BAB 18

24.5K 1.1K 12
                                    

"LET'S get married.."

Aurell terkelu.Terkebil-kebil matanya memandang wajah tekad lelaki di hadapannya sekarang ini.Dia tersalah dengar ke atau lelaki ni yang tersalah cakap?

"Apa dia?" soalnya lagi.Sengaja nak pastikan semula.Tapi rasanya telinganya tak ada sebarang masalah.

"I said,let's get married", ulang Riyadh sekali lagi.Kali ini dengan bicara yang lebih yakin.Tak jelas ke dia cakap tadi?

Aurell ketawa yang dibuat-buat.Dia menghampiri lelaki itu yang masih berwajah tenang."Awak merepek apa ni? Awak sedar tak apa yang awak cakap?"

"Sedar.."

"Jadi kenapa tiba-tiba.."

"Sebab tadi awak cakap yang awak tak nak menyusahkan saya lagi sebab saya bukan siapa-siapa dalam hidup awak.Jadi saya melamar awak sekarang,Ell.Bila awak dah kahwin dengan saya,I'm your husband.Hana akan jadi adik ipar awak dan mama saya akan jadi mak mentua awak.Itu cukup untuk buang rasa bersalah dalam diri awak?" soal Riyadh.Kali ini dia lebih serius.

Aurell terdiam.Adakah sekarang ni dia terpaksa menelan semula kata-katanya? Tapi dia tidak bermaksud macam ni.Bukan ini yang dia mahu.

"Tapi kenapa awak perlu buat semua ni,Ad? Kenapa awak perlu ambil keputusan untuk berkahwin dengan saya? Saya yakin awak tak cintakan saya.Tapi kenapa awak buat semua ni?" soal Aurell.Dia betul-betul tak faham.Ada ke lelaki yang macam ni?

Riyadh mengeluh perlahan.Terpaksa jugak dia jujur dengan gadis ini.

"Kali pertama saya selamatkan awak depan hospital,I don't know why but I've promised to myself,kalau saya dipertemukan sekali lagi dengan awak dalam keadaan awak yang memerlukan pertolongan,saya akan lindungi awak dan jaga awak.Dan beberapa hari kemudian.. saya terjumpa awak pada malam tu",

Sekali lagi tiada kata-kata yang keluar dari mulut Aurell.Takkanlah sampai lelaki ini sanggup berjanji untuk membantunya?

" Tapi Ad,awak dah banyak berkorban untuk saya,so please stop! Tolonglah jangan musnahkan hidup awak dengan berkahwin dengan saya", kata Aurell.Permintaan Riyadh kali ini terlampau mustahil.Dia tahu lelaki ini berniat baik tapi tidak perlulah sampai sanggup musnahkan impiannya sendiri.

"Teruk sangat ke keputusan saya ni untuk berkahwin dengan awak sampai boleh musnahkan hidup saya?" soal Riyadh.Dia benar-benar tak faham dengan Aurell.

"Ad! Dari mula saya jumpa awak,saya ni memang menyusahkan awak.Saya menumpang rumah awak.Saya menyusahkan awak untuk uruskan kereta saya.Dan saya dah mengheret awak dengan masalah saya ni.Awak sedar tak? Saya malu dengan awak dan Kak Hana! Dan keputusan awak untuk kahwin dengan saya adalah satu keputusan yang tak masuk akal! Saya tak nak awak terjebak dengan masalah saya lagi dan permintaan awak tu akan lagi mengheret awak,faham tak?",

Aurell memalingkan badannya dari menghadap Riyadh.Sekali lagi air matanya bertakung.Tapi kali ini dia sendiri tidak pasti kerana apa.

" Apa guna saya jadi suami awak nanti? Bila kita dah kahwin,masalah awak akan jadi masalah saya.Saya akan lindungi awak,saya akan jaga awak.Saya takkan biarkan mereka tu semua dekatkan diri dengan awak.Awak akan selamat dengan saya.Please.. trust me", pujuk Riyadh.Kali ini dia memandang wajah Aurell.Dia mementingkan keselamatan Aurell saja sekarang.

"Tapi..saya tak nak.."

"Ell! boleh tak sekarang ni awak buang pemikiran awak yang rasa awak tu menyusahkan saya? I never say that and I will not say that.Please.. fikirkan keselamatan awak.Kalau betul awak menyusahkan saya,awak ingat saya akan buat semua ni?"

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now