambar tersebut diletak semula ke tempat asalnya.

"Buat apa dekat sini?" satu suara lain menegurnya di dalam bilik itu.Aurell cepat-cepat menoleh ke belakang.Dahlah dia seorang diri je dalam rumah ni lepastu boleh pulak ada suara garau yang tiba-tiba saja muncul.Terkejut aii..

"Awak?"

Riyadh masih berdiri di hadapan pintu bilik.Tadi sebaik saja dia sampai di sini,dia lihat kereta Myvi Aurell berada di hadapan rumah.Terkejut jugaklah dia dibuatnya.Tak sangka pulak Aurell datang ke mari.

"Saya tanya awak buat apa dekat sini?" soalnya lagi.Masih tegas seperti yang dulu.Hairan jugak Aurell dibuatnya.Bukan ke lima hari lepas Riyadh mengatakan 'I love you' padanya? Tapi sekarang kenapa lelaki itu kembali bersikap dingin? Haih.. tak faham betul lah!

Aurell menundukkan muka.Salah ke kalau dia datang ke sini? Riyadh jugak pernah cakap,rumah ni seperti rumah mereka.Tapi sekarang lainlah pulak.

"Saya.. cuma nak singgah sini sekejap je",

"Untuk?"

Wajah Riyadh dipandang lama.Nampak macam dia tak dialukan pulak!

"Tak apalah.. saya datang sini pun sekejap je.Kalau awak dah balik tinggal sini,tak perlulah saya nak singgah sini lagi kan? Saya balik dulu", kata Aurell.Beg tanganya di atas katil diambil tapi belum cecah kakinya keluar dari bilik,suara Riyadh sekali lagi memenuhi ruang bilik tersebut.

"Siapa suruh awak balik?" Aurell menoleh ke belakang.

"Biarlah saya nak balik.Bukan ada apa pun dalam rumah ni", Aurell memusingkan tubuhnya semula tapi Riyadh terlebih dahulu menarik tangannya.

"Habis saya ni apa? Bukan suami awak?"

Aurell memusingkan tubuhnya sekali lagi menghadap lelaki itu."Awak suami saya ke? Mana ada suami yang sanggup tinggalkan isteri dia empat lima hari",

Riyadh pula melepaskan keluhan.Betul jugak apa yang Aurell katakan.Tergamak betul dia tinggalkan isterinya sendiri.Mungkin selama ini dia terlalu memikirkan soal keselamatan Aurell sehingga lupa janjinya pada Aurell dulu.Dia akan sentiasa berada di sisi gadis itu untuk melindunginya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now