BAB 31

24.6K 1.1K 10
                                    

AURELL yang sedang menyemak rekod kesihatan salah seorang pesakit di hospital itu,terus menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.Dia tersenyum kecil ke arah Raihana.

"Eh? Bukan Ell dengan Abang Ad pergi bulan madu dekat Turki ke?" soal Raihana hairan.Terkejut jugak dia bila ada jururawat hospital itu yang kata ada ternampak Aurell.

Aurell mengeluh perlahan.

"Sepatutnya macam tu laa,Doktor Hana tapi dia dapat call suruh balik Malaysia secepat mungkin.Ada kerja mustahak sangat katanya", luah Aurell.Kecewa tu mestilah walaupun sikit.Iyalah,tengah seronok nak berbulan madu selama lima hari di Turki tu tapi baru dua hari ke dah kena balik Malaysia.Tak puas tau!

Raihana tersenyum kecil.Fahamlah dia kalau Riyadh dah dapat panggilan telefon.Ibaratnya,kalau Riyadh dapat je panggilan telefon dari ibu pejabat,memang itu tandanya dia perlu segera pergi ke sana tak kiralah tengah buat apa pun masa tu.

" Sekarang dia kerja ke?"

Aurell mengangguk.

"Eh,Doktor Ilya.." Raihana memanggil sahabatnya yang kebetulan melalui kawasan itu.Ilya tersenyum kelat dan terus mendekati mereka berdua.

"Kenapa muka resah je? Ada apa-apa jadi ke?" soal Raihana.Hairan jugak tengok muka doktor muda itu berkerut semacam.

"You tak tahu ke?" soal Ilya.Pelik.. mana mungkin Raihana tak tahu.

"Tahu apa?"

"Abang you masuk hospital malam tadi.Ini pun I baru je keluar dari bilik dia tu.Kebetulan I doktor yang akan rawat dia dekat sini", terang Ilya.Terkejut betul tadi bila dia tengok lelaki yang dia suka dalam diam sudah terbaring atas katil dengan darah penuh pada pakaiannya.

Berbanding dengan Raihana,Aurell lebih terkejut.Abang Raihana? Kalau abang Raihana maksudnya Riyadh lah kan? Suami aku kan?

"Dekat mana abang I sekarang?" soal Raihana.Dia lebih tenang berbanding dua gadis di hadapannya sekarang ni.Bukan sebab tak risau,tapi dia tahu Riyadh dalam keadaan yang baik.Lagipun.. ada dua orang doktor yang sedang berebut untuk merawat abangnya nanti.

"Bilik 212",

Belum sempat Raihana mahu menjawab,Aurell terus berlalu meninggalkan mereka yang tercengang memandangnya.

" Dah kenapa budak tu?" soal Ilya hairan.Tak ada adab ke tiba-tiba je pergi macam tu? Budak praktikal ni memang tak hormat langsung dekat doktor senior macam aku ni!

Aurell terus mencari bilik yang menempatkan suaminya tadi.Jantungnya berdegup pantas.Riyadh.. kenapa dengan lelaki itu? Macam mana dia boleh dimasukkan ke hospital? Kemalangan ke?

Sampai saja di hadapan bilik 212,Aurell menghentikan langkah.Dia memandang hairan ke arah dua anggota UTK yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik suaminya.Dengan senapang dan topeng bagai,dah kenapa pulak ni? Betul ke ni bilik suami aku?

"Maaf,cik tak dibenarkan masuk", kata salah seorang dari anggota UTK tersebut.Belum sempat Aurell membuka mulut,pintu bilik itu tiba-tiba dibuka dari dalam dan dia terkejut sedikit melihat Aizat yang baru keluar dari bilik itu.Lelaki itu juga turut sama terperanjat.

" Ell? Kenapa tak masuk dalam?" soalnya hairan.Takkan nak berdiri je depan pintu ni?

"Err.. memang nak masuk tapi.." Aurell memandang silih berganti dua orang lelaki bertopeng di hadapannya.Masih lagi dia memandang hairan.Dah kenapa orang ni ada kat sini ya?

"Ohh.. tak apa,bagi je dia masuk.Ni Puan Aurell,isteri Major", Aizat berkata kepada dua orang anggota tersebut.Serta merta dua orang lelaki itu menundukkan mukanya.Mereka masih baru di sini dan mereka belum kenal lagi dengan isteri Riyadh.

Love In Silent ✔Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα