BAB 2

35.8K 1.4K 4
                                    

"BARU ingat nak balik?" soal Suraya sambil tersenyum sinis ketika melihat sepupunya berjalan masuk ke dala. rumah.Waktu itu dia sedang menonton televisyen di ruang tamu.Bila dia dengar kereta sepupunya tu masuk ke perkarangan rumah,laju saja mulutnya mengomel geram.

Aurell melangkah masuk tanpa menghiraukan sindiran dari Suraya.Sempat dia mengerling jam tangan yang melilit pergelangan tangannya.Jarum jam tepat menunjukkan angka sebelas malam.Dah lewat rupanya.Patutlah mulut Suraya membebel macam bontot ayam.

"Woi! Aku cakap dengan kau ni? Pekak ke apa?" Suraya meninggikan sedikit suaranya apabila sindirannya seketika tadi tidak diambil kisah oleh Aurell.Menyirap darahnya bila tengok Aurell selamba saja melangkah masuk ke dalam rumah tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Kata-kata Suraya membuatkan Aurell menghentikan langkah.Dia menoleh dan memandang ke arah Suraya dengan muka malas."Kau nak apa,Su? Aku penatlah.Tak ada masa nak berdebat dengan kau", katanya perlahan.

"Ohh,dengar aku cakap tahu pun penat? Habis kau keluar sampai ke malam ni tak reti penat pulak?" sindir Suraya lagi dengan muka meluatnya terhadap Aurell.

"Apa masalahnya? Aku balik lewat ni sebab aku bekerja.Bukannya aku berfoya-foya menghabiskan duit dekat luar sana", bidas Aurell.Dia tahu yang Suraya mesti menganggap dia keluar rumah semata-mata mahu bergembira dengan perkara yang tidak bermanfaat.Tapi malangnya,dia bukan seorang gadis sebegitu.

Hidup sebagai anak yatim piatu ketika umurnya 13 tahun telah mengajar dirinya untuk menjadi seorang yang lebih baik.Lagi pula selepas kematian kedua ibu bapanya,dia hidup sebatang kara saja.Mujurlah Maklong Timah,ibu kepada Suraya sanggup menjaganya sedari kecil dan kini dia teramat berhutang budi dengan wanita itu.

"Kerja konon! Kalau kau kerja,mana pergi semua duit gaji kau? Hadap seorang? Herh! Dasar perempuan menumpang! Mak aku dah jaga kau dari kecil tapi bila dah ada duit sendiri,langsung tak fikir pasal orang", kata Suraya dengan suara yang jelas tidak puas hati.Bagi Suraya pula,kebencian dalam dirinya terhadap Aurell memang tak akan pernah pudar.

Hidupnya selama ini gembira saja bersama ibu bapanya tapi sejak Aurell datang ke dalam keluarganya,
semuanya musnah! Aurell telah merampas segala yang dia ada.Kasih sayang,harta benda dan malah perhatian dari ibu bapanya juga.Malah memang dari dulu lagi Aurell menjadi perhatian penduduk kampung.Mana tak nya,Aurell boleh dikatakan anak gadis yang sangat cantik dan bijak di dalam kampung itu.Mahu dia tidak menjadi kegilaan ramai remaja lelaki di sana? Dan dari situ,dia mula menanam api kebencian terhadap gadis tersebut.

Aurell hanya mengeluh perlahan.
Kalau ikutkan,mahu saja dia menjawab kenyataan Suraya.Ingat apa? Selama ini,setiap kali dia mendapat gaji dengan kerja part time sebagai seorang pelayan di sebuah cafe,dia tidak lupa untuk memberikan separuh dari gaji bulanannya kepada Maklong Timah untuk menampung perbelanjaan wanita itu.Tambahan lagi bila setiap kali cuti semester bermula,dia akan pulang ke Klang dan tinggal di sini.

"Asal kau diam? Betul lah memang kau sorok duit gaji kau kan?"

Aurell menggeleng perlahan.
Kenapalah dia dapat sepupu yang macam ni? Dahlah dia baru saja pulang dari kerja,lepastu kena pulak pasang telinga dengar bebelan tak berlapik dari Suraya.Cukup kusut kepala otaknya.Entah bilalah nak habis cuti sem ni? Rasa lambat pulak masa berjalan.Tak sabar rasanya dia nak kembali semula ke UiTM,Shah Alam.Lagi rela dia dengar pensyarahnya membebel dari terpaksa menadah teling mendengar kata sindiran Suraya.

"Dahlah,Su.Aku malas nak layan kau.Apa yang kau nak cakap tu cakaplah,aku malas nak ambik kisah", sebaik sahaja berkata begitu,Aurell terus masuk ke dalam biliknya dan meninggalkan Suraya yang masih tidak puas hati.Dia mengeluh geram.

" Tak apa,tunggu kau!" katanya dan kembali menumpukan perhatian ke kaca tv.

Di dalam bilik,Aurell merebahkan tubuhnya di atas katil selepas tudung di kepalanya dibuka.Matanya terkelip-kelip memandang atap siling yang sudah berkarat di hadapannya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now