BAB 34

25.6K 910 33
                                    

KE hulur ke hilir tubuh kecil Aurell menyiapkan sarapan pagi di dapur.
Kejap menumbuk bawang,kejap pergi ke peti sejuk dan sekejap menggaul nasi yang sudah siap dimasak.Riyadh yang dari tadi menongkat dagu sambil memerhati gerak-geri gadis itu hanya tersenyum kecil.Dari tadi lagi Aurell langsung tak senyum.
Bukannya Aurell tak tahu dia sudah lima belas minit duduk di meja dapur tu,tapi saja je agaknya buat-buat tak nampak.

Riyadh berdeham sekali.Saja nak ambik perhatian isterinya.Aurell hanya memandang sekilas sebelum menyambung semula kerjanya di dapur.

"Haih.. tak hilang lagi ke marah semalam tu?" soal Riyadh.Sengaja je dia tanya padahal dia dah tahu yang Aurell bermasam muka pagi ni sebab dia tak bagi gadis itu bekerja setelah berbincang semalam.

Aurell diam.Dia masih sibuk menyiapkan nasi goreng untuk sarapan mereka.

"Tak baik tau bermasam muka dengan suami", Riyadh mencuba lagi.Dia tengok wajah Aurell,masih tak berubah.Marah betul ni?

Suami! Suami! Suami! Cis! Asyik nak guna kuasa dia je.Aku guna kuasa isteri yang aku ada ni karang,baru tahu!

"Memang awak tak nak cakap dengan saya ke apa ni?"

Aurell diam.Dia hanya batuk sekali.Sengaja konon bagi petunjuk yang dia malas nak layan Riyadh.

Riyadh mengangguk."Okey kalau macam tu.. " dan dia segera keluar dari ruang dapur.Aurell terus menoleh ke belakang.Bayang suaminya ternyata dah tak ada.

Ek? Merajuk ke? Takkanlah.. Anggota Tindak Khas merajuk? Ceh! Macam tak sesuai je.

Eh,entah-entah dia terasa tak dengan aku? Err.. dikira berdosa ke ni ya?

Perlahan-lahan Aurell melangkah rapat ke dinding.Dia mahu mengintai ke ruang tamu.Manalah tahu kut-kut lelaki tu tengah tengok tv kan?

Sedang asyik dia mengintai ruang tamu disebalik dinding,entah macam mana dia dapat rasakan satu haba rapat ke tubuhnya.Serta merta dia terus pusing ke belakang dan bukan main terkejut lagi tatkala melihat Riyadh betul-betul berada di hadapannya sekarang ini.Rapat.. terlalu rapat.Malah kedua belah tangan lelaki itu juga sudah melekap pada dinding sekaligus mengunci pergerakannya.

"Kenapa? Cari saya?" soal Riyadh yang wajahnya betul-betul di hadapan mata Aurell sekarang ini.Lelaki itu tersenyum.

Aurell menelan air liur.Errr... apa nak jadi ni? Kena rasuk ke apa dia ni?

"Errr... ke.. ke.. kenapa dekat.. dekat ni?" Aurell cuba menolak dada lelaki itu namun apalah sangat kudrat perempuan ayu macam dia ni?

"Kenapa? Tak boleh? Dengan jarak macam ni baru saya boleh nampak dengan jelas muka awak",

Aurell terus memandang ke tempat lain.Haih.. lelaki ni kang! Aku sepak dekat tempat istimewa tu karang,mahu tumbang dia ni!

" Pandanglah sini.. saya nak tengok muka awak", Riyadh memegang dagu Aurell dan memalingkan wajah isterinya menghadap depan semula.

"Riyadh Nadif.. awak.. awak ni dah kenapa? Kena sampuk syaitan mana pagi-pagi buta macam ni? Apa kata awak lepaskan saya sebelum saya jerit", Aurell cuba teknik mengugut.

" Okey.. cubalah jerit.Awak ingat ada orang nak datang tolong? Lagipun jangan lupa yang saya ni suami awak tau.Awak nak cakap apa? Saya cuba nak ambik kesempatan dekat isteri saya sendiri?" Riyadh tersenyum kemenangan.Sah-sahlah dia akan menang dalam hal ni.

Aurell gigit bibir.Isy...

"Awak nak apa sebenarnya ni? Saya nak masaklah,nanti hangit pulak nasi tu", Aurell memberanikan dirinya.Dia tak boleh takut-takut,nanti Riyadh lagi galak menyakatnya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now