BAB 26

25.3K 1K 23
                                    

MALAM itu ketika Aurell sedang sibuk menggoreng ikan kembung di dapur seorang diri,dia didatangi suaminya.Lelaki itu bersandar pada sinki sambil memeluk tubuh.

"Kenapa masuk dapur? Bukan tadi awak tengah tengok tv ke?" soal Aurell pelik.Tadi sebelum dia keluar ke dapur,dia tengok Riyadh tengah khusyuk tonton Buletin Utama.Malas nak kacau,itu yang cepat-cepat dia ke dapur nak masak makan malam.

"Tadi tu iyalah.. lepastu sepupu awak tu pulak datang nak tengok tv jugak.Jadi saya masuklah dapur", kata Riyadh.Jelas muka tak puas hati di mukanya.Menganggu dia sedang khusyuk nak tengok tv.Dia nak tengok kes-kes jenayah yang sedang menjadi kes siasatan polis sekarang ni.
Maklumlah,dah kahwin ni dapatlah dia bercuti seminggu.Jadi dia tak tahu sangat kes-kes polis sekarang ni.

Aurell menggeleng perlahan kepalanya.

"Maaflah ye? Suraya tu memang macam tu sikit perangai dia.Pantang nampak lelaki handsome sikit,mulalah dia", kata Aurell sambil tangannya sibuk menterbalikkan ikan di dalam kuali.Bukan nak kutuk sepupu sendiri,tapi cuma nak bagitahu je perangai sebenar Suraya.

" Kenapa awak nak mintak maaf? Bukan salah awak pun.Hm.. Su tu muda dari awak ke?"

"Saya tua dua tahun dari dia", jawab Aurell.Ikan yang sudah siap digoreng diletakkan ke dalam pinggan.Baru dia nak berpusing untuk letak pinggan tersebut di atas meja makan,Riyadh terlebih dahulu dengan selamba mengambilnya dan diletakkan di atas meja.Aurell tersenyum kecil.

Dia mahu mengambil bawang putih yang terletak di bahagian bawah kabinet dapur itu,namun malangnya belakang badannya yang masih sakit akibat terkena tiang kayu siang tadi,membantutkan perbuatannya.

Bersusah payah dia cuba mengambil bawang itu tanpa perlu membongkokkan badannya tapi bakul yang menempatkan bawang-bawang tu terlalu rendah.

Melihatkan kepayahan isterinya,
Riyadh terus mendekati Aurell.

"Biar saya tolong ambil.." Riyadh mencangkung di hadapan kabinet.

"Nak bawang apa?"

"Em.. ambik bawang putih dengan bawang holland", Aurell memberi arahan dari tepi meja makan.Setelah itu,Aurell mengambil bawang-bawang tadi untuk dikupas kulitnya.Sesekali dia menyentuh belakang badan.Masih sakit.. langsung tak hilang dari siang tadi.Dia tak tengok lagi bagaimana rupanya tapi mesti lebam teruk.Ye laa,maklong kan tolak dengan pemuh rasa benci.Dah tentulah kuat.

" Sakit sangat ke?" soal Riyadh yang rasa simpati dengan nasib isterinya.Dari tadi dia tengok Aurell macam tahan sakit saja.Apalah,kut ya pun marah tak payahlah sampai nak main tolak-tolaklah,tunjal kepala oranglah.Isteri aku ni tau!

"Sakit jugaklah.. macam kena pukul dengan kayu", Aurell menarik senyum kecil.Dia nak duduk pun susah tau,apatah lagi nanti dia nak tidur? Tapi nasib baiklah ada tilam.

Riyadh menggigit bibir.Sakit jugak tu.. dia yang lelaki ni pun kalau kena pukul dengan musuh rasa dia sakit ya amat.Apatah lagi isterinya ni,perempuan.

" Awak rehatlah dulu.. biar saya buatkan", Riyadh terus mengambil pisau dari tangan Aurell dan mengganti tempatnya.

"Eh,tak apalah.Saya boleh buatlah lagipun belakang saya yang sakit bukan tangan", Aurell melarang.Tak selesa pulak kalau Riyadh nak buat kerja dalam rumah ni.

"Ell.. awak doktor,saya rasa awak sendiri tahu kalau sakit belakang kena buat apa.Perlu rehat kan? Dah,jangan melawan cakap suami.Berdosa", Riyadh sekali lagi guna kuasa veto nya.Aurell mencebik bibir sebelum dia duduk perlahan-lahan di kerusi meja makan.Dekat situ pulak,dia mengelap pinggan yang baru selesai dicuci.

Tak berapa lama kemudian..

"Hai,Kak Ell! Laaa.. kenapa tak bagitahu Su yang Kak Ell nak masak? Boleh Su tolong sekali", entah dari mana Suraya datang dan terus duduk di hadapan Aurell.Gadis itu dipandang pelik.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now