BAB 10

24.3K 980 12
                                    

SAMPAI sahaja di Hulu Langat,Aurell melangkah keluar dari kereta Zakuan setelah kereta itu diberhentikan di hadapan rumah maklongnya.Dia lihat ada beberapa jiran tetangganya sedang memandang tajam ke arahnya ketika dia menapak untuk masuk ke dalam rumah.Tapi dia hanya buat tidak endah.Yang penting sekarang ini,maklongnya.

Belum sempat dia ingin menapak ke dalam rumah,kelihatan Maklong Timah sudah melangkah keluar bersama Suraya.Ingin dia terus mendekati wanita itu namun riak wajahnya mematikan niat.Kenapa dia lihat wajah Maklong Timah macam pelik saja? Macam marah dalam masa yang sama,ada kesedihan di matanya.

Belum pum lagi dia ingin mendekati wanita itu,satu tamparan hinggap di pipi kirinya.Kuat sehingga membuatkan dia terpaling ke tepi.Terkejut dengan tindakan yang tak dijangka maklongnya.Suraya di sebelah hanya tersenyum sinis.

Zakuan yang awalnya hanya ingin duduk memerhati dari dalam kereta saja,cepat-cepat melangkah keluar apabila melihat seorang wanita menampar pipi Aurell.Tapi dia hanya berdiri berhampiran dengan gadis itu dan hanya bersedia jika Aurell diserang lagi.Dia masih tidak mahu mencampuri urusan orang lain.

"Budak tak kenang budi! Aku bela kau dari kecil,aku sayang kau! Aku bagi yang terbaik untuk kau,tapi ini yang kau balas dekat aku?! Apa salah aku sampai sanggup kau khianati aku? Tergamak kau buat aku macam ni", kata Maklong Timah.Tinggi suaranya memarahi Aurell bersama tangisan yang kian pecah.

Sebak Aurell yang melihat keadaan ibu saudaranya meskipun dia sendiri tidak tahu mengapa maklongnya menangis dan sanggup menamparnya.

" Ap.. apa maksud maklong?" soalnya.Ketika ini dia melihat ada orang kampung yang menjuih bibir ke arahnya.Ada juga yang menggelengkan kepala.Apa yang terjadi ni?

"Eh,perempuan! Kau tak payah nak buat tak tahulah.Kau yang curi barang kemas mak aku kan?" tengking Suraya pula.Tajam biji matanya memandang Aurell.Rasa mahu saja dia pijak-pijak gadis ini.Dahlah mencuri lepastu boleh pulak datang sini buat muka tak bersalah!

Aurell terdiam.Berair tubir matanya.Bila masa pulak dia "Tak.. tak maklong.Ell tak curi semua tu",

"Bodoh! Tak payah nak menipu.Ni.. " serentak itu,kotak hitam yang dijumpai di dalam bilik Aurell siang tadi dicampak ke arah Aurell.Tepat mengenai dahi gadis itu.Aurell memejam matanya rapat,menahan sakit dari balingan kuat sepupunya tadi.

"Aku jumpa dalam bilik kau! Kau nak bagi alasan apa lagi?"

Aurell diam.Hanya air matanya saja yang mengalir laju.Dia tidak memandang Suraya ketika gadis itu bersuara.Malah dia hanya memandang ke arah Maklong Timah yang juga mendiamkan diri.Dia nampak wajah tua itu begitu kecewa dengannya.Tapi bukan salah dia.Sama sekali dia tidak bersalah.

Zakuan sudah tidak betah untuk hanya mendiamkan diri melihat Aurell terus disakiti di tempatnya.Dia lantas menghampiri mereka.

"Mintak maaf,makcik.Tapi tak boleh ke kalau bincang elok-elok? Jangan terus menuduh Ell macam ni", tegur Zakuan.Tetap bersopan.

"Kau diam! Ni bukan urusan kau!" marah Maklong Timah.

"Aku betul-betul kecewa dengan kau,Ell! Aku kecewa! Menyesal aku kutip kau.Menyesal aku jaga kau.Kalau aku tahulah macam ni perangai kau bila besar,dah lama aku pijak kau sampai mati!" bisa kata-kata yang keluar dari mulut wanita itu.

Mengalir laju air mata Aurell.Tak sangka kata-kata sebegitu akan keluar dari mulut seorang wanita yang sudah dianggap sebagai ibu kandungnya sendiri.

"Maklong.. Ell tak curi.. percayalah cakap Ell.. bukan Ell yang ambil barang tu semua,maklong.Janganlah cakap macam tu dekat Ell.." kata Aurell yang sudah teresak.Pandangan
orang kampung tidak dihiraukan lagi.Apa yang penting,hati maklongnya.

"Aku tak percayakan kau lagi! Mulai hari ni..." Maklong Timah memejamkan matanya rapat buat seketika sebelum dia menyambung kata-katanya.

"Kau bukan anak buah aku lagi! Kau tak ada kena mengena dengan aku! Jangan pernah jejakkan kaki kau ks rumah aku lagi! Aku haramkan!" katanya dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

"Maklong! Maklong! Jangan tinggalkan Ell.. Ell tak curi barang maklong.. maklong!" Aurell sudah terjerit di hadapan rumah.Namun Maklong Timah langsung tidak menoleh lagi memandangnya.Hampir saja Aurell melurut di atas tanah,sedih dengan dugaan yang menimpanya kali ini namu pantas Zakuan memegang lengannya.

"Padan muka kau! Aku sangka kau ni baik,Ell.Rupanya lagi teruk! Bertudung bagai ni tak menjaminkan hati kau tu mulia.Jadi.. padan muka kau! Semua pendudukan kampung dekat sini dah tak percayakan kau lagi! Berambus jugak kau dari hidup aku!" Suraya menolak Aurell sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas tanah.
Disebabkan apa yang berlaku sekarang terlalu mengejutkan,Aurell tiada kekuatan untuk menjawab atau melawan sepupunya tersebut.Dia terus menangis dan menangis.Lagi-lagi apabila penduduk kampung seakan lagi mahu menyakitkan hatinya.

"Anak tak reti bersyukur!"

"Memang patut mati je dari kecil budak ni.Menyusahkan orang!"

Hari ini dia telah kehilangan kasih seorang ibu buat kali kedua.Dia sudah hilang tempat bergantung.Dia telah hilang segalanya dalam sekelip mata dengan fitnah yang dilemparkan.
Sumpah nama Allah,dia tidak mencuri barang kemas maklongnya.
Jika dia betul-betul pencuri tersebut,
lebih baik dia curi dari awal lagi.Lahipun sudah kerap dia duduk di sini.Kenapa perlu tunggu sehingga umurnya mencecah 24 tahun?

Melihat keadaan Aurell,Zakuan tumpang sayu.Dia membangunkan Aurell untuk masuk ke dalan keretanya.Dia percaya dengan stafnya ini.Aurell sudah bekerja dengannya selama beberapa tahun.Dia tahu Aurell bukan pencuri seperti mana yang telah dituduh.Dia tahu,ini semua hanyalah fitnah dari musuh-musuh Aurell di kampung ini.Dia pun terkejut atas tindakan ibu saudara Aurell.Sanggup wanita itu membuang anak yang selama ini dijaga kerana satu fitnah yang menutup sifat keibuannya.Dunia.. dunia..

TIGA minggu sudah berlalu selepas dia keluar dari hospital.Dan semalam pasukannya baru saja menyelesaikan satu lagi misi yang diberikan oleh ASP Badrul.Pasukannya telah menumpaskan sindiket dadah.Sindekit dalam kuantiti yang kecil saja jadi agak mudah bagi pasukannya untuk menewaskan sindiket tersebut.Dan pada hari ini,pasukannya diberi rehat selama lima hari oleh ASP Badrul atas kecemerlangan mereka menyempurnakan misi berturut-turut.

Bukan selalu mereka diberi cuti panjang.Lima hari tu dikira cukup lama buat mereka.Jadi apa lagi,cuti seperti ini tidak seharusnya dia bazirkan begitu saja.Patut dia isi dengan perkara yang berfaedah walaupun kebiasaannya,dua hari cuti dia sudah rasa bosan duduk di rumah dan ingin kembali bekerja.

Petang itu,dia ingin merehatkan diri dengan tenang.Jadi dia buat keputusan untuk pergi ke Taman Tasik Shah Alam,berdekatan dengan Komplek PKNS.Dia malas nak pergi jauh-jauh.Nanti nak balik pun senang.Dia pergi seorang diri saja,nak ajak Aizat tapi lelaki itu sudah pulang ke kampung semalam.

Dia mengambil tempat di atas bangku batu yang menghadap tasik.Dia suka pergi ke tasik.Baginya,di situlah tempat yang dia dapat menenangkan fikirannya dan melepaskan amarahnya.Kalau dia terlalu tertekan dengan kerja,sinilah tempatnya.

Ketika dia sedang mengelamun seorang diri,sepasang pasangan kekasih lalu di hadapan dan duduk di bangku bersebelahan dengan tempatnya.Dia memandang pasangan tersebut.Keduanya sedang tersenyum manis sambil masing-masing menyuap aiskrim ke dalam mulut pasangannya.Nampak sangat yang mereka sedang bahagia sekarang ini.Tanpa sedar,Riyadh tersenyum kecil.Macam manalah rasanya jatuh cinta tu ya? Seronok sangat ke sampai ada yang sanggup menangis dan cederakan diri jika kehilangan orang yang dicintai?

Dia tak pernah rasa semua tu dan teringin benar dia ingin jatuh cinta.Ingin dia mencintai seorang gadis dengan sepenuh hatinya.Ingin dia menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang gadis yang benar-benar dia cintai.Dia mahu berkorban segalanya untuk gadis tersebut.Tapi.. belum tentu lagi dia dapat lalui semua itu.Agak mustahil,lagi-lagi dengan kerjayanya sekarang ini.Mungkin bukan dalam masa terdekat ni.

Bagi anggota Unit Gerakan Khas,mungkin berkeluarga adalah satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan.Tidak seperti kerjaya lain.Pasangan mereka memang harus memahami kerja yang dilakukan.Jika tidak,pasti rosak hubungan yang dibina.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now